Isnin, 5 Mac 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH TPM, RAKYAT KUALA NERUS

Posted: 04 Mar 2012 06:35 PM PST



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, YAB Tan Sri MuhyiddinYassin telah menyempurnakan lawatannya ke Terengganu beberapa hari lalu. Syukurjuga kerana pada hari ini, saya mempunyai kesempatan untuk memberikan sedikitkomen atau reaksi mengenai hasil lawatan tersebut.

Terima kasih kepada YAB Tan Sri keranatelah memilih Parlimen Kuala Nerus sebagai sebahagian destinasi lawatan beliau.

Juga penghargaan yang tidak terhinggasaya ucapkan kepada puluhan ribu rakyat yang membanjiri kawasan Sekolah MenengahTeknik Kuala Terengganu sebagai memberikan sokongan kepada pucuk kepimpinannegara yang tercinta.

Selain, beberapa pengumuman atauberita baik daripada YAB Tan Sri mengenai projek Sekolah Sukan dan beberapaprojek untuk rakyat yang lain di kawasan Parlimen Kuala Nerus ini, kehadiran puluhanribu rakyat adalah sesuatu yang mengkagumkan.

Saya sangat teruja melihat semangatrakyat Kuala Nerus – satu gambaran mengenai kebangkitan mereka untuk memastikanBarisan Nasional (BN), khususnya di Parlimen Kuala Nerus berada dalam genggamankita. Ini bukan sesuatu yang retorik kerana ia sebenarnya benar-benar berlakudi depan mata kita semua.

Saya sangat optimis bahawa jika inilahsemangat yang ditunjukkan rakyat Parlimen Kuala Nerus, bukan sahaja semuakerusi yang BN miliki akan dikekalkan, malah kerusi DUN Bukit Tunggal yangdimenangi Pas pun, akan mampu kita tawan semula.

Apa pun, saya melihat satu semangatdan iltizam yang sangat luar biasa yang mampu saya terjemahkan dengan perasaanyang sangat gembira.

Mudah-mudahan kebangkitan dan semangatyang ditunjukkan rakyat ini akan berterusan. Terima kasih YAB Tan Sri MuhyiddinYassin dan seluruh penduduk dan pengundi di Parlimen Kuala Nerus.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Razak of MAS

Posted: 05 Mar 2012 02:50 AM PST

Olek Skilganon

Most ideal was for MAHB to take actions. But during the Sleepy Period ? 4th Floor, AirAsia was untouchable. On top of owing airport tax, the Sleepy Head government went ahead to build a warehouse style LCCT costing RM125 million and in a year or two later spend another RM100 million to renovate it. The contractor was Fajah Baru Rembau! So do you what is Rembau?

If MAHB got a free hand I am sure that MAHB would have taken them to the cleaner. So we can compare Malaysia with Singapore. If we are like Singapore, AirAsia’s landing right would have been withdrawn until they pay up the airport tax.

What don’t you also suggest that MAS should not have given up about 90 of its routes to AirAsia when instructed to do so?

YB please check what happen to the 30,000 passengers to London on AIrAsia after it has cancellation its flight. If MAS had to take over, please check at what price and whether the fare have been paid to MAS.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Anonymous

Posted: 05 Mar 2012 02:39 AM PST

Jasper Bloodstone

What are rumbling on? MSA, Singapore, Changi and etc.

Please tell us which country in the world including your chosen Singapore will allow an airlines to owe airport tax amounting to RM120 million over many years and upon payment got a discount of 30%. Which government in the world will take profitable routes away from its own national airlines?

by the way do you know what is the role of the airlines or your chosen airlines AirAsia in the collection of airport tax? Let me tell you that AirAsia just like any airlines is just a collecting agent of airport tax and to pass on whatever amount collected to the airport authority. Airport tax was not meant to be used as working capital, due.

Please answer the above questions on airport tax issue. We all want to hear your views on it.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Olek Skilgannon

Posted: 05 Mar 2012 02:31 AM PST

Razak of MAS

If AirAsia owed RM120 million to Malaysia Airports (MAHB), why didn’t MAHB take them to court to recover the outstanding amount plus interest? It’s a simple enough decision, yes, and as a public-listed company, your shareholders would expect you to do so?

Are you saying that MAHB, out of the kindness of their hearts, looked the other way or gave AirAsia the benefit of the doubt?

Or played footsie with AirAsia to the detriment of their shareholders?

You are right that AirAsia wouldn’t pull such a stunt in Singapore. But in Singapore, things are transparent and enforceable by a well-regarded judicial system!

Comment on AJ & Rashdan: MAS or MAS management is in crisis? by The Crony Rashdan

Posted: 05 Mar 2012 02:28 AM PST

The Pumkiner

Creative accounting and using big word like “non-core”, “making asset light airlines” “widespread asset un-bundling – (WAU) are what Danny little boy cum crony is good for. Typical brainless consultant trying yo bull shit his way. Then you have AJ, the budak suruhan just follow like a cow. All these personalities are contributing to the Panamera Deadwood, drawing big salaries and perks with no or little contributions.

