Sabtu, 12 Mac 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Hari Keluarga DUN Bukit Payong Dan Pelancaran Himpunan Petugas Pemuda

Posted: 11 Mar 2011 07:55 PM PST


10 Mac - Hari keluarga DUN Bukit Payong yang bermula pada hari ini sehingga 12 Mac di Kampung Paya Resak, Bukit Payong dimulakan dengan pelancaran himpunan petugas pemuda PAS DUN Bukit Payong di tapak program oleh YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah.

Beberapa orang pimpinan pemuda yang turut berucap pada malam itu ialah Ustaz Mazlan Ibrahim selaku penyelaras pemuda DUN Bukit Payong, Ustaz Zakaria Ismail mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang dan Ustaz Abu Bakar Soleh, selaku mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang yang memberikan ceramah motivasi kepada para petugas pemuda.

Turut menyerikan majlis himpunan yang dihadiri oleh lebih 500 petugas pemuda DUN Bukit Payong.ini, ialah Ustaz Baharudin Mohamad selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Payong dan Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menekankan tentang keutamaan 10 rukun bai'ah seseorang aktivis gerakan Islam, dengan memberikan penekanan kepada aspek faham, ikhlas, bekerja kuat, jihad, taat dan pengorbanan bagi memastikan.kekuatan parti berada pada landasan yang kuat untuk menghadapi PRU ke 13.

Walaupun hujan sekali-kali lebat, semangat para pemuda DUN Bukit Payong terus membara apabila mendengar ceramah motivasi oleh Ustaz Abu Bakar Soleh dan seterusnya ketua-ketua pemuda cawangan menerima bendera PAS daripada Pengarah MTD Ustaz Baharudin.

Gimik pelancaran disempurnakan oleh Ustaz Baharudin dengan memotong riben banting khas pelancaran dan disertai dengan dentuman bunga api.

Program masih berjalan dengan acara-acara sukan, remaja, pameran motor berkuasa tinggi, rawatan asy-syifa' dan ceramah umum pada 14 Mac oleh Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Saudara Shamsul Iskandar dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

    
Ketua Pemuda DUN, Ustaz mazlan berucap.

Ceramah Motivasi Ustaz Abu bakar Soleh

Bendera dinaikkan semasa lagu PAS dikumandagkan.

Jejaka-jejaka PAS DUN Bukit Payong.

Bilik IT.

Sebelum nyanyian nasyid al-Amal.

Sebahagian peserta yang hadir.

Orang ramai yang turut menyaksikan.

Memotong riben.

Banting Khas Pelancaran Himpunan Petugas.

Banner jemputan ke program.

Penyerahan bendera.

Cawangan dengan kehadiran paling ramai, tuan rumah.

Menerima cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.

Ustaz Baharudin menyampaikan cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.

Ustaz Hassan bergaya dengan motosikal berkuasa tinggi. 

Tiga buah motosikal berkuasa tinggi dipamerkan sepanjang program.

Sebahagian petugas di muka pintu tapak program.

Tiada ulasan:

Nuffnang