Jumaat, 4 November 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Ikan paus dekat pantai AS jadi tumpuan

Posted: 04 Nov 2011 01:55 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEORANG pengayuh kayak, Alan Brady terkejut apabila dua ekor ikan paus muncul dekat dengannya di luar pantai Seabright, Santa Cruz pada 25 Oktober lalu.

SANTA CRUZ - Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengawasi perairan Santa Cruz kerana beberapa ikan paus mendiami kawasan dekat dengan pantai kelmarin.

Kehadiran ikan paus itu menyebabkan ramai orang datang ke pantai tersebut untuk melihat haiwan berkenaan sekali gus mencetuskan ancaman keselamatan pengayuh kayak dan bot lain yang cuba mendekati mamalia itu.

Ikan paus humpback itu berada kira-kira 1.6 kilometer dari pantai untuk mencari makanan.

Menurut Perlindungan Marin Kebangsaan Teluk Monterey, setakat ini, tiada orang awam yang cedera kerana kehadiran ikan tersebut.

Namun, kata agensi itu, sekurang-kurangnya sebuah bot rosak kerana ia melanggar ikan berkenaan.

Pada Selasa lalu, agensi itu dan Pasukan Pengawal Pantai mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi 100 meter dari ikan paus atau denda sekurang-kurangnya AS$2,500 (RM7,856) kerana melakukan gangguan terhadap ikan paus.

Menurut seorang pakar ekologi dan evolusi biologi, Profesor Don Croll di Universiti California, Santa Cruz, ikan paus mampu mengelak daripada manusia tetapi berada terlalu dekat dengan ikan berkenaan akan mencetuskan risiko keselamatan. - Agensi

Fakta penting mengenai ibadah haji 2011

Posted: 04 Nov 2011 01:50 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MAKKAH: Ibadah haji yang mencapai kemuncaknya esok apabila semua jemaah berhimpun di Arafah, di barat Arab Saudi adalah perhimpunan tahunan yang terbesar di dunia.
Fakta utama ibadah haji tahun ini: Fight HIV from affecting children and

Dianggarkan kira-kira 2.5 juta jemaah berhimpun di Makkah tahun ini – 1.8 juta dari luar negara dan 700,000 hingga 800,000 adalah jemaah tempatan.

Setiap negara Islam mempunyai kuota haji dengan 1,000 jemaah bagi setiap juta penduduk dan kumpulan haji terbesar seramai 200,000 adalah dari Indonesia.

Arab Saudi mengerahkan kira-kira 100,000 anggota keselamatan, termasuk 3,500 polis anti-rusuhan yang dilengkapi 450 kenderaan bersenjata, manakala jabatan pertahanan awam mengerahkan 22,000 anggota dan 6,000 kenderaan.

Sebanyak 1,500 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di dalam dan di sekitar Masjidil Haram dan 29 balai polis dibuka bagi mengawal tempat suci.
Kira-kira 20,000 pekerja kesihatan diarah bersiap sedia menangani sebarang kes kecemasan dan lima helikopter penyelamat turut disediakan.

Masjidil Haram yang terletak di tengah Makkah tempat jemaah bersolat dan melakukan tawaf di Kaabah meliputi kawasan seluas 368,000 meter persegi mampu memuatkan lebih 1.5 juta orang.

Kaabah terletak di atas tapak marmar dibina daripada granit dan mempunyai pintu diperbuat daripada 280 kilogram emas tulen. Kain kiswah yang membaluti Kaabah ditukar setiap tahun. Ia dihiasi ayat al-Quran yang ditulis dengan benang emas dan perak seberat 150 kilogram.

Harian Metro

Jalan raya Bangkok jadi lubuk sampah

Posted: 04 Nov 2011 01:40 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TRAK mengangkut mangsa banjir melalui jalan raya di Bangkok, Thailand.
Banjir paling buruk landa ibu kota Thailand dicemari air kotor bawa pelbagai penyakit

BANGKOK: Samroeng Verravanich, kelihatan bersahaja meranduk air berwarna coklat separas paha di salah satu jalan raya di ibu kota Thailand yang dilanda banjir, memakai sarung tangan putih, mengutip beg plastik berlendir dan menggantungkannya ke dalam raga merah dibawa.

"Jika terluka, ia boleh menyebabkan jangkitan pada jari. Tangan saya dijangkiti. Ia menyakitkan dan merebak seperti virus," kata Samroeng mengenai air kotor, menunjukkan tangannya yang dijangkiti ruam merah.

Ketika banjir paling buruk dalam masa setengah abad terus menghantui Bangkok, bercampur dengan air berbuih yang datang menerusi longkang dan melimpah melepasi terusan, banyak jalan raya menjadi tempat pelupusan sampah terapung.

Beg plastik berisi sisa makanan yang sudah busuk tersangkut di bot, kereta, motosikal dan orang ramai ketika mereka menyusuri jalan raya dipenuhi air itu.
Najis manusia dan haiwan boleh dilihat terapung-apung dalam air yang jelas membawa penyakit.

Tiada penularan penyakit besar dilaporkan sejak musim tengkujuh menyebabkan banjir yang mula menenggelamkan kawasan utara bandar raya itu Ogos lalu.
Bagaimanapun, pakar memberi amaran ancaman kesihatan terbesar berkemungkinan muncul dalam masa beberapa minggu lagi selepas banjir surut.

"Keadaan memang bahaya. Anda perlu memastikan kanak-kanak tidak mendekati air dan semua orang perlu menjauhi air sejauh yang boleh," kata jurucakap UNICEF, Mark Thomas.

Penyakit bawaan nyamuk, seperti demam denggi, amat dibimbangi selain jangkitan mata dan penyakit bawaan air yang boleh menyebabkan cirit-birit dan masalah kekurangan air dalam badan. – AP

Pengamal media mesti bertanggungjawab

Posted: 04 Nov 2011 01:30 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan pengamal media perlu melaksanakan tanggungjawab yang betul dalam setiap apa yang dilaporkan.

Ini, katanya kerana kesilapan mereka menyiarkan sebarang berita akan menjatuhkan maruah sesebuah negara mahupun individu tertentu.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan akhbar Australia, The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.

"Saya rasa apa yang penting adalah sikap tanggungjawab pengamal media apatah lagi ia menjadi rujukan sehingga peringkat antarabangsa.

"Sebarang laporan yang tidak tepat sudah pasti akan memjatuhkan imej sesebuah negara serta individu tersebut, dan apa yang saya katakan ini bukan hanya merujuk kepada apa yang disiarkan di dalam akhbar milik Australia itu sahaja tetapi ia meliputi pengamal media di dalam negara kita.

"Yang mana penyebaran fitnah berita-berita yang tidak tepat sudah menjadi sinonim dengan mereka terutamanya di media elektronik milik kerajaan dan juga media cetak," jelasnya.

Beliau juga berkata, tidak kira berita kepada siapa jua disiarkan kalau ia berunsur fitnah serta tanpa bukti yang kukuh, maka perlu diketepikan.

Justeru, ahli Parlimen Kubang Kerian itu meminta pengamal media agar perlu berhati-hati dalam setiap apa yang mereka ingin sampaikan.

"Kita berharap akhbar milik kerajaan di negara ini juga mempunyai sikap yang sama. Kalau perkara itu tidak betul atau masih samar-samar janganlah disiarkan kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jangan pula terkena pada diri sendiri baru kita nak melenting," sambungnya lagi.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Dalam laporan tersebut juga, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000.

harakahdaily/-

Tolak pendaftaran , Bukti Pakatan Rakyat punya kekuatan untuk singkir BN

Posted: 04 Nov 2011 01:20 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Saya ingin menyatakan bahawa tindakan ROS (Registrar Of Societies) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan nama tersebut sebagai satu entiti politik adalah satu tindakan yang tidak patut berlaku dan saya membantah tindakan pilih kasih dan tidak demokratik itu.
.
Saya katakan begitu kerana Pakatan Rakyat telah mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah disediakan oleh kerajaan, sepatutnya hasrat tersebut disambut baik bukannya ditolak mentah-mentah.

