Isnin, 17 Oktober 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Dua mayat warga asing reput dan berulat ditemui di Gerik

Posted: 17 Oct 2011 06:15 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

GERIK: Dua mayat dipercayai warganegara asing ditemui dalam keadaan reput dan berulat di bawah Jambatan Kupang, Jalan Gerik-Kupang kira-kira jam 1 petang tadi.

Sementara itu, seorang lagi mangsa dipercayai rakan mereka ditemui masih hidup dalam keadaan tidak bermaya berhampiran dua mayat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manaf Bahari ketika dihubungi mengesahkan penemuan dua mayat itu dan mengesyaki ia berunsurkan jenayah.

Katanya, dua mayat itu dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala seorang lagi lelaki yang ditemui masih hidup dirawat di hospital sama.

TM sudah kenakan cukai 6% sejak Mac

Posted: 17 Oct 2011 02:00 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Para pengguna telefon, khususnya pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TMB) yang mendapatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di negara ini, mungkin tidak menyedari cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan ke atas mereka sejak bulan Mac lalu.

Meskipun terdapat kenyataan daripada pihak TM yang mengatakan pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti, kenyataan tersebut ternyata meleset.

Seorang pelanggan TMB, Rizal Ibrahim, 37, dari Damansara Damai, Selangor, menjelaskan, kenyataan itu boleh dibuktikan menerusi bil yang diterima pada bulan Mac lalu khususnya bagi bil bulan Februari 2011.

Menurut beliau, perkara itu disedari setelah beliau meneliti bil TMB yang diterimanya pada bulan Mac lalu yang didaftarkan atas nama isterinya, Rosyati Omar bagi mendapatkan perkhidmatan telefon dan multimedia daripada syarikat itu.

Katanya, beliau amat terkejut apabila menyedari perkara itu kerana sebelum itu para pelanggan hanya dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 5 peratus sahaja. (Gambar atas)

"Ini menunjukkan cukai tersebut telah dinaikkan dalam diam. Untuk menyembunyikan cukai sebanyak 6 peratus itu pula, ia tak ditulis di bahagian depan bil seperti sebelumnya, tetapi di bahagian belakang bil, manakala di bahagian hadapan hanya ditulis dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sahaja," katanya ketika menghubungi Harakahdaily. (Gambar bawah)

Harakahdaily pada 11 Oktober lalu melaporkan, pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Berdasarkan laporan sebuah blog really.tigaline.com, perkara itu disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu. Ini bermakna hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.

12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri, di sini, pada hari itu.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Rizal berkata, beliau amat kesal dengan tindakan pihak TMB kerana menaikkan cukai tersebut tanpa dimaklumkan secara rasmi kepada para pelanggannya terlebih dahulu.

"Selain itu, tindakan tersebut telah dilakukan lebih awal dari yang dinyatakan itu sehingga menyebabkan para pelanggan keliru dan tertipu dengan realiti sebenar," katanya yang juga seorang peniaga.

harakahdaily/-

Himpunan anti murtad: PAS beri sokongan bersyarat...

Posted: 17 Oct 2011 01:40 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PAS Selangor akan hanya menyokong konvensyen Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sebarang usaha untuk melaga-lagakan antara penganut-peganut pelbagai agama dengan tidak terdapat sebarang bukti kesalahan yang diputuskan di mahkmah perlu dijauhi.

"Tindakan seperti ini hanya bertujuan untuk menutup masalah yang menimpa umat Islam, di mana akidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya dan sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain," katanya.

Abdul Rani yang juga ADUN Meru berkata PAS pada dasarnya menyokong usaha memanatpkan akidah umat Islam kerana ia satu-satunya cara membina kekuatan Islam.

Bagaimanapun, pihak penganjur sepatutnya memfokus kepada ancaman sebenar Islam seperti "perkauman, sekularisme dan materialisme" dan membincangkan penyelesaian berhubung ancaman itu.

"Adalah diharap pihak penganjur tidak akan terpengaruh dengan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan ketegangan di antara agama di negeri Selangor ini.

"Tindakan sedemikian adalah satu agenda politik dan bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Sekumpulan NGO Islam akan menganjurkan sebuah majlis yang dinamakan Himpunan Sejuta pada Sabtu ini dengan tema "Selamatkan Akidah Umat ".

Menurut laman web kumpulan itu, antara objektif himpunan itu adalah "mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011."

Pada 3 Ogos lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan di premis gereja Methodist di Damansara Utama berikutan terdapat maklumat usaha memurtadkan umat Islam akan dilakukan.

Premis gereja itu digunakan oleh sebuah NGO, Harapan Komuniti bagi majlis makan malam yang turut dihadiri oleh beberapa umat Islam.

Setakat ini, 25 NGO telah mengikrarkan sokongan terhadap Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, termasuk PAS.

malaysiakini/-

Warga Singapura Dirompak Di JB, Akhbar Singapura Pertikai Jaminan Keselamatan Polis Johor

Posted: 17 Oct 2011 01:30 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Belum terjamin... warga S'pura dirompak di JB

MESKIPUN ada jaminan daripada Ketua Polis Johor bahawa negeri itu selamat bagi warga Singapura dan penjenayah tidak menyasari warga republik ini, seorang wanita Singapura telah menjadi mangsa rompak, ironinya pada hari yang sama jaminan itu dibuat.

