Rabu, 8 Jun 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pesta Hari Pekerja Daerah Kuala Selangor 2011

Posted: 04 Jun 2011 03:00 AM PDT

Kuala Selangor, 4 Jun 2011 - Lebih 1,300 hadir meraikan Hari Pekerja di stadium tertutup Kuala Selangor pada hari ini. 

Antara tetamu kehormat yang hadir dan memberikan ucapan adalah YB Dr Xavier Jayakumar, YB Ng Sue Lim dan Pegawai Daerah Kuala Selangor. Majlis ini telah dianjurkan dan dibiaya sepenuhnya dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Kuala Selangor.
Antara program yang diadakan pada hari ini adalah pemberian hadiah kepada para pemenang bagi sukaneka yang telah diadakan pada 22 Mei dan 29 Mei yang lepas. Sukaneka tersebut telah dianjurkan di tujuh zon di seluruh daerah Kuala Selangor iaitu Ladang Selangor River, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Raja Musa, Ladang Tennarom, Ladang Bukit Panjang, Ladang Taman Rajawali dan Ladang Tuan Mee. Pada hari sukaneka tersebut, permainan bolasepak 9 sebelah, sepak takraw, bola jaring, kabadi untuk lelaki dan perempuan turut dipertandingkan.


Untuk pertandingan bolasepak, hadiah RM1,000 diberikan kepada tempat pertama, RM750, tempat kedua, RM500 tempat ketiga, RM300 tempat keempat dan lapan pasukan terbaik, masing-masing menerima set jersi lengkap.













Tiada ulasan:

Nuffnang