Ahad, 26 Jun 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


HARI BERTEMU IBU BAPA PASTI IBNU RUSYD TAMAN CICELY

Posted: 26 Jun 2011 12:28 AM PDT


TELUK INTAN, 26 Jun - PASTI Ibnu Rusyd, Taman Cicely telah mengadakan Hari Bertemu Ibu Bapa. Antara objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan PASTI dengan para ibu bapa murid-murid PASTI. Majlis telah diadakan di PASTI Ibnu Rusyd, Surau Hidayatul Islamiyah, Taman Cicely dekat sini.
Adik Amirul Hakim Rizaudin, murid PASTI 6 Tahun memperdengarkan bacaan al Qur'an.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian.
Pengerusi surau,Tn. Hj. Mohd. Taib (kanan) turut hadir.

ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan program tersebut di mana kehadiran para ibu bapa begitu menggalakkan. Di dalam ucapan, beliau menegaskan intipati yang terkandung di dalam surah al Fatihah iaitu jalan-jalan orang yang diberi nikmat iaitu jalan para nabi, para siddiqin, para syuhada dan para solihin. Perkara tersebut perlu menjadi asas pendidikan kepada anak-anak.
Cikgu Abidin Sharip menyampaikan ceramah penerangan PASTI.
Sebahagian kaum ibu yang hadir.

Kemudian, Sdr. Abidin Sharip, bekas Pengarah PASTI Perak telah menyampaikan ceramah motivasi dan penerangan PASTI kepada para ibu bapa. Beliau telah menyentuh tentang kepentingan pendidikan awal anak-anak. Beliau juga menerangkan tentang sejarah penubuhan PASTI serta perbezaan antara PASTI dengan kelas pra sekolah yang lain.

Turut hadir ialah Puan Hjh. Faridah Rajiah, isteri ADUN Changkat Jong serta pengerusi surau Tn. Hj. Mohd. Taib bin Ibrahim.

Seorang ibu sedang bertemu guru PASTI.

Selepas itu, para ibu bapa berpeluang berjumpa para guru PASTI bagi mengetahui perkembangan anak masing-masing serta menanda tangani kad laporan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang