Isnin, 14 Mac 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


PAS UCAP TAKZIAH KEPADA RAKYAT JEPUN

Posted: 14 Mar 2011 01:10 AM PDT

Sumber Harakahdaily


Gambar satelit sebelum Tsunami melanda.

Gambar selepas Tsunami.


PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam.

Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas.

"Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa. 

"Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu juga beliu menyeru masyarakat seluruh duni khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu.

"Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya.


Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

YB USTAZ MOHD NOR KESAL PENYEBARAN BERITA PALSU

Posted: 13 Mar 2011 09:51 PM PDT

14 Mac - YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menafikan tentang khabar angin bahawa ada pegawainya yang ditangkap khalwat sebagaimana yang disebarkan oleh blog-blog pro-UMNO di internet, susulan berita tangkapan khalwat pegawai seorang ADUN dalam Parlimen Marang oleh Sinar Harian pada hari ini dan semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau melahirkan rasa kesal yang amat sangat terhadap sesetengah blog tanpa segan silu menyebarkan fitnah dengan memaparkan gambar Ustaz Hassan Hussin yang sedang bergambar menaiki motosikal berkuasa tinggi pada hari terbuka DUN Bukit Payong, sebagai orang yang didakwa ditangkap khalwat tersebut.


Tiada ulasan:

Nuffnang