Tak malu kah Danny boy cum crony???? For how long do you want to be Azman Crony. Where is your self respect?

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Jasper Bloodstone

Posted: 04 Mar 2012 11:48 PM PST

AirAsia did not expand into Singapore? What have you been smoking, dude, and what planet are you on?

AirAsia Malaysia is one of the biggest LCCs, in terms of pax numbers, operating out of Changi Airport. This is not counting the pax numbers to Changi contributed by AirAsia’s Indonesian and Thai affiliates.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Jasper Bloodstone

Posted: 04 Mar 2012 11:41 PM PST

Sorry, my post got partially chewed up by my smartphone.

Anyway, back to the questions:

- was MAS consistently profitable from the year it was set up until when AirAsia came into being?

- why did the government ask Tajudin Ramli to take over MAS and subsequently buy him out, sue him and then settle out of court? I don’t seem to remember Pak Lah or Tony F being involved in these corporate prestidigations!

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Jasper Bloodstone

Posted: 04 Mar 2012 11:29 PM PST

Razak of MAS

So much misplaced angst and woolly thinking, which is basically par for the course.

I asked a simple question – how can SIA make profits under the same environmen of fuel prices?

Shall we revisit thee negotiations that led to the splitting of Malaysia-Singapore Airlines into Malaysia Airlines and Singapore Airlines

Comment on AJ & Rashdan: MAS or MAS management is in crisis? by The Pumkiner

Posted: 04 Mar 2012 06:04 PM PST

One typical accounting trick used by new management (they never failed to apply this) is the ‘cookie jar accounting’. – Google it up.

Make full (read -excessive) provisions (accounting lingo for this now – allowance/impairment charge) and blame everything to previous management.

The new management then will be able to show ‘tremendous turnaround’ in the next reporting period/year.

Danny boy can’t wait to appear in the press and present himself as the savior of the national carrier.

Comment on Abused of “1MALAYSIA” logo by Eby

Posted: 04 Mar 2012 05:42 PM PST

untuk perhatian semua… bazar tersebut telah diratakan oleh UMNO Wangsa Maju…. dan telah dihentikan… semua orang tau ini semua dibawah UMNO dan tidak perlu menyalahkan pihak lain

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by soon zoo

Posted: 04 Mar 2012 05:16 PM PST

wooit…. just a scrap paper for the blind minded like you…. Goons Species..!!

Direct Free Kick

Direct Free Kick


VICTORIA BERSEDIA TERIMA PEGAWAI SELANGOR

Posted: 04 Mar 2012 06:20 PM PST

Kerajaan Negeri Victoria, Australia bersedia menerima pegawai-pegawai Selangor bagi mendedahkan mereka kepada cara-cara kerajaan tersebut menyelesaikan masalah-masalah perumahan.

Hasrat itu telah disampaikan oleh "Chief Of Staff" kepada Menteri Perumahan Victoria, Anna Cronin ketika dikunjungi oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar A. Samad di Melbourne pada 2 Mac lepas.

Menurut Iskandar, Cronin mencadangkan pegawai-pegawai Selangor ditempatkan di jabatan beliau untuk satu jangkamasa agar dapat didedahkan kepada cara-cara pelaksanaan agenda-agenda perumahan kerajaan Victoria.

Di dalam kunjungan tersebut, Cronin telah menerangkan polisi-polisi dan program-program perumahan Victoria. Iskandar pula telah turut menerangkan agenda-agenda perumahan Selangor.

Kata Iskandar, di Victoria program untuk menyediakan kediaman yang sempurna bagi golongan muda dan mereka yang hidup melarat tidak hanya terhad kepada menyediakan tempat tinggal. Tetapi ianya juga meliputi penyediaan bimbingan, latihan kemahiran, kaunseling serta sokongan-sokongan yang lain.

Terdapat satu program khusus untuk golongan muda di sana.

Sewa di perumahan awam yang disediakan kerajaan pula tidaklah sama bagi setiap penyewa. 

Perumahan awam ini adalah sama seperti Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang ada di Lembah Subang dan Kota Damansara. Penyewa di Victoria membayar berdasarkan pendapatan bulanan mereka. Sewa yang ditetapkan adalah 25 peratus dari pendapatan bulanan penyewa. Jika pendapatan mereka rendah maka sewa mereka rendah dan jika pendapatan mereka tinggi maka sewa mereka tinggi.

Kerajaan Victoria pula tidak masuk campur di dalam pentadbiran perumahan bertingkat atau berstrata. Di sana penduduk mentadbir pembangunan mereka dengan menubuhkan badan-badan pengurusan seperti di Malaysia. Walau bagaimanapun pertelingkahan dirujuk terus kepada satu tribunal khas yang akan memutuskan jalan penyelesaian.