Prestasi yang baik yang ditunjukkan oleh semua negeri yang diperintah oleh gabungan 3 parti PAS, PKR dan DAP sepatutnya menjadi alasan yang kuat kepada ROS untuk meluluskan pendafaran Pakatan Rakyat.

Selain itu sebelum ini telah banyak parti politik baru yang diluluskan pendaftarannya walaupun belum ada rekod pentadbiran seperti Pakatan Rakyat. Permohonan merekalah yang sepatutnya ditolak.

Kerana itu saya ingin menasihati penjawat awam yang terlibat supaya cubalah terapkan dan buktikan bahawa diri mereka ada nilai profesional, janganlah terlalu memandang bahawa kerajaan pusat Umno-BN sebagai segalanya, kerana ini bakal mengundang pandangan negatif kepada badan kerajaan.

Sudahlah jentera kerajaan yang lain selama ini diperkuda BN bagi menjaga kepentingan BN dan telah mendapat persepsi buruk dari kalangan rakyat Malaysia. Sekali ini ROS menambahkan lagi senarai tersebut.

Dari segi fakta, Pakatan Rakyat telah tertubuh dengan kata sepakat dari ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP sejak tiga tahun lalu, apakah alasannya lagi? Malah parti KITA dalam masa dua bulan sahaja telah diluluskn permohonannya oleh ROS.

Saya amat yakin, gagalnya Pakatan Rakyat berdaftar adalah keputusan yang ditentukan oleh Umno-BN yang amat khuatir jika Pakatan didaftar dan bergerak secara rasmi sebagai satu entiti politik, impaknya bakal menghancurkan BN.

Bagi saya kebimbangan kepada persaingan sistem dua parti dalam menentukan masa depan politik negara adalah faktor utama pendaftaran Pakatan Rakyat di tolak.

Kerana ini saya merasakan penolakan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah bukti sebenar bahawa Pakatan Rakyat punya kekuatan untuk menyingkirkan BN dalam PRU ke 13.

Perlulah diingatkan bahawa penolakan kepada pendaftaran Pakatan Rakyat tidak akan meredakan gelombang penolakan rakyat terhadap BN.

Kami akan pastikan BN dihukum setelah sekian lama khianat kepada amanah yang diberikan oleh rakyat lebih 50 tahun.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 4 Nov 2011

Lesbian, gay nak duduk khemah mana di Arafah?

Posted: 04 Nov 2011 01:00 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi.

Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama.

Nabi SAW bangun menghormati jenazah orang Yahudi yang menurut baginda manusia yang layak dihormati. Nabi SAW menyambut rombongan Kristian Najran di dalam masjid kedua paling mulia iaitu Masjid Nabawi.

Baginda menulis surat yang dimulakan dengan salam untuk menghormati penerima suratnya, yang terdiri daripada Kisra Parsi yang beragama Majusi, Kaisar Rom yang beragama Kristian dan Muqauqis.

Ya, Islam hormati kebebasan, tetapi dalam batasan manusiawi yang sudah pasti diakui manusia seluruhnya secara universal sebagai prinsip yang wajar diterima dan diperakui.

Namun apabila ada yang cuba merendahkan taraf manusiawi insan lebih rendah berbanding haiwan, golongan syuzuz, aneh, pelik dan antimanusiawi ini wajar ditentang.

Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan merebut ayam betina.

Mereka mustahil bergaduh untuk berebut sesama jantan. Wow! Apa sudah jadi kalau manusia sudah jauh lebih hina daripada binatang?

Seksualiti aneh wajar ditentang

Yang jantan berpasangan dengan jantan yang lain, dan begitu jugak yang betina. Tak malukah kepada ayam, itik, angsa, katak dan segala binatang senatero alam?

Kalaulah ayam itu boleh bercakap bahasa manusia, sudah pasti ayam itu akan menyindir manusia yang aneh dan pelik ini.

Mungkin ayam jantan tu akan berkata: "Jantan jenis apa kamu ini, memalukan manusia dan binatang jantan."

Golongan yang memperjuangkan seksualiti aneh dan pelik ini wajar ditentang kerana mereka tiada tempat untuk duduk bersama manusia yang normal.

Mereka akan membawa wabak yang merosakkan sifat manusiawi. Mereka juga pasti membawa kerosakan dan bala kepada manusia normal.

Teringat saya sekitar 15 tahun lalu sewaktu menguruskan jemaah haji, pihak kaunseling bertanyakan saya tentang hasrat sekumpulan maknyah dan pondan yang ingin menunaikan ibadat haji.

Saya sambut dengan rasa gembira hasrat mulia mereka untuk dekat dengan Allah. Bagilah mereka peluang untuk kembali dekat kepada Allah kerana rahmat Allah itu tiada batasannya.

Rahmat Allah meliputi segalanya. Hanya dosa syirik yang Dia tidak ampunkan. Yang lain, semuanya akan diampun bagi yang bertaubat dan memohon keampunannya, terlebih lagi kalau dilakukan di tanah suci - di Arafah sewaktu wukuf dan di Mina sewaktu mabit.

Kenapa tak mahu hidup serupa?

Namun persoalan mereka itu tidak berakhir di situ. Saya silap! Mereka yang jadi maknyah ini sebahagiannya sudah berubah bentuk fizikal menjadi jantina lain, sedangkan jantina asal masih kemas tercetak dalam KPT mereka.

Soalan utama mereka: Mereka kena pakai telekungkah? Mereka hendak solat dalam saf wanita? Nanti kalau pergi Arafah, mereka kena pakai telekung atau pakai kain ihram dua helai seperti lelaki lain?

Kalau pakai kain ihram macam lelaki sejati, bukankah akan tersembul dua bukit itu? Bukankah itu akan mengganggu lelaki lelaki normal yang berwukuf dan berihram nanti? Nanti di Mina, mereka hendak tidur khemah mana?

Saya tiada jawapan! Sekadar saya bertanya kembali, golongan wanita asli, bolehkah menerima mereka duduk dalam satu saf dan satu khemah? Sebab yang pasti suara garau mereka pasti akan mengganggu talbiah dan takbir wanita.

Manakala bagi khemah dan saf lelaki normal, apakah mereka boleh menerima mereka dalam keadaan lenggok badan mereka yang berbeza. Di samping kalau mereka berihram, sudah pasti bonjolan dada mereka akan mengganggu ibadat orang lain.

Tetapi, kalau buat khemah khusus dan saf khusus untuk mereka pula, sudah pasti pihak yang menyediakan kemudahan itu tetap akan dituduh mendiskriminasi mereka pula, sebab menganggap mereka seperti makhluk lain?

Yang pastinya, kenapa mereka tidak mahu hidup serupa dan sama rata seperti manusia lain? Bukankah itu manusia yang sebenar?

Saudara fikir bagaimana hendak bantu jawapan saya? Hendak letak mereka dalam khemah mana?

malaysiakini/-

Akta Kerja bukti BN tidak bela pekerja

Posted: 04 Nov 2011 01:00 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM, 4 Nov: Pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober yang lalu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah negara lemah dan tidak memberi perhatian yang sewajarnya untuk membela nasib pekerja.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap dalam majlis ceramah perdana di Dataran Rakyat, Taman Guar Perahu, Penanti, malam tadi.

Menurut beliau lagi, akta yang diluluskan membuktikan nasib pekerja tidak dibela. Mereka akan dilabelkan sebagai pekerja kontrak yang tidak mempunyai perlindungan keselamatan serta masa depan.

"Kewujudan kontraktor akan menjadi lambakan baru kronisme yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan BN. Ini adalah antara unsur memperbodohkan rakyat. Ia juga merupakan suatu sistem yang menghala kearah eksploitasi tenaga kerja.

