Sabtu, 12 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Pidato Khas Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional

Posted: 11 Mar 2011 10:27 PM PST

Anda semua dijemput hadir ke Pidato Khas oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional.

Tarikh:12 Mac 2011
Hari : Sabtu
Jam :7.45mlm
Tempat : pusat Konvensyen KUIS
Bandar Seri Putra
Bangi,Selangor

‘Curi’ DNA Anwar Tapi Sorok DNA Najib Dalam Kes Altantuya

Posted: 11 Mar 2011 08:51 AM PST

Dari Keadilan Daily

Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini.

Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik.

"(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal.

"Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian.

Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol.

Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah.

Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah.

"Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA," kata Sankara.

Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan.

Tiga Profail DNA Keliling Dubur, Saiful Enggan Komen

Posted: 11 Mar 2011 07:16 AM PST

Dari Malaysiakini

Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.

Yusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan.

“Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan," katanya.

Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini.

Polis Akui Rekod Keterangan Dari Rosmah, Najib

Posted: 11 Mar 2011 07:11 AM PST

Dari Malaysiakini

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk ‘mengenakannya’ pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?

Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan …

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude: Ya.

Karpal: Bagaimana dengan Najib?

Jude: Ada.

Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude: Ada… tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Seizure of 35,000 Bibles in Bahasa Malaysia – another example that Najib is not master in his own house and the hollowness of 1Malaysia?

Posted: 12 Mar 2011 01:56 AM PST

Is the continued seizure of 35,000 copies of the Bible in Bahasa Malaysia – 30,000 copies in Kuching Port and 5,000 copies in Port Klang – another example that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak is not master of his own house and the hollowness of his 1Malaysia policy? It is three days since [...]

Why Joseph Pairin not giving his support as first Huguan Siou Tun Fuad, if alive today, would have fully endorsed Sipaun’s statement that life in Sabah before Malaysia was “very pleasant and good”

Posted: 11 Mar 2011 07:33 PM PST

I just came across the latest attack on former Suhakam Vice Chairman and former Sabah State Secretary Tan Sri Simon Sipaun for his completely innocuous and patriotic statement recently that "life in Sabah before in Malaysia was very pleasant and good". Earlier, two Umno Tawau divisions had lodged police reports against Sipaun for the grave [...]

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


All-England: Chong Wei hampiri kejuaraan

Posted: 11 Mar 2011 09:53 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 Mac - Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan apabila mara ke pusingan separuh akhir perseorangan lelaki Kejohanan All-England yang diadakan di Birmingham, England awal pagi ini (waktu Malaysia).

Perseorangan nombor satu dunia itu mudah menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand 21-15, 21-7 dalam masa 30 minit.

Menanti Chong Wei di gelanggang separuh akhir ialah pemain China, Chen Long yang menewaskan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-9, 22-20.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan perseorangan nombor tiga dunia Lin Dan dari China, yang akan menentang pemain bukan pilihan Marc Wiebler dari Jerman.

55,000 penduduk Filipina pulang ke rumah selepas ancaman tsunami

Posted: 11 Mar 2011 09:51 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MANILA: Lebih 55,000 penduduk Filipina di pesisir timur pantai Filipina pulang ke rumah masing-masing selepas ancaman tsunami susulan gempa teruk di Jepun.

Kerajaan Filipina mengarahkan penduduk yang tinggal di tepi laut meninggalkan kediaman mereka, semalam. - AFP

Gempa bumi kuat di perairan Timur Honshu, Jepun

Posted: 11 Mar 2011 09:49 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter di perairan timur Honshu, Jepun pada jam 9.47 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. Gempa bumi itu membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

PAS ucap takziah kepada rakyat Jepun

Posted: 11 Mar 2011 09:46 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam.

Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas.

"Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa.

"Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu juga beliu menyeru masyarakat seluruh duni khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu.

"Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya.

Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

Kawasan loji nuklear Fukushima disytihar darurat

Posted: 11 Mar 2011 09:45 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO, 12 Mac: Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang.

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas.

Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami

Posted: 11 Mar 2011 09:42 PM PST


06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

"Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri," lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

"Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu," kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

"Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja," katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters

Ramai yang jahil hakikat bertunang

Posted: 11 Mar 2011 08:56 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.

Pada pandangan anda, apakah dengan persetujuan ini, sudah ada ikatan rasmi? Atau apakah hubungan mereka sudah semakin bebas?

Bagi memudahkan kita memahami stuasi ini, suka saya membandingkan pertunangan dengan "booking kereta" sewaktu kita bersetuju untuk membelinya di showroom kereta tersebut. Biasanya syarikat kereta itu akan meminta RM500 - RM1000 sebagai wang pendahuluan tanda jadi.

Kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di dalam showroom, mungkin proses pembeliannya hanya akan selesai dalam tempoh seminggu. Tetapi kalau belum ada, mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tempahan.

Walau bagaimanapun untuk membolehkah kereta itu dikeluarkan, pembeli perlu membayar 10 peratus daripada harga kereta tersebut dan bakinya akan diselesaikan oleh bank. Kemudian apabila kereta itu sudah didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pembeli itu boleh membawa balik keretanya ke rumahnya.

Ya, berdasarkan proses di atas, bolehkah si pembeli yang baru memberi RM500 atau RM1000 itu, masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari showroom? Setahu saya, tidak dibenarkan. Dia hanya boleh masuk untuk duduk dan memegang stering dan mendengar injen sahaja, selebihnya tidak boleh. Tetapi kalau kereta terpakai (usecar), jurujual boleh membenarkannya untuk memandu dengan syarat jurujual itu duduk di sebelahnya.

Bayangkan kalau baru booking kereta, sudah begitu kedudukannya, apa pula hukumnya seseorang yang baru bertunang yang hanya sekadar menyarung cincin pertunangan. Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.

Sebenarnya dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa perkara yang diharuskan. Antaranya ialah:

1. Perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan ditemani oleh mahramnya. Ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai.

2. Jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu atau sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.

3. Dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.

4. Dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah dilarang apatah lagi menyentuh kulit termasuk tangan.

5. Tidak digalakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.

Syariat Dipertahankan Islam menyediakan peraturan syariat adalah untuk menjaga maruah diri dan keluarga tunang sebelum mereka berdua disatukan. Hakikatnya peraturan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Malah sekatan dalam pertunangan itu boleh menjadikan mereka teruja untuk menunggu tarikh perkahwinan sebenar.

Bayangkan kalau pasangan itu sudah hidup seperti suami isteri dalam tempoh pertunangan, apakah mereka akan teruja dengan tarikh tersebut. Pada mereka, tarikh itu tidak penting lagi kerana kehidupan suami isteri sudah pun bermula. Malah jangan terkejut, ada kes seperti ini, yang lelaki bertindak memutuskan pertunangan atas alasan bakal isterinya tidak dara lagi.

Jelas di sini batasan yang dibuat ini adalah untuk keselamatan masa depan pasangan itu. Apa tidaknya, sebelum akad nikah pasangan itu masih suci, tidak ada dosa sentuhan, tidak ada dosa besar sama ada khalwat atau zina, tidak mencemarkan nama baik keluarga dan Islam. Jadi, pada waktu akad nikah mereka berdua adalah orang yang bersih di sisi Allah dan manusia.

Tetapi tahukah anda, jika sesuatu pasangan yang bertunang itu tidak mampu untuk mempertahankan syariat di atas, kehidupan mereka setelah berkahwin tidak begitu harmoni kecuali mereka benar-banar bertaubat sebelum diakadnikahkan. Allah yang maha pengampun bersedia mengampunkan dosa mereka jika mereka serius memohon keampunan kepada Allah.

Tetap tidak berganjak: MB

Posted: 11 Mar 2011 06:32 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri tidak berganjak dengan keputusan untuk mengekal tawaran yang dibuat sebelum ini kepada peniaga Bazar Tok Guru walaupun ditolak segelintir peniaga terbabit.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan terbaik untuk kesemua peniaga di bazar terbabit dan kini terserah kepada mereka untuk menerima tawaran yang dibuat.

"Keputusan masalah Bazar ini tetap begitu, mereka nak terima atau tidak terpulang. Setakat ini sudah 100 orang terima termasuk yang sudah menandatangani (surat perjanjian) dan sebahagian dalam proses ke arah itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan wakil dari Bazar MPKB dan Arked Uda yang tidak bersetuju berpindah ke Bazar Tok Guru walaupun menerima tawaran dari Kerajaan Negeri.

Antara lain mereka menuntut janji Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang akan membina saiz kedai berukuran 10X 12 dan bukan 6X8 sebagaimana yang disediakan kini.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, isu keretakan pada Bazar Tok Guru yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu tidak timbul kerana pihak kontraktor masih belum menyerahkan bangunan itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Bangunan itu belum lagi serah kepada JKR, lain lah kalau JKR menerima (dengan bangunan retak) itu tidak betul. Kalau lihat stadium di Terengganu runtuh walaupun kontraktornya dari syarikat antarabangsa, ini kontrak orang Melayu," katanya.

Dalam sidang media itu, Nik Aziz kecewa dengan segelintir peniaga yang mengkritik secara terbuka, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan semasa majlis bersama peniaga terbabit di Tapak Arked Uda petang, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau meminta individu terbabit secara terbuka memohon maaf kepada Anuar yang menurutnya banyak berkorban demi membantu masyarakat Kelantan.

"Kita patut kenang budi (Anuar), mana boleh kalau tak kena dengan angin kita, kita kritik, ini bukan masalah negeri, ini tidak betul. Saya nak orang itu mintak maaf depan orang ramai, buat pengumuman di surat khabar.

"Kalu nak serang sangat, serang ambo (saya), tidak mengapa, orang lain tebal tapak kaki, ambo tebal muka," katanya.

Gambar Dataran MPKB 11 Mac 2010

Posted: 11 Mar 2011 03:55 PM PST

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD]. Tazkirah YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nil Mat mendapat perhatian dari ribuan pengunjung tetap dari seluruh pelusuk negara dan anak jati Kelantan pada setiap pagi Jumaat.

Pada Jumaat 11 Mac 2011 semalam, sebelum tuan Guru menyampaikan kuliah tafsir Al Qurannya, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim terlebih dulu mengisi tazkirah slot pagi sekitar sejam.















Gambar : FB Khiruddin Tok Ngulu

Tazkirah ADUN Titi Serong di Kota Baharu.

Posted: 11 Mar 2011 03:47 PM PST


06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -11 Mac 2011/ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan tazkirah di Dataran MPKB Kota Baharu, Kelantan. Beliau mencipa sejarah apabila menjadi orang Cina yang pertama menyampaikan tazkirah di tempat tersebut.

Japan tsunami NHK TV

Posted: 11 Mar 2011 03:37 PM PST



Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

.

.


RAHIB DI MALAM HARI, KUDA TANGKAS DI SIANG HARI

Posted: 11 Mar 2011 05:09 PM PST

Tue, 8 March, 2011 3:42:40
رهبان في الليل و فرسان في النهار
...
From:
Nasrudin Tantawi
...
Add to Contacts
To:drahmadsamsuri@gmail.com; idrisahmad@yahoo.com; idrissahmad@gmail.com; penerangan@pas.org.my; saladinnaib@hotmail.com; u.tuan@yahoo.com.my; mahfuz4555@yahoo.com; idris_pemuda@yahoo.com; yusofembong@yahoo.com; muzu2love@yahoo.com; tokkhalid@gmail.com; wan_nik@hotmail.com... more

1. Rahib yang tekun beribadah di waktu malam dan Kuda yang tangkas berlari di waktu siang adalah modul pengkaderan yang gigih dilaksanakan oleh para ulamak Gerakan Islam untuk melahirkan para pejuang yang hebat sekaligus berkeupayaan tinggi untuk thabat [ tetap pendirian ] di medan perjuangan meskipun berdepan dengan cabaran dan halangan yang getir.

