Khamis, 17 Mac 2011

s

s


Konsert Rock Kapak AMK Gombak

Posted: 16 Mar 2011 09:20 AM PDT


KEADILAN Gombak jayakan Konsert Nostalgia Rock


Pimpinan KEADILAN begitu sporting bergambar kenangan dengan rockers
Konsert Nostalgia Rock 2011 anjuran KEADILAN Gombak berlangsung meriah di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 12 Mac lalu.
Antara artis yang membuat persembahan ialah Afee vokalis kumpulan U-Topia, Blank dari kumpulan Gamma, Dewan dari kumpulan Olan dan Burn bersama kumpulan Meditasi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak selaku Pengarah Program, Jafrien Mohammed berkata, konsert itu bukan gimik politik semata-mata tetapi membawa mesej perjuangan melalui hiburan.
"Dengan bersantai sambil berhibur, mesej disampaikan dengan lebih berkesan kerana ia menyelitkan nilai baik kepada generasi muda untuk mengamal gaya hidup sihat," katanya.
Beliau berkata, konsert itu juga bertujuan membantu artis-artis yang bergiat dalam seni sejak 80-an dan 90-an, menjana pendapatan tambahan.

"Kita juga berharap lagu-lagu dipersembah pada konsert itu dapat mengembalikan nostalgia peminat muzik rock," katanya.
Beliau bercadang untuk menganjurkannya sebagai program tahunan kerana percaya dengan pendekatan muzik untuk mendampingi masyarakat, khususnya anak muda.
Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari dan beberapa Exco AMK Malaysia.
Program itu juga dihadiri ahli majlis dari MPAJ, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiada ulasan:

Nuffnang