"Pindaan ini juga adalah pindaan yang tidak bertanggungjawab. Walaupun rakyat membuat bantahan, mereka masih tetap berdegil untuk mempertahankan projek terancang yang memperlekehkan pekerja dan tenaga kerja dalam negara," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, sekiranya rakyat tidak menolak kerajaan sedia ada dalam PRU yang akan datang, tidak mustahil banyak lagi rencana bermotifkan kronisme dan penyelewengan sepertimana yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara akan menjadi amalan.

"Jika mahu negara dan rakyat selama, perubahan perlu dibuat dengan menolak BN dalam PRU 13 yang akan datang," tegasnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pimpinan PR Pulau Pinang.

harakahdaily/-

'Panjang', 15 tahun tak kisah jadi tumpuan

Posted: 04 Nov 2011 12:45 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEREMBAN – Zaman kanak-kanak Sheikh Akmal Sheikh Imam, 15, sama seper­ti kanak-kanak lain tetapi sebaik usianya mencapai 13 tahun, perubahan mula berlaku.

Pelajar SMK Senawang ini menjadi perhatian ramai disebabkan ketinggiannya yang luar bia­sa iaitu 197 sentimeter dengan berat ba­dan 56 kilogram dan memakai kasut ber­saiz 13 inci.

Bapanya, Sheikh Imam Mohamad, 47, berkata, perubahan fizikal anak bong­su­nya itu mula ketara selepas mencapai usia akil baligh.

"Dia mula menjadi tumpuan apabila sering diajak bergambar oleh individu tidak dikenali yang teruja dengan ketinggiannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Apartmen Cempaka, Seremban 2, di sini, semalam.

Menurutnya, hanya Sheikh Akmal mempunyai ketinggian luar biasa dalam kalangan ahli keluarganya kerana kakak dan abangnya yang berusia 16 dan 20 tahun hanya mempunyai ketinggian antara 150 hingga 156 sentimeter.

Katanya, walaupun ada berpendapat ketinggian anaknya tidak normal berban­ding remaja seusianya, namun dia bersyukur kerana hingga kini Sheikh Akmal tidak menghidap sebarang penyakit.

Sheikh Akmal yang digelar 'Panjang' oleh rakan-rakan dan sering menjadi orang penting untuk tugasan seperti menggantung banting mengakui memiliki ketinggian melebihi paras normal adalah satu kelebihan.

"Masalahnya cuma mahu mencari seluar dan kasut. Untuk seluar, biasanya masalah singkat dan kasut pula tiada saiz.

"Cuma sejak akhir-akhir ini rasa macam pelik pula ada yang tiba-tiba datang menyapa mahu bergambar sama," katanya.

sinar harian/-

Bazir masa, tenaga

Posted: 04 Nov 2011 12:45 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 atau Perhimpunan Seks Bebas perlu diberi perhatian serius berikutan tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat, sebaliknya cenderung membazir masa dan tenaga banyak pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penganjuran program terbabit boleh dikira melanggar batas perlembagaan dan undang-undang biarpun negara mengamalkan kebebasan hak bersuara.

"Pihak penganjur boleh kata ini negara bebas dan mereka berhak mengeluarkan sebarang pendapat.

"Walaupun Malaysia menandatangani perjanjian mengenai hak asasi manusia, tetapi dalam kehidupan bermasyarakat, negara ini mempunyai perlembagaan, undang-undang, nilai, sistem dan agama menentang perkara songsang seperti itu.

"Justeru, biarpun mereka kata tuntutan itu sebagai hak asasi mereka, tapi masih ada batas serta asas pertimbangan yang harus diambil kira," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan Guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di sini, semalam.

Menurut Muhyiddin, biarpun beliau bercakap dalam konteks Islam, namun pihaknya percaya isu itu turut mendapat sokongan agama lain.
"Saya bercakap dalam konteks Islam, tapi Kristian juga ada menyuarakan bantahan mereka terhadap isu sama. Ini kerana, kegiatan songsang tetap bertentangan dengan adat resam, budaya dan agama di Malaysia.

"Jadi saya tidak faham mengapa mereka membuat promosi sebegitu…apakah dia ada muslihat politik dan sebagainya, masyarakat pasti ada penilaian sendiri.
"Bagi saya, ini satu perbuatan yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat…ia satu pembaziran masa, walaupun mereka kata itu hak mereka," katanya.

Harian Metro

Dua kapal angkasa China bercantum di angkasa

Posted: 04 Nov 2011 12:30 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SATU skrin pemantauan di Pusat Kawalan penerbangan Aeroangkasa Beijing, China menunjukkan kapal angkasa Tiangong (kiri) hampir bercantum dengan kapal angkasa Shenzhou 8 (kanan) di angkasa lepas semalam.

BEIJING - Dua kapal angkasa lepas China tanpa juruterbang bercantum dan mengorbit Bumi bersama-sama semalam. Ia merupakan misi yang membawa China setapak ke hadapan untuk membina stesen angkasa lepas sendiri dalam tempoh satu dekad.

Jurucakap program angkasa lepas China, Wu Ping berkata, kapal angkasa Shenzhou 8 yang dilancarkan Selasa lalu, bercantum dengan kapal angkasa Tiangong 1 yang juga makmal angkasa lepas.

Menurutnya, gabungan kapal angkasa itu telah mengelilingi dunia sebanyak enam kali dengan semua peralatan berfungsi dengan baik.

"Ia kejayaan yang gemilang sekali gus menetapkan asas kukuh untuk misi-misi seterusnya," kata Ping.

Gabungan dua kapal angkasa itu akan terbang selama 12 hari lagi untuk melakukan beberapa ujian.

Shenzhou 8 dijadual pulang ke Bumi pada 17 November ini. - Agensi

Kenapa sekarang baru haramkan Seksualiti Merdeka?

Posted: 04 Nov 2011 12:30 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoal pihak polis yang baru tahun ini bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi.

Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini? Bolehkah kita simpulkan bahawa PDRM dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?

"Apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata polis dan Umno BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.

Ini kerana Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevanisan merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung di Annex Gallery bermula 1 November.

"Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya.

Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh.

"Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya.

Tambah beliau, semua pihak harus menitik beratkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik - "good governance", dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.

harakahdaily/-

Syria sedia undur kereta perisai

Posted: 04 Nov 2011 12:15 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

RAKYAT Syria berhimpun di bandar raya El-Raqqa bagi menyatakan sokongan kepada Bashar al-Assad.
Liga Arab mahu keganasan terhadap penunjuk perasaan dihenti, tamat krisis politik

KAHERAH: Syria menerima cadangan Liga Arab yang menggesa ia mengundurkan kereta perisai dari jalan raya dan menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan dalam usaha menamatkan krisis politik negara itu yang berlanjutan selama tujuh bulan, persetujuan yang dipandang skeptikal oleh pembangkang.

Selepas pengumuman kelmarin, Menteri Luar Qatar, Hamad bin Jassim, menggesa Damsyik mematuhi cadangan itu dengan bertindak di tengah kebimbangan Syria meneruskan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan antikerajaan di sebalik kecaman antarabangsa dan janji melakukan perubahan.

Aktivis Syria yang kini berada di Amerika Syarikat, Najib al-Ghadban, yang juga anggota pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria, berkata pelaksanaan inisiatif itu bermakna berakhirnya rejim dan Presiden Bashar al-Assad tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

"Apa yang berlaku hari ini cuma cubaan mendapatkan lebih banyak masa. Rejim ini dikenali kerana tipu daya dan memberikan janji dan tidak melaksanakannya," kata al-Ghadban kepada The Associated Press.

Dalam keganasan terbaru, tembakan mesingan dan letupan kedengaran di bandar raya yang menjadi pusat kebangkitan rakyat Syria ketika aktivis melaporkan dua serangan kejam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dalam masa 24 jam, walaupun tidak jelas siapa mendalangi serangan.

