Isnin, 11 April 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KETUA PEMUDA PAS TELUK ZIARAH MANGSA KEMALANGAN

Posted: 11 Apr 2011 04:10 AM PDT


TELUK INTAN, 10 April - Atas keprihatinan sesama Islam maka Ketua DPP Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang telah melawat seorang mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Sri Intan dekat sini. Turut serta dalam ziarah tersebut ialah para pemuda PAS Cawangan Batak Rabit.

Mangsa bernama Hussin bin Mohammad, 45 tahun, telah mengalami kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu di Jalan Maharaja Lela dekat Batak Rabit. Menurut Sdr. Hussin, ketika itu beliau dalam perjalanan ke kedai makan pada waktu rehat dengan menunggang motosikal. Namun, tanpa disedari, ketika melalui sebuah simpang, tiba-tiba sebuah kereta Kancil telah masuk ke simpang tersebut lalu melanggar beliau yang menyebabkan tulang paha dan buku lali beliau telah patah. Manakala bibir beliau telah terkoyak.

Sdr. Hussin bekerja di sebuah kilang di sini merupakan bekas ketua cawangan UMNO di kawasan tersebut telah mendaftar menjadi ahli PAS beberapa tahun lepas.


"Saya berasa amat berbesar hati apabila Ketua Pemuda PAS Teluk Intan  dan pemuda PAS datang melawat saya. Dulu sayalah penentang kuat PAS tetapi alhamdulillah saya telah masuk PAS setelah banyak  berlaku ketidakdilan dan penipuan  di dalam UMNO cawangan dan bahagian, " jelas beliau. Beliau kini masih terlantar dan dapat mampu bergerak dengan bantuan tongkat.

Ustaz Abdul Fatah banyak memberikan kata-kata semangat kepada Sdr. Hussin. Beliau berharap Sdr. Hussin banyak bersabar dan cepat sembuh. Pertemuan yang penuh kemesraan tersebut berlangsung hampir sejam itu telah memberikan harapan kepada Sdr. Hussin.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang