Rabu, 6 Julai 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BN KOTOR...!

Posted: 06 Jul 2011 07:29 AM PDT

SOLAT HAJAT DAN TAKLIMAT BERSIH DI TELUK INTAN

Posted: 06 Jul 2011 04:05 AM PDT


TELUK INTAN, 5 Julai - PAS Kawasan Teluk Intan mengadakan solat hajat serta taklimat Bersih 2.0 kepada para ahlinya. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Majlis bermula dengan solat Isya' berjemaah dan disusuli dengan solat hajat diimami oleh YDP PAS Kawasan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik.
Sdr. Ahmad Kabir menyampaikan ucapan.

Selepas itu, program taklimat Bersih 2.0 telah diadakan dengan ucapan permulaan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin merangkap Pengerusi Lujnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Kawasan. Beliau banyak menyentuh tentang perkembangan terkini Himpunan Aman Bersih 2.0.
Ustaz Abdul Fatah turut menyampaikan ucapan.

Kemudian, Ketua DPP Teluk Intan Ustaz Abdul Fatah Awang selaku menyampaikan ucapan memberi semangat kepada para ahli yang akan menyertai himpunan tersebut. Selepas itu, TYDP PAS Kawasan telah menyampaikan taklimat panduan peserta Himpunan Aman Bersih 2.0.
Taklimat Panduan Peserta Bersih 2.0.
ADUN Changkat Jong YB Anuar turut hadir.

Akhirnya, YDP PAS Ustaz Ismail Che Nik telah menyampaikan beberapa amanat kepada para ahli. Kehadiran pada malam itu begitu mengalakkan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang