Sabtu, 18 Jun 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS KAWASAN TELUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Posted: 17 Jun 2011 07:18 PM PDT


TELUK INTAN, 18 Jun - PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan dan Pejabat ADUN Changkat Jong serta NGO Peace Maker telah menyampaikan sumbangan kepada para mangsa rumah terbakar di Kg. Terenganu dekat sini baru-baru ini. Seramai 16 orang wakil keluarga mangsa kebakaran telah menerima sumbangan.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Madrasah Al Gharbiah, Kg. Terengganu. ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki, Naib Yang DiPetua PAS Kawasan Sdr. Ahmad Kabir bin Mahdin, Pengerusi Lujnah Kebajikan Hj. Mohammad Akram Mohd. Yusuf, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kawasan Pn. Hjh. Faridah Rajiah serta pimpinan kawasan yang lain.

Di dalam ucapan ringkasnya, YB Anuar Sudin telah menyatakan bahawa tragedi kebakaran tersebut merupakan salah satu ujian dari Allah SWT yang patut umat Islam menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keinsafan.

Kotak-kotak pakaian terpakai tersusun untuk diedarkan kepada para mangsa kebakaran.

Hj. Saidon Hj. Abd. Ghaffar, Ketua RKT Bandar menerima sumbangan pakaian terpakai daripada YB Anuar.

"Kita juga rasa bersyukur bahawa kejadian kebakaran tersebut tiada berlakukan kehilangan jiwa. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan bersabar dengan cubaan dan ujian pahit ini, " tambah beliau lagi.

Kemudian, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan pakaian terpakai kepada semua mangsa kebakaran yang hadir. Kebanyakan sumbangan adalah hasil inisiatif Lujnah Kebajikan dan NGO Peace Maker yang telah dijalankan sejak berlakunya kebakaran.
Hjh. Hasnah, seorang mangsa kebakaran.

Seorang mangsa, Puan Hjh. Hasnah bt Hj. Hassan, 72, bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh pihak PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau yang menjalankan perniagaan masi lemak di rumahnya yang telah didudukinya sejak lebih 50 tahun telah kehilangan segalanya akibat rumahnya yang telah terbakar hangus.
Encik Shahrin Dahari, berterima kasih kepada PAS Teluk Intan

Seorang lagi mangsa Encik Shahrin b. Dahari, 44, juga turut mengucapkan terima kasih atas usaha pihak PAS Kawasan serta ADUN Changkat Jong yang prihatin dengan musibah yang ditimpa oleh rakyat.
Mangsa kebakaran sedang memilih pakai yang sesuai.


YB Anuar turut memerhati pengedaran pakaian.

Hj. Akram membantu seorang mangsa memilih pakaian.

Menurut Hj. Mohamad Akram, pihak Lujnah Kebajikan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi menyumbangkan wang tunai serta pakai terpakai bagi membantu meringankan penderitaan mangsa-mangsa kebakaran. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan. Unit Amal dan NGO Peace Maker yang turut secara langsung membantu mengumpul, membungkus serta mengangkut bahan sumbangan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang