Khamis, 23 Jun 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 22 Jun 2011 11:12 PM PDT

Sdri Joey IU

Terima kasih atas aduan Sdri.

Pagi ini saya telah menghubungi pihak pengurusan Teratai Mewah En Rama dan melapurkan aduan Sdri.

Pihak pengurusan sememangnya telah mengetahui masalah kebocoran bumbung di Kondo Sdri, dan memaklumkan bahawa pihak pengurusan sedang membaik pulih bumbung di keseluruhan Kondo di Teratai Mewah dimana setakat ini 2 buah blok telah pun siap dibaiki dan sekarang dalam perancangan untuk membaiki blok 50 yang menempatkan rumah Sdri.

Untuk tindakan segera pihak pengurusan telah bersetuju untuk menghantar perkerja untuk mengatasi masalah air mengalir di kawasan meter elektrik di rumah Sdri.

Pihak kami akan memantau masalah Sdri sehinggalah perkara tersebut dapat di atasi. Sila maklum kepada saya jika sdri ada apa-apa masalah terhadap perkara ini atau lain dan pihak kami akan cuba memberi segala bantuan.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu Kepada
YB Wee Choo keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 22 Jun 2011 10:58 PM PDT

Sdr David Wong

Terima kasih atas maklumat Sdr.

Pihak kami amat bersetuju dengan pandangan Sdr, dimana tidak sepatutnya peniaga-peniaga mengunakan nada suara yang tinggi untuk menarik perhatian pelangan-pelangan tanpa menghormati penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran. Walaupun mengunakan nada suara tinggi bukan lah sutu kesalahan tetapi kita seharusnya menghormati perasaan penduduk-penduduk yang berhampiran.

Pihak kami telah pun melapurkan masalah pasar pagi ini kepada DBKL dan dimaklumkan pihak DBKL akan membawa ke dalam mesyuarat pengurusan DBKL untuk tindakan memindahkan pasar pagi ini ke kawasan yang lebih sesuai iaitu jauh dari kawasan perumahan.

Tindakan memindahkan pasar pagi ini amat penting supaya masalah kacau ganggu terhadap penduduk-penduduk sekitar dapat di atasi. Lainlah kalau pasar pasar ini beroperasi sekali dalam seminggu keadaan ini mungkin boleh di terima oleh penduduk-penduduk sekitar.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu Kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 22 Jun 2011 10:12 PM PDT

Sdr husin

Terima kasih atas aduan dan maklumat Sdr.

Untuk maklumat Sdr, Jalan Usahawan bukanlah di dalam Parlimen Wangsa Maju ianya dalam kawasan Setiawangsa. Jadinya tidak banyak yang pihak kami boleh bantu.

Walaubagaimana pun pagi ini saya telah menghubungi Pengurus DBKL Setiawangsa dan memaklumkan kepada beliau mengenai aduan Sdr. Saya juga telah menulis surat rasmi kepada pihak DBKL Setiawangsa supaya aduan Sdr dapat diambil tindakan dengan segera.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Tiada ulasan:

Nuffnang