Isnin, 16 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


UCAPAN SEMPENA HARI GURU OLEH PIMPINAN PAS TELUK INTAN

Posted: 16 May 2011 05:48 AM PDT


"Sesungguhnya tangan yang mengajar menulis dan membaca itu mampu merubah kepimpinan negara. Segala ilmu yang anda sampaikan insya-Allah menjadi sedeqah jariah yang berkekalan hingga akhirat. Selamat Hari Guru. Semoga Allah merahmati hari-hari dalam hidupmu."

Puan Robiatun Mohd. Abas
Ketua Dewan Muslimat PAS
Kawasan Teluk Intan 




"Pada zaman gejala sosial berleluasa di tengah masyarakat yang memisahkan agama daripada urusan pentadbiran, tugas seorang guru sangat mencabar. Harapan ibu bapa adalah supaya anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat. Ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada para guru bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah juga dari sudut akhlak dan sahsiah diri.

Selamat menyambut Hari Guru saya ucapkan kepada seluruh warga pendidik."

YB Hj. Mohd. Anuar Sudin
ADUN Kawasan Changkat Jong.



Tiada ulasan:

Nuffnang