Khamis, 9 Jun 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS : TIADA YANG BANGKRAP SELEPAS DEMO

Posted: 09 Jun 2011 08:18 AM PDT


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

kamaruzzaman mohdKetua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

bersih rally 271207 01"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal
NONEExco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bersih 2.0 launch"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya.

TERIMA KASIH KHAIRY SAHKAN PERTUNANGAN ANAK NAJIB...

Posted: 09 Jun 2011 01:14 AM PDT

   
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.

Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

"Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan," katanya.

Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai.

Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu.

"Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, sumber-sumber yang beliau terima juga mengesahkan meski pun Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) telah ditetapkan lebih awal, namun Najib telah mengarah dan menyusun  urusan pertunangan itu dijadualkan semasa lawatan beliau ke sana mengikut sumber yang boleh dipercayai.

Justeru, tegasnya rakyat berhak diberikan penjelasan (deserves an explanation) atas semua perkara ini termasuk seramai manakah bilangan ahli keluarga dan kenalan yang turut serta dalam lawatan dan majlis pertunangan tersebut, sekaligus perbelanjaan yang dibiayai oleh rakyat untuk urusan pertunangan sekali gus yang rasmi, contohnya perjanjian persefahaman.

Soalnya, apakah ini teladan yang boleh dijadikan contoh kepada rakyat.

Jelasnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai dua batang lilin di mana sebatang lilin yang diperuntukan oleh Baitulmal itu digunakan untuk perbincangan perkara rasmi kerajaan, manakala sebatang lagi yang dibelinya sendiri akan digunakan hanya untuk kegunaan perbicangan hal peribadi dan keluarga (private matters).

"Najib sepatutnya menjadi contoh sebenar, bukan sekadar retorik semata dalam ucaptama WIEF," ujarnya.

Katanya, formula untuk Najib kira dan jelaskan kepada rakyat ialah waktu untuk urusan pertunangan (A) /jumlah seluruh urusan rasmi (B)  x jumlah kos seluruh trip (C).

DIVIDEN RM30 BILION UNTUK KERAJAAN ...hmm nak buat apa dengan duit banyak ni ye..?

Posted: 08 Jun 2011 06:57 PM PDT

 
Petronas Catat Keuntungan, Dividen RM30 Bilion Kepada Kerajaan 
KUALA LUMPUR: Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Presiden dan Petua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi, kata Shamsul Azhar kepada sidang media di sini.

Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

"Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan," katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.

Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain. - BERNAMA

UNDIAN TAJUK 'KABINET PILIHAN RAYA'

Posted: 08 Jun 2011 04:27 PM PDT


Undian tajuk Kabinet Pilihanraya
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Mulai semalam, undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah, wajarkah perkataan "KABINET PILIHANRAYA" digunakan sebagai tajuk berita utama.  
Sejauh mana popularnya tajuk ini yang merupakan respons Presiden PAS terhadap keputusan pemilihan PAS dalam muktamar ke 57 yang baru berakhir digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari ini, hari ini dan esok. Manakala pada hari Sabtu  nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan. Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.  

Sementara itu populariti undian bagi tajuk "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN" yang merupakan tema uacapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada muktamar ke57 yang baru berakhir telah meningkat kepada 472 undian sahaja  berbanding dengan seramai 123 undian telah diperolehi terhadap tajuk edisi sebelum ini.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Keputusan undian bersetuju bagi tajuk " MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"  meningkat lagi kepada 95,55 % atau 451  undian berbanding dengan 19 undian sahaja atau 4.03 % sahaja yang tidak bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 2 undian atau 0.42 % pula yang memilih tidak pasti dengan tajuk tersebut sesuai digunakan sebagai tajuk utama.

Tiada ulasan:

Nuffnang