Isnin, 2 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


IMEJ OSAMA BEN LADEN

Posted: 02 May 2011 02:56 AM PDT

Wajah Osama Bin Laden yang ditunjukkan Pakistani TV selepas serangan tentera Amerika Syarikat di kediaman mewah di Pakistan.

Osama Bin Laden telah terbunuh oleh serangan ketenteraan U.S. selepas pencarian selama sedekad bagi membalas serangan 9 / 11, menurut pendedahan Presiden Barack Obama hari ini.

Pemimpin Al Qaeda berumur 54 tahun itu terbunuh semalam dalam satu pertempuran dengan angkatan-angkatan  tentera Amerika di sebuah tempat persembunyian rumah  istimewa bernilai $1million kira-kira 60 batu ke utara Islamabad di Pakistan.

Pakar-pakar mengenalpasti mangsa korban menggunakan teknik-teknik pengenalpastian wajah dan mebjalankan ujian DNA, keputusan ujian akan diperolehi beberapa hari akan datang.

Pegawai-pegawai U.S. memberitahu CNN bahawa tubuh Osama bin Laden telah disemadikan di dalam laut supaya menghalangnya daripada dikuburkan dan menjadi makam untuk pelampau-pelampau Islam.


Lokasi persembunyian Osama Bin Laden, yang juga tempat serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Pakistan.

ATAU ....
IA HANYA SATU PROPAGANDA AMERIKA...?

Tiada ulasan:

Nuffnang