Usaha Liga Arab mencerminkan keinginan kuat kumpulan itu untuk mengelak melihat seorang lagi pemimpin Arab ditumbangkan secara ganas dan diseret di atas jalan raya, seperti yang berlaku kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, bulan lalu. Keputusan Liga Arab membuka jalan kepada serangan udara NATO yang membantu menjatuhkan Gaddafi.

Syria bersetuju untuk mengundurkan semua kereta kebal dan kereta perisai dari jalan raya, menghentikan tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan, membebaskan semua tahanan politik dan memulakan dialog dengan pembangkang dalam masa dua minggu, menurut cadangan itu. Syria juga bersetuju membenarkan wartawan, kumpulan hak dan wakil Liga Arab memantau keadaan di negara itu.

Bagaimanapun masih tidak pasti sama ada kerajaan bersetuju melaksanakannya. Aktivis laman web sosial menggesa perarakan besar-besaran diadakan di seluruh Syria untuk menguji komitmen kerajaan kepada rancangan Liga Arab, walaupun tidak menyatakan tarikh tertentu.

Berpuluh-puluh orang juga mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Liga Arab di Kaherah ketika Menteri Luar negara anggota mengadakan pertemuan kelmarin, mengibarkan bendera Syria dan melaungkan slogan menentang Assad.

Cadangan tidak menyatakan di mana dialog antara pihak berkuasa dan pembangkang akan diadakan. Diplomat Arab yang terbabit dalam proses berkenaan berkata mereka mencadangkan di Kaherah manakala wakil Syria bertegas mahukan dialog diadakan di Damsyik. – AP

Penunggang maut motosikal rempuh lembu

Posted: 04 Nov 2011 12:00 AM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor lembu di Km 26 Jalan Pekan-Rompin, malam tadi.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 8 malam itu, Mohd Azizul Hakim Kamaruddin, 21, berkonvoi bersama sepupunya ke Kuantan dari Nenasi, Pekan.

"Sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah merempuh seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya terbabas sebelum terbalik di Km 59 Jalan Lipis-Merapoh pada 4.30 pagi semalam.

Zainalabidin berkata ketika kejadian, Azman Jamaluddin, 35, bersama rakannya dalam perjalanan dari arah Lipis ke Merapoh sebelum lori yang membawa muatan buku itu terbabas dan terbalik.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku ketika kenderaan terbabit menuruni bukit serta melalui jalan berselekoh.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.

sinar harian/-

MD: Model ganti baru bukan untuk Proton Persona

Posted: 03 Nov 2011 11:40 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Model baru yang akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, tahun depan bukan untuk mengantikan model Proton Persona, kata Pengarah Urusan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir hari ini.

Katanya, model baru itu, yang buat sementara ini dikenali sebagai "P3-21A" adalah kereta baru, dengan rekabentuk baru dan tidak membawa rekabentuk daripada Persona langsung.

Direkabentuk bagi memenuhi keperluan perundangan semua kemungkinan pasaran, model bertaraf dunia itu akan dikuasai oleh enjin turbo Campro, kata beliau kepada pemberita.

Syed Zainal Abidin berkata model baharu itu juga merupakan satu daripada dua model yang akan dikeluarkan di China sebagai sebahagian kerjasama Proton dengan Hawtai Motor Group Ltd yang berpangkalan di Beijing.

Model lain ialah Proton Exora.

Proton baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Hawtai Motor bagi kerjasama produk.

Syed Zainal Abidin berkata perjanjian tetap akan dirundingkan pada Disember.

"Saya baru bertemu wakil Hawtai bagi membincangkan struktur asas mengenai siapa yang akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, berapa ramai dari Proton akan berpangkalan di sini, jenis produk (akan dikeluarkan di sini), penggayaan perlu dilaksanakan di sini dan sumber mesti dilakukan di sini.

"Saya teruja mengenai hal ini, lembaga pengarah teruja mengenainya. Saya yakin ini akan mengurangkan pelaburan yang Proton perlu buat dalam usaha memperluaskan perniagaan kami.

"Perolehan kami juga bukan hanya datang daripada penjualan kereta tetapi juga daripada kejuruteraan dan pelesenan dan yang lebih penting, kami kini secara tidak langsung berada di pasaran terbesar dunia, tetapi kami tidak perlu melabur sebilion dolar untuk berbuat demikian.

"Ini merupakan pendekatan lebih strategik dan akan berjalan lancar. Mereka memerlukan kami dan kami memerlukan mereka. Ini merupakan hubungan di mana kedua-dua pihak akan menang, kami tidak mengeksploit sesiapa," katanya.

Antara isu yang dibincangkan ialah penjenamaan untuk pasaran domestik, yang merupakan Hawtai, tetapi untuk pasaran eksport, ia akan membawa jenama Proton.

Proton juga menguji enjin diesel 5 pematuhan Euro Hawtai di keretanya.

"Ini merupakan hubungan simbiotik bagi kedua-dua pihak. Banyak perkara yang perlu dilakukan, ia memerlukan banyak pelaburan daripada kami juga," katanya.

- Bernama

Pelajar gian judi

Posted: 03 Nov 2011 11:30 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

OPERASI...pusat Internet yang didakwa menjadi tumpuan pelajar bermain judi Internet di Taman Bersatu dan Jalan Pekan Rawang.

LEPAS GIAN...pelajar yang dipercayai ponteng sekolah di pusat Internet terbabit.
RAWANG: Tanpa segan silu, segelintir pelajar berpakaian seragam sekolah berasak-asak menunggu giliran untuk melepaskan gian terhadap permainan Internet yang berunsur perjudian di beberapa pusat Internet di Taman Bersatu dan Jalan Pekan Rawang, di sini.

Malah, pemerhatian Metroplus hampir tiga jam baru-baru ini mendapati ada pelajar memasuki premis bercermin gelap itu seawal jam 11 pagi, sekali gus membuktikan mereka ponteng sekolah semata-mata mahu melepaskan gian bermain judi Internet.

Tindakan pengusaha terbabit membenarkan pelajar memasuki premis berkenaan bukan saja menimbulkan kebimbangan pelajar berkenaan terbabit kegiatan tidak sihat termasuk penagihan dadah dan lepak, malah tidak menghiraukan pelajaran.

Ini kerana kebanyakan mereka menghabiskan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam setiap hari di pusat itu dan ada antara mereka ponteng sekolah untuk mengunjungi pusat berkenaan.

Malah, papan tanda larangan 'Mereka Di Bawah 18 Tahun Tidak Boleh Masuk' tidak diletakkan di premis terbabit.

Penduduk di sebuah taman berhampiran hanya mahu dikenali sebagai Alia, 40, mendakwa seorang rakan anaknya menghabiskan wang keluarga hampir RM3,000 kerana terlalu taksub dengan permainan judi.

"Anak saya juga terjebak permainan ini selepas terpengaruh rakan-rakannya sehingga setiap hari meminta wang daripada saya.

"Saya pernah mengintip anak di pusat Internet terbabit disebabkan pulang lewat dari sekolah dan mendapati dia asyik 'menelaah' komputer bersama rakan-rakannya," katanya sambil memberitahu perangai anaknya bertambah liar dan sukar mendengar nasihat keluarga.

Pesara kerajaan, Abdul Halim Othman, 69, berkata dia sudah jelak melihat perbuatan remaja terbabit yang dipercayai berpunca daripada sikap lepas tangan pengusaha pusat hiburan itu.

Katanya, kelibat remaja tidak kira jantina memasuki premis terbabit tidak kira waktu dan ia makin mendapat sambutan luar biasa antara jam 3 petang hingga 7 malam.

"Saya pernah bertanya kepada beberapa pelajar dan mereka mengakui memasuki premis terbabit untuk melepaskan gian kepada Internet termasuk bermain judi.