Iskandar mengalu-alukan cadangan Cronin kerana ia dapat mendedahkan pegawai-pegawai Selangor kepada cara bekerja di sebuah negara yang maju dan yakin pengalaman ini akan memberi sumbangan yang besar kepada usaha untuk menjadikan Selangor bertaraf dunia.

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Program Ramah Mesra

Posted: 04 Mar 2012 04:13 PM PST










Pada 3 Mac 2012 yang lalu, Program Ramah Mesra bersama rakyat di Dewan Nelayan Kg. Batin melibatkan 3 kampung, iaitu Kg. batin, Taman Perumahan Permint Perdana dan Kg. Hulu Takir. Bersempena program ramah mesra, pertandingan memancing dan juga cabutan bertuah juga diadakan di sana untuk penduduk di sana. Selepas program beramah mesra selesai, program masuk kampung untuk melawat dan merawat orang sakit di dalam 3 kampung tersebut dengan kerjasama doktor dan pegawai perubatan dari UMT.

Sebanyak 20 buah rumah telah dilawati. Terima kasih kepada semua yang
menjayakan program ramah mesra pada kali ini di Kg.Batin, Taman Perumahan Permint Perdana dan Kg. Hulu Takir.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kompleks Seberang Takir 2012

Posted: 04 Mar 2012 04:07 PM PST






Pada 2 Mac 2012 yang lalu, telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kompleks Seberang Takir 2012 di Dewan Komstar, SMK Kompleks Seberang Takir.

Lawatan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri ke Kuala Nerus

Posted: 04 Mar 2012 03:57 PM PST





Pada 1 Mac 2012 yang lalu, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah datang ke Kuala Nerus bagi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu. Selamat datang dan jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian Y.A.B ke Kuala Nerus.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Removing Doubts About Anwar’s Islamic Image

Posted: 04 Mar 2012 06:44 PM PST

Malaysia Chronicle

As I write this, Anwar Ibrahim was meeting two prominent and controversial figures in Islamic movements, Yusuf al-Qardawi and Khalid Mish’al in Doha, Qatar.

Qardawi is an Islamic scholar and prominent figure in Islamic Brotherhood or Ikhwanul Muslimin, while Khalid Mish’al is the leader of Hamas, an organization that is labeled as ‘terrorist’ by USA and Israel.

Prior to this meeting, Anwar met many Islamic leaders and scholars from various organizations, as well as world leaders, such as Turkish prime minister Recep Tayyip Erdogan and his cabinet members, Dr Ahmad Muhammad Ali, Islamic Development Bank Chief, Sheikh Abdul Qadir, a Saudi and Palestine supporter, Sheikh Kabbali, Imam of the Holy Mosque in Mecca, Ekmeleddin ?hsano?lu, Secretary General of the OIC, and many others.

What do these meetings tell us? One, this can refute the Malaysian government’s accusation that Anwar is a friend and ally of Israel. Two, these meetings are telling Malaysian people that Anwar is still an Islamic leader committed to the Palestinian cause and other Islamic movements throughout the worlds. With the Arab Spring success in Tunisia, Egypt, Yemen and also Islamic movements’ successes in Turkey, Morocco and Jordan, one can conclude that even though Anwar is a ‘liberal’ and leader of a party not considered as an Islamic party, to Muslims, Anwar can be relied on as their leader to reach their aspiration: a country governed with at least Islamic values and principles such as rule of law, justice, transparency and accountability.

Malaysian people also should not be worried as these values are global values that all communities throughout the worlds are fighting for. They transcend races, ethnic background and gender. And for Malaysian Muslims who have doubts about Anwar, they should be reminded that this is the trend of the Islamic movements throughout the worlds nowadays – promotion of human rights and justice. They should not bogged down with the erroneous view that Islam is Malay and Malay is Islam.

.

.


KEWAJIPAN BAIAH DAN TUNTUTANNYA.

Posted: 04 Mar 2012 11:28 PM PST

KEWAJIPAN BAIAH DAN TUNTUTANNYA.

PENGERTIAN BAI'AH

[ Baiah dari sudut bahasa: ]

· Baiah berasal dari huruf ( ب , ي , ع / ba' -ya' -ain ) , datang dengan kalimah baa'a ( باع ) atau bei' ( بيع )

· Dalam Mu'jam Alfaz Quran[1]:Al-baie mubadalatu maalin bimaal ( البيع مبادلة مال بمال ), kalimah ini digunakan biasanya dalam urusan jual beli. Kalimah ini digunakan juga pada hubungan perdamaian kerana di situ terdapatnya konsep pertukaran hak. ( mubaadalatul hak / مبادلة الحق ) sebagaimana pada jual beli ada ( mubaaya'atus syai' / مبايعة الشئ ) .

· Dalam Mufradat fi Gharib Quran lil Ashfahaani: Baie ( بيع ) adalah beri barang dan mengambil duit , sementara Syira' ( شراء ) ialah beri duit dan ambil barang dan dikatakan juga pada baie ( بيع ) itu Syira' ( شراء ) dan pada Syira' ( شراء ) itu baie. ( بيع ) Sebagaimana dalam hadis:

لا يبيع أحدكم على بيع أخيه

Tidak harus membeli seseorang kamu di atas belian saudaranya.

Hadis ini membawa makna أى لا يشتري على شرائه

Baiah dari segi bahasa meliputi 3 anasir utama:

1. Mesti ada dua pihak yang buat perjanjian .

2. Ada benda yang ditukar oleh kedua pihak pada perjanjian.

3. Redha antara keduanya,dengan makna kedua2 mereka merasakan bersetuju untuk sama ada jual atau beli benda tersebut.

[ Baiah dari sudut istilah Syarak: ]

Ibnu Khaldun[2]:

البيعة هي العهد علي الطاعة كأن المبايع يعاهد أميره على أن يسلم له النظر في نفسه فيما يكلفه به من الأمر على المنشط والمكره

Maksudnya : Baiah ialah perjanjian di atas ketaatan , seperti pembaiah memberi janji setia kepada pemimpinnya bahawa ia bersedia menerima segala tanggungjawab yang dipertanggungjawab ke atas dirinya samaada dalam keadaan cergas atau pun tidak . ( dalam keadaan suka ataupun tidak suka )

Golongan umat Islam apabila mereka beri baiah kepada ketua mereka,lalu diletakkan tangan mereka diatas tangan ketua sebagai bukti kepada perjanjian sepertimana keadaan pembeli dan penjual , dengan demikian jadilah baiah bersalaman tangan antara satu sama lain.

Dr Solehuddin Basyuni[3]:

البيعة إذن عقد بين طرفين أشبه بِما بين البائع والمشتري فالإمام طرف والجماعة الاسلامية الطرف الآخر.والخلافة هي موضوع البيعة.

Baiah ialah aqad ( perjanjian ) antara dua pihak . menyerupai aqad yang dimateri antara penjual dan pembeli . Justeru itu Imam ( pemimpin ) di satu pihak dan Jamaah islamiyyah di satu pihak yang kedua . Sementara Khilafah merupakan "tempat letak"nya baiah .

Dr Mohd Ab.Qadir Abu Faris[4]:

البيعة تعني إعطاء العهد من المبايع على السمع والطاعة للأمير في المنشط والمكره والعسر واليسر وعدم منازعة الأمر وتفويض الأمور إليه.

Baiah memberi maksud perjanjian oleh pembaiah atas tanggungjawab dengar dan taat terhadap pemimpin dalam situasi cergas dan lemah , sukar dan mudah tanpa mewujudkan pertelingkahan dan dan gangguan kelicinan arahan yang diberi .

Mohd Al-Mubarak[5]:

عقد وميثاق بين الطرفين,الأمير المرشح لرياسة الدولة والجمهور.أما هو فيبايع على الحكم بالكتاب والسنة والنصح للمسلمين,وأما الجمهور المبايع فعلى الطاعة في حدود طاعة الله ورسوله.

Perjanjian dan perlembagaan antara dua pihak . Pemimpin yang dicalonkan sebagai ketua Negara dan rakyat . Adapun pemimpin berbaiah atas pemerintahan yang berdasarkan Kitab , Sunnah dan Nasihat bagi sekelian muslimin . Adapun rakyat pula berbaiah atas ketaatan selama mana berada dalam batas ketaatan kepada Allah dan Rasul.

Baiah dalam sistem politik Islam ini terbahagi kepada 2 iaitu baiah khas dan baiah am:

1. Al-Baiah al-Khaassah ( البيعة الخاصة )

Iaitu Ahli halli wal aqdi menjalankan tugas memilih calon khalifah. Baiah ini mengiklankan calon yang dipersetujui oleh mereka. Ia adalah muqaddimah kepada baiah umum.

Baiah khusus ini hanya diiktiraf bila wujud kebebasan bagi memilih khalifah tanpa wujud paksaan.

2. Al-Baiah Al-Ammah ( البيعة العامة )

Iaitu baiah yang berlaku selepas baiah khusus. Ia adalah baiah bukan dari sebahagian orang tetapi dari seluruh masyarakat sama ada mereka memberi baiah secara langsung atau dengan menggunakan wakil.

Ia adalah ibarat menyatakan wala', taat dan iktiraf kepada kepimpinan dan tidak akan keluar daripada jemaah muslimin .

DALIL-DALIL PERSYARIATAN BAIAH

Firman Allah swt:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً [6]

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanya sanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

Ayat ini menunjukkan baiah yg diberikan oleh Sahabat kepada Rasulullah. Hakikat baiah kepada Rasul adalah juga memberi baiah kepada Allah.

