Jumaat, 25 Mac 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Kenyataan Media Pejabat YB Iskandar A. Samad :
PROJEK BUKIT BOTAK BERJALAN LANCAR.

Posted: 25 Mar 2011 11:06 AM PDT

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Perumahan PAS Negeri Selangor, YB Iskandar A. Samad telah melakukan satu lawatan tapak ke projek perumahan Taman Selayang Mutiara untuk bekas peneroka bandar Kg. Bukit Botak pada 25 Mac 2011.

Turut bersama adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang - Dato' Zainal Abidin A'ala, Timbalan Pengurus Besar ( Teknikal ) PKNS - Ir. Haji Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras DUN Taman Templer - Haji Mohammad Abdul Rahman.

Projek tersebut sedang berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus.

Berdasarkan kemajuan di tapak, projek yang dilaksanakan PKNS itu berupaya disiapkan menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012.

Projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Sebarang masalah yang dihadapi adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi.

Sebanyak 1,422 unit rumah berkembar akan disiapkan untuk bekas peneroka bandar Kg. Bukit Botak. Keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi. Ia akan dijual dengan harga RM99,000 walhal harganya di pasaran terbuka adalah sekurang-kurangnya RM170,000.

Perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Ia juga menunjukkan cara penyelesaian untuk masalah peneroka bandar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari cara Kerajaan Barisan Nasional.

25 Mac 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang