Sabtu, 9 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG KHITAN ANAK 14 ANAK PEREMPUAN

Posted: 09 Apr 2011 10:29 AM PDT

9.4.11
KAMPUNG KERETAPI, KLANG
Majlis Khitan Perdana disertai oleh 14 peserta dan dimulakan dengan bacaan yasin oleh Biro Muslimat Masjid Nurul Amin Kpg Delek untuk mendapat keberkatan dan untuk santapan spiritual anak-anak bak kain putih itu.Kemudian tazkirah ringkas diberi.oleh Hjh Zakiah Ketua Biro Muslimat.Ucapan oleh ADUN SELAT KLANG sebelum beliau memulakan majlis khitan.YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengingatkan bahawa kanak-kanak lazim diberi suntikan pelali tiga serangkai untuk mencegah penyakit polio, difteria dan tetanus sebulan sekali semenjak umur 2 bulan.Kemudian disusuli dengan suntikan tambahan pada usia 18bulan dan 7tahun.Ini adalah untuk mempastikan tahap imuniti mereka kepada penyakit tersebut di paras maksima.Begitulah perumpamaan si anak yang perlu suntikan ilmu untuk mencegahnya daripada virus jahiliyyah yang akan memusnahkan hidupnya di dunia bahkan sehingga akhirat.Justeru, beliau yang juga merupakan EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR menekankan peri pentingnya ibubapa merancang secara serius agar anak dibekalkan ilmu yang mencukupi untuk berjaya di dunia dan akhirat.Untuk jadikan anak rajin menimba ilmu si ibu haruslah rajin dilihat si anak membaca dan pergi ke majlis ilmu, tambahnya.
Peserta terdiri daripada anak-anak berusia daripada 2 bulan sehingga 11tahun.dan ini merupakan majlis khitan perdana kedua yang dianjurkan ADUN SELAT KLANG di kawasannya dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai penduduk,alhamdulillah..

METER SPIRITUAL menunjukkan perlu caj bateri iman

Posted: 09 Apr 2011 03:45 AM PDT

Buku manual rujukan induk mukmin yang bertaqwa (SURAH BAQARAH AYAT 2) jelas menyatakan kita harus sedar apa yang sedang kita jalani dan faham arah tuju hidup ini. Daya tarikan dunia melalui nafsu dan syaitan  yang menyebab kita hilang fokus dan lupa daratan akan menjerumus kita ke lembah dosa dan maksiat samada skala kecil atau besar.Justeru adalah bijak jika kita sentiasa mengintai meter spiritual kita setiap hari agar tidak ketandusan petrol iman.......

Tiada ulasan:

Nuffnang