Sabtu, 7 Mei 2011

MOHD FIRDAUS JAAFAR

MOHD FIRDAUS JAAFAR


Hilang dua bidang tanah angkara Umno

Posted: 06 May 2011 06:50 AM PDT

PENDANG, 6 Mei: Seorang ahli Umno kecewa dengan tindakan parti itu yang mengakibatkan beliau kehilangan dua bidang tanah milik keluarga.

Tanah itu dicagarkan kepada bank untuk tujuan perbelanjaan membina pejabat Umno Bahagian Pendang, 30 tahun lalu.

Ahli Umno terbabit, Mohamad Said Awang Kechik (gambar bersama rakan-rakan)  berkata, tiada pemimpin Umno tampil menyelesaikan baki pinjaman overdraf yang ditanggungnya sehingga salah seorang rakan perniagaan, Yahya Abu membuat pembayaran RM15,346 kepada bank pada 19 September 1995 untuk mengelakkan dua tanah itu dilelong.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi diarah menjelaskan pembayaran semula pinjaman sebanyak RM25,000 oleh bank melalui perintah mahkamah pada Mei 1997 untuk mengelakkan tanah itu dilelong.

"Sebagai tindakan susulan, kami memutuskan berjumpa dengan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Dr Afifuddin Omar yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu dan memohon beliau membuat permohonan pelupusan baki dan caj faedah pinjaman mencecah lebih RM100,000 ketika itu.

"Dr Affifuddin memberi respons dan membuat permohonan pelupusan baki pinjaman overdraf itu kepada bank melalui surat bertarikh 1 Ogos 1997, bagaimanapun tiada jawapan balas dikemukakan bank," katanya.

Mohamad Said mendakwa, beberapa kali berjumpa dengan pihak Umno Bahagian, termasuk Ketua Bahagian, Datuk Mohd Rozai Shafian tetapi tidak mendapatkan kerjasama sewajarnya.

"Saya mendesak Umno negeri segera menjelaskan tuntutan dan sekiranya tidak diberi perhatian, kami sekeluarga akan membawa tikar dan bantal untuk ke pejabat Umno yang dibina menggunakan wang kami," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dekat sini yang dihadiri puluhan media arus perdana termasuk RTM namun hanya sebuah akhbar sahaja yang melaporkan isu tersebut.

Selain itu beberapa ahli Umno yang hadir turut melahirkan kekecewaan sehingga mengungkap 'Umno buat kami macam paria' ketika sidang media tersebut.

Ujar mereka, pada 1979 ahli-ahli Umno sanggup meminjam duit daripada bank untuk menyiapkan bangunan Umno Bahagian Pendang.

"Ahli-ahli Umno tersebut pinjamkan duit kepada Umno Bahagian, bukan sikit RM15,000. Malangnya bila siap bangunan itu, Umno bahagian tak mahu bayar balik dekat depa sampai la.

"Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa Umno negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.

"Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" luah mereka.

Tiada ulasan:

Nuffnang