2. Pengkaderan ini mesti melalui proses pentarbiyahan yang istiqamah [ pro aktif ] dan munazzamah [ sistematik ] agar ia benar - benar berkesan untuk melahirkan susuk seorang pejuang yang mampu melazimi tahajjud, zikir al Ma'thuurat, bacaan al Quran, munajat, solat sunat, puasa sunat, solat berjamaah, kuliah agama dan pelbagai aktiviti amal fardi [ibadah persendirian] serta dalam masa yang sama aktif dan lincah di medan siasah [ politik ] jua dakwah [ penerangan ].

3. Pejuang atau anggota parti yang mampu mengadun ketiga - tiga elemen ini [ tarbiyah, siasah dan dakwah ] dengan baik dan seimbang, maka ia adalah pejuang yang melengkapi piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Se Malaysia [PAS].

4. Saya sangat mengharapkan agar Dewan Pemuda PAS Malaysia memulakannya dengan serius untuk melahirkan kualiti pejuang seperti ini memandangkan Dewan Pemuda PAS adalah kilang untuk melahirkan anggota dan pemimpin parti yang berkualiti di semua peringkat.

5. Tegasnya kita tidak mahu melahirkan hanya kumpulan pemimpin yang lincah di medan politik dan petah dipentas pidato semata - mata [ tidak perlu saya ulas panjang mengenai aktiviti politik dan penerangan kerana ia sememangnya telah mengambil sebahagian besar dari masa kita ], tetapi jua seorang anggota dan pemimpin parti itu mestilah akrab [ dekat ] dengan Allah swt. Menjadi orang - orang Allah [ Rabbaaniyyun ] yang gigih berjuang [ Ansoorullah ] untuk menegakkan syariat Allah swt.

6. Saya telah tegaskan dalam ucaptama saya sewaktu berlangsungnya muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia tahun 2010 yang lalu, betapa pemuda mesti melayakkan diri untuk mencapai piawaian Ansoorullah [ pejuang agama Allah ]. Ansoorullah tidak sekadar politikus tetapi ia adalah pejuang dan politik adalah sebahagian dari tugas wajib yang mesti dilaksanakannya.

7. Semua dari kita sangat menginsafi bahawa kemenangan buat perjuangan yang kita dokong ini hanyalah datang dari Allah swt. Sebagaimana Allah swt yang mewajibkan kita berjuang untuk menegakkan agamaNya, maka Allah jualah yang menentukan jadual dan tarikh kemenangan. Justeru itu, selaku pejuang agama Allah swt, kita semua mestilah erat hubungan dengan Allah swt dan dekat kedudukan kita di sisi Allah swt. Semakin jauh kita dengan Allah swt. ertinya semakin sukar kita menggapai kemenangan buat perjuangan ini.

8. Mungkin ramai orang tidak berminat dengan kaedah ini kerana ia bukanlah kaedah yang popular dengan pendekatan politik moden hari ini. Hari ini populariti memberi saham besar untuk menang. Malah budaya dan tindakan populis ini kian meluas untuk gapai kemenangan. Tanpa menafikan peranan tindakan populis dalam politik moden hari ini, kemenangan masih ditangan Allah swt. Maka seorang anggota dan pimpinan parti mesti peruntukan masa yang secukupnya untuk ia berada dekat dengan Allah swt dan jangan sekali - kali lupakan Allah swt kelak Allah swt pula tidak ada masa untuk kita dan Allah swt pula melupakan kita.

9. Setelah kita lalui 16 kali pilihanraya kecil, saya percaya mantap benar pengalaman dan persediaan kita menghadapi pilihanraya. Segala ilmu mengenainya tersarang di dalam feqh siasah dan ia adalah sebahagian dari tarbiyah yang perlu kita miliki. Namun kesibukan dan kesungguhan kita menghadapi 16 kali pilihanraya itu, saya lihat kita kurang al Ma'thuurat, kurang munajat, kurang tahajjud, kurang baca al Quran, kurang solat berjamaah, kurang berzikir, kurang muhasabah diri dan kurang mujahadah kerana lebih tertumpu kepada teknikal dan taktikal dalam pengendalian strategi dan operasi pilihanraya.

10. Ayuh pemudaku ! kita semarakkan kembali tarbiyah ruuhiyah [ spiritual ] sekalipun dimusim pilihanraya secara berjamaah, agar ia seimbang dengan politik [ siasah ] dan penerangan [ dakwah ] kita di semua peringkat [ pusat, negeri dan kawasan malah cawangan ] dengan aktiviti seperti berikut [ antaranya ] :

  • Solat berjamaah
  • Kelas pengajian agama
  • Usrah mingguan
  • Ijtima' Tarbawi secara bulanan atau dwi bulanan [ beserta qiamulail ]
  • Liqa Fikri
  • Mujaalasah Ulama' [ mendampingi ulama' secara berkala ]
  • Melazimi al Ma'thuurat

supaya lahir pejuang yang gigih dan tekun mengabdikan diri kepada Allah swt di waktu malamnya serta tangkas dan cergas laksana seekor kuda di waktu siang untuk menjalankan tugas sebagai seorang anggota dan pemimpin parti. Kita tidak mahu anggota atau pemimpin parti yang banyak menghabiskan masa dengan tidur, berbual kosong, khayal, bertelingkah dalam soal khilaf, mencari salah orang lain, menonton filem yang melekakan, mendengar muzik yang melalaikan dan pelbagai aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat kepada agama, diri dan jamaah [parti].


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.



DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


Bantuan pertanian

Posted: 11 Mar 2011 07:17 PM PST

Metro

Posted: 11 Mar 2011 05:46 AM PST

Pelumba

Posted: 11 Mar 2011 05:40 AM PST

Lim Lip Eng

Lim Lip Eng


Unhappy with proposed MRT station

Posted: 11 Mar 2011 09:09 PM PST

Source: http://thestar.com.my/metro (By TAN KARR WEI, 12/3/2011)
The locations of several proposed MRT stations for the Sungai Buloh-Kajang line is likely to create more problems instead of solving them. One such station is the proposed Bandar Utama station, which will be built near the Media Prima broadcast centre at the junction of the Damansara-Puchong Highway (LDP) and Persiaran Bandar Utama. Petaling Jaya Utara MP Tony Pua said the area was already packed with cars and having a station there would worsen the congestion.

"There is no park-and-ride facility and there will be cars waiting for passengers by the main road," said Pua, who held a joint press conference with Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Segambut MP Lim Lip Eng and Subang MP Sivarasa Rasiah near the site at Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya.

"The Bandar Utama MRT station is expected to be the busiest in the northern part of the alignment, servicing about 46,900 passengers daily and is the fifth busiest of the 35 proposed stations. "Why is the MRT station located 1km away from the bus terminal even though high ridership is expected? Instead, it is located along the busy LDP," said Pua. He added that the MRT would be not be beneficial without a proper bus system to complement it. Pua said in Singapore and Hong Kong, people did not rely fully on the MRT as the bus system also played an important role. "There are better alternative locations to look at. The proposed site for the KL Sentral station is also not located within the present KL Sentral station but near the National Museum. "The distance is even further than to the KL Monorail, which people were already complaining because of the long walk," he said. Sivarasa said a public meeting was held for stations in his constituency without the MP and assemblyman. "During a meeting in the Petaling Jaya City Council (MBPJ), we asked the rationale of putting stations where they are and were told some were meant for another two lines that have not been finalised. "How are we going to understand the rationale when there is no information on the other lines? The proposed stations should not be independent of the other two lines. "We appreciate the project is being carried out but it should not be rushed," said Sivarasa. Nurul Izzah said the Klang Valley MRT was the largest infrastructure project for the nation and suggested it be put on hold so all feedback and views could be taken into consideration. Pua said the tenders for the project's sub-contractors was supposed to be announced next month while the deadline for public feedback was May 14, raising the question of what would happen if there was a variation from the original plans if the public was not satisfied with the station locations.

Lim Lip Eng said based on feedback from Taman Tun Dr Ismail residents, most did not want the station in their area and they also called for it to be located away from the LDP to avoid congestion and parking problems.

"The Land Public Transport Commission has only held meetings with the Taman Tun residents while the Bukit Damansara residents are holding their comments until a meeting is called for in their area," he said.