"Kata mereka, caj yang dikenakan juga murah menyebabkan mereka memilih untuk ke situ berbanding premis lain di pekan ini," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Halim meminta pihak berkenaan termasuk polis supaya mengadakan pemeriksaan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengusaha terbabit.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Zin Masoad, ketika dihubungi berkata masalah judi Internet yang semakin berleluasa kini perlu campur tangan banyak pihak dalam mengatasinya.

"Setiap pengusaha perlu mengikut prosedur dengan memohon lesen perniagaan yang dikeluarkan MPS, tetapi pemantauan berterusan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan tidak menyalahi undang-undang perlu kerjasama pihak berkuasa seperti polis.

"Aduan orang ramai juga sentiasa diberi perhatian, jika didapati pengusaha menyalahgunakan premis berkenaan sebagai tempat bermain judi tindakan tegas akan diambil apatah lagi ia membabitkan pelajar sekolah," katanya.

metro/-

Dua Waktu Yang Perlu Diawasi

Posted: 03 Nov 2011 09:30 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Hadith:

DARI Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: anak kunci syurga ialah sembahyang.

Riwayat Imam Ahmad

Huraian Hadith:

1. Syurga adalah destinasi terakhir perjalanan hidup seseorang.

2. Solat 5 waktu selain solat sunat adalah amal soleh yang melayakkan memasuki syurga selain mengucap 2 kalimah syahadah.

3. Jadi, jagalah solat sebaik mungkin dan nasihatlah kepada keluarga agar tidak lalai daripada mengerjakannya walau sesibuk mana kerja kita di dunia ini.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Presiden MCA didesak minta maaf

Posted: 03 Nov 2011 09:20 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan, Jingga 13 mendesak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memohon maaf berhubung kenyataannya didakwa menghina hukum hudud.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Sekretariat Jingga 13 memberi tempoh 48 jam untuk Dr Chua menarik balik kenyataannya yang dilaporkan mendakwa bahawa perlaksanaan hukum hudud menjadikan negara ini mundur dan menakutkan pelabur.

"Sekiranya beliau tidak membuat permohonan maaf melalui media cetak dan elektronik dalam tempoh 48 jam, kami akan membawa memorandum ini mengadap Yang di-Pertuan Agong," katanya selepas menghantar memorandum kepada Presiden MCA di Wisma MCA, semalam.

Menurutnya, memorandum itu juga menyatakan, kenyataan Dr Chua , adalah gimik politik murahan dan mengguris perasaan umat Islam apabila seorang bukan Islam mempersoalkan hukum Islam.

"Situsasi ini dikhuatiri menimbulkan ketegangan, perselisihan faham dan menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini," katanya.

sinar harian/-

Israel arah sumbangan kewangan UNESCO dihentikan

Posted: 03 Nov 2011 09:20 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS 4 Nov. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengarahkan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dihentikan.

Menurut pejabat Perdana Menteri, Netanyahu mengarahkan sumbangan sebanyak AS$2 juta (RM6.3 juta) setiap tahun kepada UNESCO dibekukan selepas pertubuhan itu menerima keanggotaan penuh Palestin.

Sebelum ini Washington telah pun menggantung pembiayaannya ke atas UNESCO berikutan isu sama. – AFP

Rumah rosak dipukul ribut

Posted: 03 Nov 2011 09:00 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAMIR AZRIMI membetulkan atap bumbung rumahnya yang diterbangkan angin di Taman Bersatu, semalam.

SITI ZAHARAH ZAKARIA membersihkan cermin keretanya yang pecah di Taman Bersatu, Alor Setar semalam.

100 keluarga rai Aidiladha dalam dewan

ALOR SETAR: Kira-kira 100 keluarga terpaksa menyambut Aidiladha Ahad ini di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bersatu di sini, selepas rumah mereka rosak teruk dipukul ribut, petang semalam.

Kejadian jam 3.30 petang di kawasan perumahan itu menyebabkan sebahagian rumah mangsa tidak selamat didiami.

Selain rumah, beberapa cermin kenderaan turut pecah akibat dihempap serpihan objek yang diterbangkan angin kencang, manakala ada kabel elektrik terputus menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong sementara bekalan untuk tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan, kejadian ribut itu adalah yang pertama berlaku dan disifatkan terburuk oleh penduduk setempat sejak kawasan perumahan berkenaan didiami mereka lebih 20 tahun lalu.

Mangsa, Noraini Don, 48, berkata ketika kejadian beliau bersama anak lelakinya sedang berehat di dalam bilik, manakala suaminya, Md Reza Md Said tidur di ruang tamu sebelum sebahagian bumbung rumah mereka diterbangkan angin manakala siling ruang tamu tiba-tiba runtuh.
"Pada mulanya hujan lebat dan lima minit kemudian ribut kencang memukul bahagian atas rumah kami sehingga menyebabkan siling di ruang tamu runtuh.

"Mujur ketika itu, suami sempat menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi dentuman di bahagian bumbung rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Noraini berkata, kejadian itu sekali gus menyebabkan ruang tamu rumahnya musnah termasuk sebahagian dinding runtuh selepas dipukul angin kencang.

"Saya sedih kerana kejadian berlaku ketika beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Aidiladha dan kami pula terpaksa memikirkan usaha untuk membaiki rumah yang rosak ini," katanya.

Seorang lagi mangsa, Sepiah Mahmud, 65, berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat atas rumah sedang berzikir sementara menunggu solat Asar sebelum dikejutkan dengan bunyi deruan angin kencang yang meranapkan bumbung rumahnya.

"Keadaan ketika itu sangat menakutkan, saya dengar bunyi angin yang kuat melayangkan bumbung rumah, saya memohon supaya Allah melindungi kami selain terus berzikir sebelum meminta suami melaungkan Azan," katanya.

berita harian/-

Gigi dianggarkan berusia lebih 44,000 tahun

Posted: 03 Nov 2011 08:50 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DEVON, Britain - Tulang rahang bayi manusia moden pertama di Eropah dipamerkan kepada umum di Muzium Torquay di sini.

Manusia tersebut yang dikenali sebagai Cavallo-B ditemui di selatan England 85 tahun lalu.

Hasil satu kajian yang didedahkan kelmarin mendapati rahang tersebut milik manusia moden tertua di barat daya Eropah.

Rahang atasnya dibarisi tiga batang gigi dengan spesimen tersebut yang dipercayai berusia di antara 44,000 hingga 41,500 tahun ditemui di gua Kents Cavern. - AFP

Bakar kabel dalam rumah

Posted: 03 Nov 2011 08:40 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KANGAR: Bau hangit yang menyelubungi ruang udara di Taman Desa Pauh, dekat sini, mendedahkan lokasi sebuah rumah yang menjadi tempat pemprosesan wayar kabel sebelum dilebur bagi mendapatkan tembaga.

Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, menyerbu rumah terbabit dan menemui sebahagian besar wayar kabel dipercayai dicuri termasuk yang siap diproses, pada jam 2 petang kelmarin.

Enam lelaki berusia 30-an dari keturunan Orang Asli berasal dari Perak, dipercayai terbabit dalam kerja melebur dan mengutip wayar kabel serta pemilik rumah ditahan untuk siasatan lanjut.

Nashir berkata, pemilik rumah berusia 30-an itu dipercayai menggunakan khidmat Orang Asli berkenaan untuk melakukan kerja mengutip dan melebur wayar kabel yang dicuri bagi mendapatkan tembaga sebelum dijual kepada peraih.

"Dia menjadikan rumah lot tepi berkenaan sebagai markas operasi tanpa menyedari kegiatan terbabit menimbulkan kegelisahan jiran berikutan bau kurang menyenangkan akibat pembakaran wayar kabel.