Firman Allah lagi:

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحاً قَرِيباً [7]

Maksudnya :Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya;

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَن لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئاً وَلا يَسْرِقْنَ وَلا يَزْنِينَ وَلا يَقْتُلْنَ أَوْلادَهُنَّ وَلا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
[8]

Maksudnya :Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara Yang baik, - maka Terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al Mumtahanah. Ayat : 12

Sementara dalam Hadis dinyatakan:

أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا تَسْرِقُوا وَلا تَزْنُوا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ وَلا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك

Bahawa Ubadah bin Shomit rha. dan beliau adalah ahli Badar juga salah seorang Nuqaba' malam Baiatul Aqabah bahawa Rasulullah saw bersabda sedang sekelilingnya satu kumpulan dari para sahabatnya : Berilah baiah kamu kepada ku bahawa kamu tidak menyegutukan Allah swt dengan sesuatu , tidak mencuri , tidak berzina , tidak membunuh anak – anak kamu , tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah – tengah masyarakat dan tidak ingkar dalam perkara makruf . Barangsiapa yang telah menunaikan ( janji setianya ) maka ganjaran terserah kepada Allah dan barangsiapa yang terjebak melakukan ( perbuatan mungkar yang disenaraikan ) maka dibalas di dunia sedang ia sebagai kaffarah baginya . Barangsiapa yang terjebak melakukan ( perbuatan mungkar yang disenaraikan ) kemudian di tutuplindung oleh Allah , maka ia terpulang kepada Allah . Jika Allah mahu , Allah ampunkannya dan jika Allah mahu , Allah timpakan akibatnya. Maka kami telah memberi baiah .

Dalam hadis lain:

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْعُسْرِ وَالْيُسْرِ وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ وَعَلَى أَثَرَةٍ عَلَيْنَا وَعَلَى أَنْ لا نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ وَعَلَى أَنْ نَقُولَ بِالْحَقِّ أَيْنَمَا كُنَّا لا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لائِمٍ [9]

Dari Ubadah bin Al Walid bin Ubadah dari ayahnya dari datuknya telah berkata : Kami telah memberi baiah kepada Rasulullah saw untuk dengar dan taat dalam keadaan sukar dan senang, cergas dan lemah , bahawa kami tidak mempertikai urusan atau arahan yang diserahkan kepada ahlinya ( yang berkelayakan ) dan sesungguhnya kami akan berkata benar sekira – kira kami , demi agama Allah tidak sekali – kali gentar terhadap celaan mereka yang mencela.

Riwayat Imam Muslim .

Dalam hadis berikut:

عن عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي عُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَمَنْشَطِنَا وَمَكَارِهِنَا وَعَلَى أَنْ لا نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ وَعَلَى أَنْ نَقُولَ بِالْعَدْلِ أَيْنَ كُنَّا لا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لائِمٍ [10]

Dari Ubadah bin Shomit telah berkata : Kami telah memberi baiah kepada Rasulullah saw untuk dengar dan taat dalam keadaan kami susah , kami senang , kami cergas , kami lemah dan kami tidak mempertikai urusan ( arahan ) yang diberikan kepada ahlinya juga kami berkata dengan saksama bahawa di mana sahaja kami berada , demi agama Allah kami tidak takut celaan orang – orang yang mencela .

Riwayat An Nasaei .

ASAS-ASAS BAIAH

[ 1. Kerajaan Islam ]

· Menyampaikan Agama Islam kepada seluruh ummah dengan menegakkan hujjah tentang kebenaran Islam.

· Melaksanakan tuntutan Amar Makruf Nahi Mungkar.

· Menghapuskan fitnah daripada muka bumi serta memertabatkan Agama Islam dengan mengenepikan segala peraturan2 yg sesat barat.

[ 2. Orang yang dilantik menjadi Imam ( pemimpin ) ]

· Islam
· Berilmu
· Adil
· Punyai jiwa dan jasad yang sempurna dan sejahtera
· Berpengalaman dalam politik, peperangan dan pengurusan.
· Lelaki
· Bangsa Quraisy (sebagaimana yg diperselisihkan)

[ 3. Ahlu halli wal aqdi dan jumhur umat Islam. ]

BAIAH DAN PRINSIP MUSLIM DLM POLITIK ISLAM

Ada beberapa perkara yg perlu dilihat dalam konteks pembahagian kerajaan:

[ 1.Kerajaan Islam yang adil ]

· Beriltizam dengan Islam dan tuntutannya

· Pentadbirnya mentadbir mengikut kaedah yg ditetap olehIslam

· Manhaj diambil dari konsep pentadbiran Rasulullah saw

· Dasar luar dan dalam Negara adalah patuh dan tunduk kepada Allah secara mutlak

· Tujuan kerajaan ini adalah untuk melaksanakan hukum Allah dan menguatkuasa Syariat serta menghidupkan Syiar Islam

*Maka umat Islam WAJIB beri baiah dan wala sepenuhnya kepada kerajaan ini.

[ 2. Kerajaan Islam yg fasiq/zalim ]

· Kerajaan ini mengiktiraf kekuasaan Allah namun menghukum dengan peraturan selain Islam

· Pemimpin mereka Fasiq ( tidak melaksanakan hukum Allah . ) Al marhum Syeikh Said Hawa berkata : Banyak penyelewengan yg boleh dilihat dalam Negara Islam.

Antaranya pemimpin adalah zalim dan fasiq dan ia boleh ditakrifkan sebagai melantik anggota yg tidak layak atau bukan muslim untuk memimpin,tidak beriltizam secara sempurna dengan Syariat terhadap dasar Negara.

Maka dalam keadaan sebegini mengikut pandangan beliau;kita perlu menunggu dan mengawasi perkembangan semasa Negara. Jika ketua kerajaan mengakui kekuasaan Allah tapi yg diiktirafnya adalah nizom selain Islam, maka mereka adalah Fasiq. Oleh itu, sempadan antara kita dengan mereka adalah sembahyang.

Selagimana mereka masih menunaikan sembahyang ,maka mereka tidak boleh diperangi. Sekiranya kita mampu memisahkan diri dari mereka dengan jalan yg selamat, maka pisahkanlah dari mereka. Namun jika sebaliknya, iaitu mereka sudah tidak menunaikan sembahyang maka barulah mereka diperangi sehingga kita berpisah daripada mereka dan dapat kita jalankan hukum hudud dan hak Allah keatas mereka.[11]

*Jadi kerajaan Islam yang menyeleweng (nama kerajaan tersebut diletakkan berdasar peraturan yg dijalankan,sekiranya sekular maka kerajaan Sekular dan sebagainya ) ini perlu dinasihati, dalam perkara kebaikan boleh disokong dan dibantu akan tetapi dalam perkara mungkar dan kezaliman wajib dicegah. Pada ketika ini baiah tak wajib diberikan.

[ 3. Kerajaan kufur ]

· Negara yg tidak mengiktiraf hakimiyyatullah dan tidak tunduk kepada hukum Allah serta manhajnya.

· Adakalanya mereka memerangi hukum Allah dan umat Islam,adakalanya ,mereka berdamai.

*Baiah haram diberikan kepada kerajaan ini dan kepimpinannya. Namun dalam keadaan perdamaian dan diplomasi hendaklah dielak dari berlaku perang.

BAIAH DAN WALA' KEPADA HARAKAH ISLAMIYYAH

Baiah kepada jemaah Islam bukan untuk ketuanya berdasarkan sifatnya sebagai individu.

Ia adalah baiah untuk iltizam kepada asas-asas Islam dan keiltizaman kepada jemaah

Baiah kepada jemaah dan jihad adalah untuk mentahqiqkan (membenar dan mencapai ) matlamat Islam.

Baiah untuk berkorban dengan harta dan nyawa untuk mendapat redha Allah.

Baiah untuk wala' dan membantu sesama muslim atas wadah Jamaah yang Munazzamah.

Sesungguhnya baiah untuk amal Islami dan jihad fisabilillah adalah hakikat baiah dengan Allah taala.

Justeru itu:

Memberi baiah kepada jemaah yang memperjuangkan Islam untuk menegakkan Daulah Islamiyyah adalah WAJIB kerana Ulamak telah menegaskan bahawa Daulah Islamiyyah yang telah runtuh sekian lama hanya dapat ditegakkan dengan adanya jamaah .

( Justeru tidak mungkin individu boleh menegakkan Daulah Islamiyyah tanpa Jamaah yang Munazzamah disamping perjuangan secara solo / individu adalah mukhalafah sunnah. )

Namun apabila ada orang yg tidak mahu memberikan baiah kepada jemaah yang memperjuangkan Islam , maka beliau tidak dianggap bughah dan murtad yg harus diperangi, tetapi beliau berdosa kerana tidak berbaiah atau berjanji setia untuk berjuang dan berkorban demi agama Allah swt. (menjadi peranan kita untuk keluarkan manusia dari berbuat dosa) .

من خلع يداً من طاعة لقي اللَّه يوم القيامة ولا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتةً جاهليةً

"Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yang adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dengan tanpa hujjah baginya. Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada bai'ah di tengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah".

(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a.)

Pada zaman Rasulullah s.a.w., sekelian para sahabat memberi bai'ah mereka kepada Rasulullah s.a.w.. Adapun selepas zaman baginda, umat Islam wajib memberi bai'ah kepada pemimpin-pemimpin yang dilantik di kalangan mereka.

Perlantikan pimpinan .

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم

"Apabila keluar tiga orang dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka mengangkat salah seorang sebagai pemimpin".

(Riwayat Imam Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Jika dalam urusan duniawi (iaitu urusan musafir) Rasulullah mengarahkan supaya dilantik pemimpin, maka lebih-lebih lagi dalam urusan agama dan perjuangan Islam. Institusi kepimpinan amat penting kepada perjuangan dan gerakan Islam.

Justeru itu, menjadi kewajipan ke atas setiap ahli gerakan Islam untuk memberi bai'ah yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin jamaah.

Jika dilihat kepada bai'ah yang diambil oleh Rasulullah dari golongan Ansar (melalui bai'atul Aqabah pertama dan kedua), ada dua bentuk bai'ah yang mesti menjadi kelaziman setiap ahli harakah iaitu;

Bai'ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam,

Bai'ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

Menurut riwayat Ubadah bin Shamit, salah seorang sahabat yang menyertai bai'atul Aqabah pertama pada tahun ke 12 nubuwwah; dalam bai'ah tersebut Rasulullah s.a.w. mengambil bai'ah dari Ansar dalam perkara berikut;

1. Tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
2. Tidak mencuri, berzina dan membunuh anak.
3. Tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah-tengah masyarakat.
4. Tidak mengengkari Rasullullah di dalam perkara makruf.

Jelas bahawa bai'ah tersebut hanya menyentuh aspek pengamalan dengan ajaran Islam, tanpa melibatkan perjuangan atau peperangan. Namun dalam bai'ah berikutnya iaitu bai'atul 'Aqabah kedua pada tahun ke 13 nubuwwah, kandungan bai'ah ialah;

Dengar dan patuh kepada arahan nabi s.a.w. sama ada diwaktu rajin atau malas. Memberi nafkah (kepada perjuangan) sama ada di waktu senang atau susah. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.

Bangun menegakkan agama Allah tanpa menghirau celaan sesiapa pun. Memberi pertolongan kepada Nabi s.a.w. apabila baginda sampai di Madinah dan mempertahannya sama seperti mempertahankan diri sendiri, isteri dan anak-pinak.

(Riwayat dari Jabir r.a.).

Nyatalah kepada kita bahawa tanggungjawab seorang muslim bukan hanya beramal dengan Islam, tetapi juga mempertahan dan mengangkat martabat Islam dengan segala pengorbanan yang ada. Jadi, bai'ahnya terhadap harakah juga semestinya merangkumi dua hal tersebut.

· Bai'ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam,

· Bai'ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

[1] Majma' Lughah Arabiah,Hai'ah Masriyyah m.s 141
[2] Kitab karangan beliau,Muqaddimah,cetakan Mustafa Mohd,Mesir, m.s 209
[3] Al-Fikru As-Siasi 'indal Mawardi,cetakan Dar At-Thaqafah,m.s 189.
[4] An-Nizam As-Siasi fil Islam,Beirut,m.s 229
[5] Nizam Islam,Al-Hukm wad Daulah,dar Al-Fikr,m.s 30.
[6] Surah Al-Fath ayat 10
[7] Surah Al-Fath ayat 18
[8] Surah Al-Mumtahanah ayat 12
[9] Riwayat Imam Muslim no 3426
[10] Riwayat An-Nasaie no 4083
[11] Jundullah Thaqafatan wa Akhlaaqan

Disusun dan dibentang oleh :

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]

Kedah: Keputusan terbaik PAS Pusat

Posted: 04 Mar 2012 10:35 PM PST



KUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) memberitahu pertemuan yang diadakan pada peringkat awal di Alor Setar berlangsung secara profesional tanpa ada sebarang ketegangan pendapat.

Menurut beliau yang ditanggungjawabkan oleh PAS Pusat dalam perbincangan awal di Kedah malam semalam berkata, tugasnya adalah untuk mempertemukan kedua-dua pemimpin tersebut.

"Pertemuaan yang diadakan berlaku secara aman dan profesional, semua pihak memberi kerjasama yang baik.

"Akhirnya semua bersetuju untuk menyerahkan isu ini kepada PAS Pusat," jelasnya.

Tambahnya, keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat adalah yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

"Tidak ada apa-apa masalah yang merumitkan keadaan malah keputusan telah kita capai, ini merupakan keputusan terbaik dari PAS Pusat.

"Malah semua pihak bersetuju untuk menerima keputusan tersebut," sambungnya.

Malam kelamrin, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.



Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.



Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.



Difahamkan pertemuan itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.

Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan terhadap reaksi kedua-dua exco tersebut semasa keputusan dibuat, Salahuddin berkata ia tidak melihat kepada riak muka.

"Dalam kes ini kita tidak main melihat riak-riak muka atau reaksi kedua-dua mereka sebab itu bukan jawapan kepada keputusan tersebut," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

Jelas beliau, setelah itu kedua-dua mereka bersetuju untuk mematuhi keputusan peringkat pusat setelah pertemuan diadakan.

"Dalam hal ini tidak timbul ketidakpuashatian kerana kedua-dua mereka telah bersetuju untuk patuh kepada keputusan PAS Pusat," jelas beliau.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8560-kedah-keputusan-terbaik-pas-pusat

Pertahan kerajaan Islam adalah jihad

Posted: 04 Mar 2012 02:11 PM PST


Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar).

Katanya, kebimbangan mati sebagai mati jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai mati jahiliyyah".

Beliau berkata, pemerintah dalam Islam merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan dan pemerintah yang melaksanakan amanah kepimpinan mesti ditaati dan dipertahankan sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud; "Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu".

Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku dengan hati dan lidah mereka.

"Ia merupakan dua kewajipan beragama yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Berasaskan kaedah itu, menurutnya, wakil-wakil rakyat PAS, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan dasar pemerintahan Islam, tidak boleh mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam, tetapi kewajipan mereka membuat teguran dan mengengkari pemerintah sekiranya sabit dan terbukti berlaku kesilapan dan tindakan yang bercanggah dengan syarak.

Katanya, pemerintah yang menyeleweng dan melakukan kesalahan menurut hukum syarak perlu diengkari menggunakan hati dan ditegur menggunakan lidah, tetapi bukannya dengan menentangnya secara bersenjata selagi dia menegakkan solat dan tidak ternyata padanya kekufuran yang nyata.

Hal itu, tegasnya, dijelaskan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Akan ada pemerintah-pemerintah, lalu kamu kenali mereka dan kamu engkari (kesilapannya). Maka sesiapa yang mengengkari (membenci dengan hatinya) dia terlepas dan sesiapa yang mengengkarinya (dengan lidah) maka dia selamat. Tetapi yang redha dan menurut sahaja (dia tidak terlepas dan selamat). Para sahabat bertanya, bolehkah kita memerangi mereka (dengan senjata). Tegas baginda; tidak boleh selagi mereka solat".

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Malah, tegas beliau, menegur pemerintah Islam dengan lidah dikira sebagai jihad yang paling afdhal sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad di sisi Allah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8527-pertahan-kerajaan-islam-satu-jihad

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Public forum – PEMANDU and the ETP: Truly Transformative or Business as Usual?

Posted: 05 Mar 2012 06:36 AM PST

by Liew Chin Tong Is the ETP truly transformative or is it just another expensive Public Relations exercise? The Rakyat has a right to know. The government of Malaysia has invested a significant amount of resources and energy towards its Economic Transformation Program (ETP) which is currently being led by Senator Datuk Idris Jala , [...]

Lupakan masalah masa lampau, kata Muhyiddin

Posted: 05 Mar 2012 05:19 AM PST

— Aspan Alias The Malaysian Insider Mar 05, 2012 5 MAC — Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk bercakap tentang kesilapan dan kesalahan Barisan Nasional (BN) yang lampau. Katanya apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk memandang kehadapan dan lupakan masalah lampau. Beliau memberikan komen ini sebagai reaksi kepada permohonan maaf Najib Razak yang dibuatnya di [...]

Courted today, cheated tomorrow

Posted: 05 Mar 2012 04:03 AM PST

— Sakmongkol AK47 The Malaysian Insider Mar 05, 2012 MARCH 5 — The second episode of "Lord Of The Rings" may come on (if Rais allows after reading this). Watch the flip-flopping schizoid creature Gollum in action. One minute sweet-talking, next minute venomous and scheming. Gollum (aka Preciousss) only wants the Ring. Because the Ring [...]

Halt Umno’s Horrific Hubris!

Posted: 05 Mar 2012 01:37 AM PST

By Martin Jalleh Umno has drastically "changed" into a haven of Hired thugs, ruffians, rowdies and rogues, Hoodlums, hell-bent on creating havoc, Hecklers, harassers, haranguers, hustlers, and Herds of goons, goblins and gangsters! The Umnoputras have become increasingly Haughty and superior low-life creatures, Hardcore pornography producers and purveyors, Hoaxsters, hackers and haters and Head honchos [...]

Najib’s apology for BN’s mistakes – a test of Najib’s authority and leadership as Prime Minister and UMNO President

Posted: 04 Mar 2012 09:13 PM PST

"Najib apologies for BN's past mistakes" (3/3/12) "PM"s apology shows humility, says Muhyiddin" (4/3/12) "Umno info chief: BN needs mandate to fix its mistakes" (4/3/12) These three Malaysiakini headlines in 24 hours raise a thousand questions – whether the Prime Minister is genuine and sincere in extending an apology for Barisan Nasional's past mistakes, what [...]

Bagaimana hendak memaafkan mereka?

Posted: 04 Mar 2012 07:12 PM PST

Oleh Aspan Alias | March 05, 2012 The Malaysian Insider 5 MAC — Kali ini saya menulis lagi tentang PM Najib kerana apa yang beliau perkatakan di Kedah itu amat pelik dan membuat saya begitu berminat untuk memberikan pandangan. Najib memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan oleh BN sehinggakan BN telah kalah dibanyak kawasan dan [...]

Keadilan’s (and Malaysia’s) Shining Stars

Posted: 04 Mar 2012 07:09 PM PST

By M. Bakri Musa www.bakrimusa.com Great organizations have great leaders. Everyone recognizes that. Less appreciated is that to maintain its greatness an organization must actively nurture its next generation of leaders. Failure to do so would doom the organization. The late Tun Razak was acutely aware of this crucial aspect of leadership. In his frequent [...]

Nuffnang