Jumaat, 15 April 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


28 KERUSI PANAS JADI TUMPUAN DI PRN SARAWAK...

Posted: 15 Apr 2011 02:56 AM PDT

Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

azlanIa diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan
BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada 19 kerusi 'hitam', 15 kerusi ditandingi SUPP - lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu.

SUPP diramal akan kehilangan kesemua 13 kerusi yang ditandinginya berdepan dengan calon DAP - Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (semua di Kuching), Repok, Meradong (kedua-dua di Sarikei), Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (semua di Sibu), Kidurong (Bintulu), Piasau and Pujut (kedua-dua di Miri).

Manakala PKR pula dijangka memenangi lima kerusi. Antaranya ialah dua kerusi majoriti Cina - Batu Lintang (Kuching) dan Senadin (Miri).

Tiga kerusi lagi ialah Ba'Kelalan - kerusi majoriti Orang Ulu - sementara Lingga and Saribas merupakan kerusi majoriti Melayu-Melanau.

Keseluruhannya, DAP dijangka memenangi 13 kerusi, PKR (lima kerusi) manakala PAS boleh mencatatkan kejayaan memenangi kerusi pertamanya di Sarawak - Beting Maro.

Manakala SNAP pula tidak dijangka memenangi sebarang kerusi di 27 DUN yang ditandinginya.

SUPP mungkin kalah di 18 daripada 19 kerusi

Dengan tinggal satu hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, terdapat sembilan kerusi 'kelabu' yang dianggap 50-50.

Simanggang dan Bengoh ditandingi oleh SUPP, dan kedua-duanya mungkin masing-masing dimenangi oleh DAP dan PKR.

dap miri ceramah rain and umbrellaOleh yang demikian, SUPP mungkin mengalami nasib yang sama menimpa Gerakan di Pulau Pinang.

Ia boleh kalah 18 daripada 19 kerusi yang ditandinginya, kecuali di DUN Opar yang merupakan kerusi majoriti Bidayuh.

Semua orang kuat parti itu, termasuk bos SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan ketua SUPP, Wong Soon Koh, mungkin kecundang.

Sementara itu, PBB pula mungkin kehilangan tiga kerusi (Tarat, Nangka dan Bukit Kota), manakala partu komponen yang lain - SPDP - boleh hilang tiga kerusi (Ba'Kelalan, Tasik Biru dan Batu Danu) dan PRS pula mungkin kehilangan satu kerusi (Belaga).(malaysiakini)

KONSERT BN GAGAL SAINGI CERAMAH PR

Posted: 15 Apr 2011 01:40 AM PDT

BN menganjurkan acara terbesarnya semalam, dengan mengadakan konsert terbuka di Pusat Komersil 101 di Jalan Tun Jugah, yang menjadi lokasi beberapa pusat penjaja yang mampu menampung ratusan pengunjung setiap malam.

NONEIklan dalam sebuah akhbar menjanjikan cabutan bertuah, yang kemudian merupakan set TV dan persembahan hiburan oleh penyanyi terkenal dari Semenanjung.

Penceramahnya ialah barisan calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk Pending, Kota Sentosa, Padungan, Batu Lintang and Batu Kawah, berucap bersama dengan pemimpin BN dari semenanjung.

Bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor merupakan penceramah pertama, dan seperti biasa, menghentam PKR, tetapi dalam nada yang lebih lembut kerana mungkin beliau tidak biasa dengan hadirin dari kalangan masyarakat Cina.

Ezam menggesa mereka supaya menolak bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ramai pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu.

"Nombor pendaftaran parti saya ialah 007. James Bond," kata Ezam berseloroh, " Dan saya telah meninggalkan parti itu. Satu-satunya yang tinggal (antara pengasas PKR) ialah 001 - Dr Wan Azizah (Wan Ismail)".

NONEManakala ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong - calon BN bagi kerusi Batu Lintang, pula dalam ucapannya menghentam DAP kerana memutarbelitkan sebutan nama SUPP - seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina - sebagai parti orang utan. Ia kerana sebutan SUPP dalam bahasa Cina hampir sama dengan sebutan perkataan orang utan.Bagaimanapun, agak sukar untuk mengukur sama ada hadirin turut berkongsi sentimennya walaupun Sih bertanya sama ada mereka juga marah dengan gelaran seumpama itu.

Tindak balas hadirin agak lemah, berbanding dengan di perhimpunan Pakatan, tetapi apa yang jelas ialah calon SUPP bagi kerusi Pending - pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian, mempunyai penyokong yang ramai.

Sejumlah hadirin kelihatan beredar selepas ucapan Sim, yang dianggap salah seorang calon terkuat, yang dibariskan oleh BN dan
satu-satunya calon yang dianggap mempunyai peluang untuk menumbangkan penyandang kerusi itu dari DAP.

dap miri ceramah rain and umbrellaKira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit seperti 'tin sadin' untuk mendengar ceramah anjuran DAP di tempat letak kereta pusat perniagaan kecil di situ.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penceramah utama yang berjaya mempersonakan para hadirin sebaik sahaja memulakan ucapannya.(malaysiakini)

Tiada ulasan:

Nuffnang