"Ketika serbuan, sekitar rumah itu dipenuhi wayar kabel termasuk berguni-guni mengandungi tembaga yang siap diproses. Barangan itu dipercayai dicuri di negeri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Beliau berkata, semua stok kabel yang ditemui di dalam rumah terbabit dipercayai diperoleh melalui dua cara iaitu curi dan penyelewengan sebelum diproses atau dibakar untuk mendapatkan tembaga di dalamnya.

metro/-

Amalan selepas solat

Posted: 03 Nov 2011 08:30 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Tsauban r.a meriwayatkan: "Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram."- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: "Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca 'Al-Muawidzat' (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a'udzu bi rabbil falaq 3. Qul a'udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu." (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

tazkirah

Isu AUKU: Nazri Boleh Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah

Posted: 03 Nov 2011 08:20 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Param: Nazri hampir menghina mahkamah

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa penghakiman mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang, menghampiri tindakan menghina mahkamah.

"Apa yang dibuat adalah keputusan majoriti bukan orbiter dictum (semata-mata pendapat mahkamah)," kata bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy.

"Sebagai orang terpelajar dalam bidang undang-undang, Nazri sepatutnya mengetahui perkara ini. Ataupun Nazri jahil undang-undang?" soal Param yang adalah juga seorang peguam veteran dan bekas presiden Majlis Peguam.

"Nazri, sebagai jurucakap kerajaan tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu kerana beliau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu," katanya memberi amaran.

Nazri membuat kenyataan itu di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa kementeriannya - yang memberikannya imuniti.

KELAB GREENBOC/-

Semua agama di dunia tidak izin hubungan sejenis: Dr Hasan

Posted: 03 Nov 2011 08:00 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Semua agama di dunia ini tidak menghalalkan hubungan sejenis seperti ditegaskan dalam agama Islam dan sebarang usaha mewujudkan budaya itu seperti program Seksualiti Merdeka perlu dihalang semua pihak.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infras-truktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, semua pihak terutama umat Islam tidak wajar melibatkan diri dengan sebarang program Seksualiti Merdeka.

Menurutnya, umat Islam perlu menentang penganjuran program ini kerana bertentangan dengan norma-norma semula jadi manusia.

"Mereka insan yang mempunyai jiwa agama tidak kisah sama ada Kristian, Buddha atau Hindu, namun mana-mana agama di dunia tidak mengizinkan hubungan sejenis, kalau tidak dibenarkan mengapa banyak pihak yang beragama melawan arus.

"Saya minta Suhakam, Majlis Peguam dan teman lain balik ke pangkal jalan, kalau kita sudah tersilap jalan, kita akan bawa beratusan atau jutaan orang untuk memilih jalan tersebut," katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Seminar Islam Semasa Perubatan Alternatif (Amalan dan kepercayaan berdasarkan prinsip-prinsip Islam) di Hotel De Palma, Shah Alam.

Hasan turut meminta pucuk pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat bersama membanteras gejala keruntuhan akidah berkait dengan program yang menyuarakan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual daripada diteruskan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menghindari masalah sebegini dengan mempergiatkan program yang mampu mempertingkatkan akidah umat Islam di Selangor, antaranya, menerusi penganjuran kuliah Subuh dan Maghrib setiap minggu.

Ketika ditanya mengenai konsert Elton John yang di bantah Pemuda Pas, Hasan berkata, kehadiran penyanyi itu hanya akan menyemarakkan aktiviti tidak bermoral.

"Elton John juga ada kaitan kerana beliau tergolong dalam kumpulan terbabit. Kedatangan beliau menyemarakkan aktiviti dengan pasang colok, simbah minyak, api.

"Oleh yang demikian, saya amat menyokong usaha Pemuda Pas membuat demonstrasi dan apa jua tindakan untuk bantah konsert ini," katanya.

SINAR HARIAN/-

Obama, Angela jadi tokoh paling berkuasa di dunia

Posted: 03 Nov 2011 07:40 PM PDT

7 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

NEW YORK: Barack Obama menduduki tempat teratas dalam senarai Tokoh Paling Berkuasa Dunia 2011 dikeluarkan majalah Forbes, semalam.

Presiden Amerika Syarikat itu menjadi pilihan Forbes ekoran kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, dan diktator Libya, Muammar Gaddafi.

Obama mengambil alih kedudukan pernah diisi Presiden China, Hu Jintao, pada tahun lalu.

Canselor Jerman, Angela Merkel, kekal menjadi wanita paling berkuasa apabila berada di kedudukan keempat senarai berkenaan.

Tempat kedua diisi Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, yang akan bertanding untuk jawatan presiden negara itu tidak lama lagi, manakala Hu jatuh ke tangga ketiga. Menurut Forbes, AS kekal sebagai negara paling berkuasa di dunia berdasarkan kepada aspek ekonomi yang besar dan paling inovatif, selain kekuatan ketenteraannya.

Senarai itu diumumkan ketika kadar sokongan terhadap Obama merosot di AS ketika dia bergelut menangani isu pengangguran dan kelembapan ekonomi. - Reuters

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


AUKU: UKM4 Salahkan Umno

Posted: 04 Nov 2011 04:13 AM PDT

Malaysiakini

Empat aktivis mahasiswa – yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) – ‘mengugut’ memastikan BN hilang sokongan generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.

“Sudah ada langkah positif dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk memansuhkan AUKU) tetapi setiap keputusan memerlukan keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan kabinet (mahu merayu) itu betul,” katanya.

Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap “bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa”.

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut.

Sidang Media UKM4 & SMM Berhubung Keputusan Kabinet Tentang Isu Rayuan Seksyen 15(5) (A) AUKU ke Mahkamah Persekutuan.

Posted: 04 Nov 2011 01:25 AM PDT

Sidang Media UKM4 & SMM berhubung Keputusan Kabinet tentang Isu Rayuan Seksyen 15(5) (A) AUKU ke Mahkamah Persekutuan.

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya menjemput semua wartawan dan media untuk hadir ke Sidang Media UKM4 dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung keputusan Mesyuarat Kabinet Kerajaan yang memutuskan untuk merayu kes Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ke Mahkamah Persekutuan.

3. Sidang Media akan diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh : 4hb November 2011 (Hari ini)
Tempat : Kelab 50B, No 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59000 KL. (Sebelah Pejabat Malaysiakini).
Masa : 5.30 petang

Kes Saman Bapa Altantuya: Tak Mustahil Dibawa Ke ICC

Posted: 03 Nov 2011 10:23 PM PDT

Keadilan Daily

Pengurusan kes saman bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu terhadap kerajaan Malaysia perlu dipercepatkan kerana ia akan menjadi lebih buruk jika kes itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, tidak mustahil keluarga mendiang berbuat demikian,  sekiranya kes saman yang mereka failkan di negara ini masih tertangguh.

"Kita tidak akan dapat menghalang (bapa Altantuya) untuk mendapatkan keadilan kerana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja.

"Bukan sahaja ke Paris, malah mereka juga boleh pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mencapai keadilan," katanya yang merujuk kes Scorpene yang difailkan di mahkamah tinggi Perancis.

Menurut Yusmadi, kes pembunuhan ALtantuya bukan kes biasa kerana ia melibatkan dua aspek penting iaitu sistem keadilan jenayah dan dasar luar negara.

"Sehingga kini.. tidak ada satu kenyataan maaf yang dibuat oleh kerajaan malaysia, kerana yang terlibat secara faktanya adalah pegawai penjawat awam yang beruniform,"

"(Jelas) kes ini dapat layanan yang berbeza, bersifat diskriminasi malah dari segi aspek pengendalian kes, kita lihat ia tidak dapat layanan yang sewajarnya," kata Yusmadi.

Pada Jun 2007, bapa Altantuya, Setev Shaariibu memfailkan saman ke atas Kerajaan Malaysia dan tiga tertuduh yang didakwa dalam kes pembunuhan itu, bagi mendapatkan ganti rugi RM100 juta.

Writ saman berkenaan difailkan melalui firma Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Sivil.

Empat anggota keluarga terdekat mangsa, termasuk dua anak kecilnya, dinamakan sebagai plaintif.

Mereka menamakan Cif Insp Azilah Hadri, Kpl Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

Akta Kerja Tidak Peduli Hak Pekerja

Posted: 03 Nov 2011 07:49 PM PDT

Harakah

Himpunan yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini hari ini menyaksikan pekerja-pekerja kilang hadir memberi sokongan kepada perjuangan yang dibawa oleh MTUC terhadap Akta Kerja 1955 yang dilihat telah merampas hak pekerja.

Akta yang telah diluluskan di parlimen pada 6 Oktober yang lepas menyaksikan kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British sewaktu Akta Kerja digubal pada tahun 1955 dulu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir memberi sokongan kepada tuntutan hak pekerja itu berkata, akta tersebut dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak pekerja di negara ini.

“Sambutan amat baik sekali kita lihat pada hari ini begitu juga sokongan pekerja-pekerja yang balik dari kerja dan mereka singgah bagi memberi sokongan agar kerajaan menarik balik akta yang zalim itu.

“Saya melihat akta ini dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak seorang pekerja, yang mana kita lihat kelulusan yang diperolehi oleh akta tersebut maka pekerja kontrak akan terus menjadi pilihan kepada setiap majikan dan ini kerana majikan tidak akan menanggung kos yang tinggi jika mereka mengambil pekerja kontrak.

“Kita tahu setiap pekerja kontrak tidak mempunyai potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga SOCSO, jadi tiada lagi kos tambahan ditanggung oleh majikan,” jelasnya.

Beliau memberitahu risiko yang paling besar akan dihadapi oleh pekerja adalah mereka tidak mempunyai perlindungan keselamatan yang akan menimbulkan kesulitan yang besar kepada pekerja dan juga keluarga mereka jika sesuatu terjadi ke atas diri mereka sewaktu menjalankan tugas.

Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga turut serta piket tersebut memberitahu piket hari ini merupakan satu isyarat jelas yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Kerajaan perlu memandang serius apa yang berlaku hari ini kerana ia baru permulaan dan kita akan pastikan perhimpunan bantahan ini akan terus diadakan selagi kerajaan mengambil sikap berdiam diri.

“Kita tidak pasti kesan yang akan kita perolehi melalui apa yang berlaku hari ini tapi saya pasti kerajaan akan buka mata bahawa pekerja di negara ini tidak lagi boleh ditindas sesuka hati mereka,” katanya.

Sebelum itu piket yang berlangsung hampir sejam setengah itu dihadiri seramai 250 orang pekerja dari pelbagai kilang dan juga agensi.

Perhimpunan itu berlangsung secara aman dan pihak polis telah bertindak mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan.

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Has Muhyiddin performed a “coup” against Najib and other non-UMNO Cabinet Ministers and parties?

Posted: 03 Nov 2011 11:57 PM PDT

Has the Deputy Prime Minister and Education Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin done a "coup" against the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak and other non-UMNO Cabinet Ministers and parties including MCA, MIC and Gerakan in unilaterally and arbitrarily without Cabinet authority declaring as "final" the decision to discontinue the PPSMI policy on the teaching [...]

PAGE: Malays lose most from scrapping of PPSMI

Posted: 03 Nov 2011 07:13 AM PDT

By Patrick Lee | November 3, 2011 Free Malaysia Today PETALING JAYA: Rural students are the biggest losers from the government's decision to stop the teaching of science and mathematics in English, according to the Parents Action Group for Education (PAGE). PAGE chairperson Noor Azimah Abdul Rahim said rural students, especially Malays, would end up [...]

Lim Lip Eng

Lim Lip Eng


Too many massage centres worry Desa Sri Hartamas folk

Posted: 03 Nov 2011 11:52 PM PDT

Large signs: Some outlets offer special prices during lunch break
Many signs: The numerous signboards along the walkway.
In the backlanes too: There are about 30 massage and foot reflexology centres operating in Desa Sri Hartamas.
Promotions: All sorts of discounts.

Photos by CHAN TAK KONG
Source: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/11/4/central/9770201&sec=central (By STUART MICHAEL and JASTIN AHMAD TARMIZI, 4.11.2011)
The mushrooming of massage, foot reflexology and spa centres around Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, has not gone down well with the residents in the township. There are over 30 massage and foot reflexology centres in the area, however, a check with Kuala Lumpur City Hall (DBKL) revealed that only 10 outlets, or one-third of the total had been issued licence to operate while the rest are deemed illegal.
DBKL deputy director-general of socio-economic development Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz confirmed that only 10 outlets were licensed to offer foot reflexology, massage and spas in the Desa Sri Hartamas. Amin said DBKL had stopped approving licences under the Health Establishment Licensing Bylaw WPKL 2003 for massage and relexology centres since 2009 to curb the sudden increase in the number of such centres in Kuala Lumpur. "We have not issued any licences since July 2009. We will not approve any applications as there are already too many in Kuala Lumpur. Even if people apply we will reject their applications," he said. When asked about what action will be taken against these illegal centres, Amin said they would continue issuing compounds to those who operated without licences. "In the city, there are already too many of these massage centres. We cannot force them to stop their operations but we can only compound them for not having a licence as many of them operate without licences and if they still continue to operate we can bring them to court. "However, these operators are very stubborn as some of them still continue to operate. They are not afraid of us. "Many of them have been fined several times but they still continue to operate without licences. We will have to continue with our raids more regularly," he said, adding that DBKL carried out raids twice a week to check on these premises around Kuala Lumpur. "We try to monitor these centres including those with licences. We have done raids with the police to try to stop these massage centres that offer sexual services. "We have to do this to ensure that they do not misuse their licences for vice activities. If the licensed centres are found offering sexual services, we can compound them or take their deposit and even revoke their licence," he said.
However, Amin said based on investigations carried out from early this year up to September, no licensed premises had been found to be offering sexual services. "Consumers also have to be aware of a massage centre's condition and surroundings. "Do not visit a suspicious-looking centre," he said, adding that consumers should be able to differentiate illegal and licensed centres as licensed centres were required to display their premises licence to prove that they were operating legally.
Brickfields OCPD Asst Comm Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid said the police would carry out spot checks on centres offering sexual services. "If the public has any complaints about centres they suspect were operating without licence, they can report to us and we will conduct checks and take action," he said.
A Desa Sri Hartamas resident who only wanted to be known as Cheong, said he noticed a sudden increase in the number of massage, foot reflexology and spa centres operating in the township. "I love living here, it's a peaceful community with a pleasant environment but now more and more massage centres have set up business here," said Cheong, who has lived in the area for the past five years. "It is absurd to have so many massage centres concentrated in just a small area. There are more than 30 such centres here now," he said. Cheong said he and many other residents were concerned about this phenomenon in their area because they had reason to believe that some of the massage centres also offered sexual services. "I was informed that some of these centres offer sexual services instead of just the normal hand, foot or body massage. This is very disturbing.
"I know this from friends who patronise these centres. I fear the negative impact such activities might bring to this township. These outlets are so close to our homes," he said. Cheong said DBKL and the police should conduct a survey and check the legality of these centres or conduct raids to prevent vice activities. "Some parents also fear that the proximity of these centres to their homes would provide their children with easy access to vice activities as the centres are located amid family restaurants, convenience stores and other businesses," said Cheong, who has contacted Segambut MP Lim Lip Eng to inform him about the issue. Lim confirmed that he was aware of the problem and would be bringing up the matter with the KL mayor.
A random check by StarMetro found about 30 massage centres, spas and foot reflexology centres operating in Desa Sri Hartamas. Many of the foot reflexology centres have banners placed outside their outlets stating the price of the various services offered. A foot massage costs between RM20 and RM40 while a body massage is from RM50 to RM70.
Most of the centres are located in Jalan 23/70a, 24/70a, 28/70a, 30/70a and 31/70a. The interior of some of the massage parlours we visited were dimly lit and the cubicles were partitioned with curtains or other impermanent structure to offer customers privacy. A cubicle normally contains nothing but a small mattress and dim lights. Then there are centres with scantily dressed female staff compared with those which provide their employees with uniforms.
To evade the authorities, all these centres are equipped with closed-circuit television (CCTVs) at the entrance to the lift area, corridors and to the main door. Some of these centres have even employed individuals who lurk outside these centres to warn the operators in case of raids by the authorities.

DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


Bertemu Penduduk

Posted: 03 Nov 2011 07:21 AM PDT

Sungai Runtuh

Posted: 03 Nov 2011 07:15 AM PDT

Perjumpaan BN

Posted: 03 Nov 2011 07:10 AM PDT

View issues with Tan Seng Giaw

View issues with Tan Seng Giaw


The Treasury must improve its performance

Posted: 03 Nov 2011 01:39 AM PDT

DAP National Deputy Chairman and MP for Kepong Dr Tan Seng Giaw calls on the Finance Ministry to improve its performance and effectiveness including economic analysis.

Finance Minister must review all aspects of his ministry to ensure rapid economic growth, compared with the part played by Bank Negara.

On 2.11.2011, Dr Tan took part in the debate at committee stage in Parliament on the allocation of RM34.7 billion for the Finance Ministry in 2012.

The Finance Ministers and their deputies reply to questions on economy and finance in Parliament. But, the ministry shows its weaknesses in some aspects including economic analysis.

Meanwhile, the ministry is trying to make its electronic acquisition world-standard with the allocations of RM5 million and 5.5 million for electronic administration and information technology management respectively. It is correct to create world-class and sophisticated technology. We would like to know the world-class company that has been appointed.

The Treasury must improve its performance on all aspects such as economic analysis. For example, Eurozone crisis with rescue package for Greece affects world economy. China's assistance has been reported. Japan intervenes on Yen with threat to sell more of it. The US firm of MF Global with asset of US$41 billion has filed for bankruptcy. Although it is not as big as Lehman Brothers that failed, it still has deleterious effects. The implications of floods in Thailand are expected. Her manufacturing sector is badly affected. In 2010, Thailand had foreign direct investment of US$5.8 billion and Indonesia US$13.3 billion which was bigger than that in Malaysia.

Tan Seng Giaw

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Where the poor gets poorer

Posted: 04 Nov 2011 01:09 AM PDT



Where the poor gets poorer
November 4, 2011

The Auditor-General's Report states that instead of wiping out poverty in Negeri Sembilan, the state is experiencing an increase in poverty.

SEREMBAN: There is something amiss in Negeri Sembilan's poverty eradication programme. Instead of getting better, it is only getting worse and the poverty rate has increased by 178 percent in the last three years.

The Auditor-General's Report stated that out of 10 poverty eradication programmes implemented in the state, seven were rated as not impressive. That means 70 percent of the programme had failed.

Negeri Sembilan PKR chief Mohd Nazree Mohd Yunus said: "I worry that there is possibility of bribery and political interference in these programmes."

He said that this was only one aspect of mismanagement by the state government and PKR has lodged a police report asking the Malaysian Anti Corruption Commission to investigate.

Mohd Nazree said that the AG's report also exposed sand theft activity at the Jijan River.

"Based on all these evidence, we have asked the MACC to start an investigation.

"These are not our allegations but all these are in the audit report," said Mohd Nazree.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/04/where-the-poor-gets-poorer/

Ultimatum to Shahrizat: Answer charges or else

Posted: 03 Nov 2011 09:29 PM PDT



Ultimatum to Shahrizat: Answer charges or else
November 4, 2011

Opposition group visits National Feedlot Centre's farm in Gemas.

GEMAS: PKR strategic director Rafizi Ramli claims he has more information than already revealed about Shahrizat Abdul Jalil's involvement in the National Feedlot Centre (NFC) and has threatened to expose them unless she responds to allegations made in recent days.

Rafizi visited the NFC farm here yesterday, a day after he alleged in a press conference that most of the beef produced by the centre is supplied to luxury restaurants owned by the family of Shahrizat, the Minister for Women, Family and Community Development.

Agriculture Minister Noh Omar had earlier confirmed that members of her family manage the luxury restaurants.

"We want to know how much exactly was spent for this farm," Rafizi said after his visit.

"How many head of cattle are bred here and how many are slaughtered per day?"

He posed the questions in front of more than 70 people outside the farm. Most of them were journalists and publicity officials of opposition parties.

"Based on the information I have, they are supposed to breed 60,000 cows per year but I learnt that only 8, 000 cows were produced over a period of three years" he said.

Rafizi was accompanied on his visit by five Negeri Sembilan state assemblymen—Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi), M Ravi (PKR-Port Dickson), Aminuddin Harun (PKR-Sikamat), P Gunasekaran (DAP-Senawang) and Ng Chin Tsai (DAP-Temiang). Also in his delegation was Fariz Musa, the chief coordinator of Jingga 13, a PKR-linked NGO.

Security guards barred the media group from entering the farm, irking Rafizi and his companions.

He explained to the guards that he had already informed NFC's executive chairman, Dr Mohamad Salleh Ismail, about the visit.

"The NFC was built with the rakyat's money and technically this farm belongs to the rakyat," he told them. "We as the rakyat would like to see for ourselves how our money is spent."

He asked them to allow at least two journalists in. The guards were unmoved. Neither did they budge when Ravi and Gunasekaran appealed in their capacity as state assemblymen.

Mohd Taufek said he would raise the NFC issue in the state assembly, which begins its next sitting on Nov 21.

"Since the state government has some shares in NFC, Menteri Besar Mohamad Hasan has some explaining to do," he said.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/04/ultimatum-to-shahrizat-answer-charges-or-else/

ADUN Pakatan dilarang lawat projek lembu Feedlot

Posted: 03 Nov 2011 08:14 PM PDT

ADUN Pakatan dilarang lawat projek lembu Feedlot
Nov 3, 2011



Usaha konvoi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beberapa ADUN Negeri Sembilan untuk melawat projek ladang ternakan lembu Pusat Feedlot Kebangsaan gagal apabila mereka dihalang dan dilarang masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli minggu lalu berkata beliau akan mengadakan sidang media di ladang itu jika kerajaan tidak memberikan jawapan berhubung beberapa kepincangan yang didakwa membabaitkan projek yang bernilai RM73.64 itu.

Sebaik tiba di tapak ladang berukuran 2,000 ekar itu pada tengahari tadi, kira-kira 50 pemimpin Pakatan dan aktivis terpaksa berpanas selama sejam dalam usaha cuba memujuk pengawal keselamatan bagi membenarkan mereka masuk.




"Bagaimana awak boleh halang kami masuk sedangkan menteri yang bertanggungjawab kata kami boleh lawat projek ini kerana ia sesuatu yang berjaya dan tidak mempunyai sebarang salah laku?" soal Rafizi kepada pengawal keselamatan itu.

Wang rakyat

Hujahnya lagi, adalah menjadi prerogatif bagi wakil rakyat untuk meninjau bagaimana wang kepunyaan rakyat dibelanjakan. Namun semua itu tidak dihiraukan.

Sebaliknya, mereka diarahkan meninggalkan kawasan itu. Konvoi itu terpaksa akur dan bersurai pada jam 1.30 petang selepas mengadakan sidang akhbar di pintu masuk ladang berkenaan.

Pada 1 November lalu, Rafizi mendakwa Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta itu merupakan projek yang tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar.



"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada RM250 juta," kata Rafizi.

Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Feedlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.

Noh juga minggu lalu mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

http://malaysiakini.com/news/180453

Nuffnang