Bandar Utama City Corporation director Datuk Teo Chiang Kok said an integrated transportation hub had always been part of their master plan. He said ideally, 1Utama and The Curve should have their own stations but the distance between the two locations would be too near. "We have a bigger population and ridership from our shopping malls and offices so it makes sense to have it here," he said. The 1Utama open carpark serves as a transportation hub, with major bus and coach services like RapidKL, Aeroline, Genting Express and LCCT Skybus operating out of Bandar Utama. "We have also proposed for a joint venture with MBPJ to build two levels of basement carpark below the Central Park next to 1Utama. "We are willing to build it and go on a shared revenue basis with the council," he said. He said many people were lobbying for underground stations and it should be considered. "It would be more expensive to go underground but we should also look at the long-term gains because the stations are going to be here for a long time. "To mitigate the extra cost, the land around the stations can be developed for retail," he said. Teo said it was technically possible to build an underground station that could be shared by both shopping malls.

Related news: Halt MRT project, say Pakatan MPs http://malaysiakini.com/news/158335

Jumaat, 11 Mac 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak

Posted: 11 Mar 2011 08:45 PM PST

MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak
Mac 12, 11 12:17pm
Kongsi 0
Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

NONEKedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

"Saya ditahan di kaunter imigresyen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah," katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresyen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.

"Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat," katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya dan seorang pembantu yang bagaimanapun dibenarkan masuk.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresyen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang

MRT bosses ignoring Pakatan MPs, says Siva

Posted: 11 Mar 2011 07:04 PM PST

Patrick Lee
March 11, 2011 It appears that opposition representatives have no say in the project, even if the trains pass through their constituencies.

PETALING JAYA: Pakatan MPs are often left out of consultations on the proposed Mass Rapid Transit (MRT) system even though the trains will run through the areas they represent.



When they do respond to questions from opposition representatives, officials of the Land Public Transport Commission (SPAD) tend to give incomplete answers, according to Subang MP R Sivarasa of PKR.



Speaking to reporters here today, he said he was at a Petaling Jaya City Council (MBPJ) meeting in late January when SPAD officials dropped the MRT bombshell.



The attending SPAD officers raised the subject out of the blue, he said. "I was there for totally different reasons."



The officers were accompanied by representatives of Gamuda-MMC, SPAD's delivery partner in the MRT project. They needed MBPJ's approval to build train stations in Petaling Jaya.



He said SPAD did not bother to call MPs and state assemblymen for the areas that the trains would pass through.



At least four of the proposed stations would be built in Sivarasa's constituency.



He said the officials gave a presentation about the MRT proposal, but did not give satisfactory answers to questions posed afterwards.



"I asked them why stations were here and not there, and their answer was, 'It's because there's another line coming from somewhere else,'" he said.



"That's when I learned that there were other lines. So I asked them for the locations of the other lines, but they told me they didn't have the information."



He said he blew his top. "I said, 'How do you expect us to understand your rationale when you're not telling where your other line is?'



"This is the biggest project in the history of Malaysia, and you come to the public with partial info, and justify it with a half baked rationale."



Sivarasa said the government needed to have more public consultations before going ahead with the controversial RM53 billion project.



Despite heavy public criticism against the MRT, the government appears determined to go ahead with it. It will call for tenders for various sub-contract works in April and award the contracts by June. Construction is expected to start in July.

Sivarasa Memantau Projek Menaik Taraf Jalan Pekan Subang

Posted: 11 Mar 2011 09:00 AM PST

YB Sivarasa melawat tapak projek menaik taraf Jalan Pekan Subang, dari Kelab Monterez ke TUDM di Subang.

Dalam lawatan ini, Sivarasa juga menerima memorandum bantahan daripada penduduk-penduduk tempatan. Beliau berpeluang mendengar maklum-balas daripada penduduk tempatang mengenai masaalah trafik yang dihadapi hasil daripada projek naik taraf ini.

Hadir bersama pada lawatan ini adalah Ketua Kampung Sdr Chang dan Sdr Michael Wong, wakil kepada ADUN Kota Damansara, YB Dr Nasir.

Nuffnang