Gambar: CERMIN DIPECAH: Perompak memecahkan tingkap kereta Cik Farah sebelum melarikan begnya berisi wang $2,300. Keretanya ditinggalkan di sebuah bengkel kereta di JB. -- Foto FARAH

Cik Farah (bukan nama sebenar), 55 tahun, kehilangan wang $2,300, kad pengenalan dan beberapa kad kredit apabila tingkap depan keretanya dipecah.

Beg jenama Braun Buffel berwarna coklat yang diletakkan di atas tempat duduk di situ, dibawa lari.

Semasa kejadian pada sekitar 5.45 petang Jumaat lalu, kereta Toyota Camry yang dipandunya sedang berhenti, sementara menunggu lampu trafik di sebuah simpang yang sibuk dekat Hotel Thistle Johor Bahru.

Beliau sedang dalam perjalanan ke pasar Larkin seorang diri untuk membeli barang bagi perniagaan runcitnya - rutin beliau dua kali seminggu sejak setahun lalu.

'Semuanya berlaku sekelip mata. Bunyi kuat apabila tingkap dipecahkan membuat saya terkejut.

'Saya sangka kereta saya dilanggar tapi bila saya nampak tangan capai beg saya, saya sedar saya dirompak,' kata Cik Farah semalam.

Menurut ibu empat anak itu kejadian berlaku terlalu cepat dan beliau tidak sempat mengecam muka kedua-dua lelaki itu, yang kemudian melarikan diri menaiki motosikal.

Namun beberapa saksi memberitahu beliau kededua lelaki tersebut berbadan kurus dan berbangsa Melayu.

Pembonceng motosikal itu, yang dilihat tidak memakai topi keledar, telah turun daripada motosikal sebelum memecahkan tingkap kereta Cik Farah, merampas begnya dan naik semula motosikal lalu memecut.

'Saya menekan hon lama dan sekuat-kuatnya tetapi tidak sebuah pun kereta di depan yang perasan saya dirompak.

'Kalau salah seorang pemandu di depan saya buka pintu kereta, perompak tersebut tak boleh lari,' kata Cik Farah, meluahkan rasa kesal atas sikap sesetengah pemandu yang tidak ambil kisah.

Katanya, beliau trauma seketika dan menangis memikirkan kejadian itu.

Pagi Jumaat lalu, Ketua Polis Johor, Dato' Mohd Mokhtar Haji Shariff, mendedahkan tanggapan bahawa Johor sebuah negeri dengan kadar jenayah yang tinggi adalah salah.

Katanya, daripada 14.1 juta warga Singapura yang melawat Johor tahun lalu, hanya 0.002 peratus atau 320 orang menjadi mangsa jenayah di situ.

Cik Farah berkata semasa beliau membuat laporan di balai polis Johor Bahru Central pada petang itu, beliau bertemu seorang warga Singapura yang menceritakan pengalaman serupa, namun berlaku sehari sebelumnya.

'Saya nasihatkan warga Singapura yang ke Seberang Tambak agar jangan letak beg di atas tempat duduk, mahupun di paha.

'Biar duit kita hilang, jangan kita pula cedera terkena serpihan kaca,' kata Cik Farah yang masih akan ke Johor tetapi tidak lagi seorang diri. -bhs

Mesir haramkan diskriminasi

Posted: 17 Oct 2011 01:20 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Majlis Tertinggi Tentera Mesir yang memerintah negara itu melarang diskriminasi berasaskan kaum, jantina atau agama melalui peraturan baru yang diumumkan, kelmarin.

Perintah itu dikeluarkan selepas pergaduhan kaum antara penunjuk perasaan terdiri daripada penganut agama Kristian dan tentera Mesir yang menyebabkan 25 orang terbunuh, Ahad lalu, iaitu keganasan paling buruk sejak penggulingan bekas presiden Hosni Mubarak pada 11 Februari lalu.

Di bawah peraturan baru itu, tindakan berupa diskriminasi terhadap seseorang atau kumpulan berdasarkan jantina, kaum, bahasa atau agama akan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

Individu yang didapati bersalah melakukan diskriminasi terhadap orang lain boleh dipenjara tiga bulan atau didenda sebanyak 100,000 pound Mesir (RM52,350).

Sebelum ini, penunjuk perasaan dan ahli politik mendakwa tentera Mesir bertindak ganas semasa kekacauan minggu lalu itu, sama seperti polis yang berkhidmat di bawah pemerintahan Mubarak.

sinar harian/-

Air zamzam, air terbaik di dunia

Posted: 17 Oct 2011 01:00 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, ia pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, "Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain."

Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, "Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan."

"Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain," katanya -SG

Hudud sebagai pendekatan tangani gejala sosial

Posted: 17 Oct 2011 12:50 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Okt: Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merujuk kepada hasrat kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan hudud adalah suatu langkah yang baik.

"Pihak kami mewakili suara pelajar mahasiswa Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut," kata Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Syahiran Muhammad.

Jelasnya, hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam.

Katanya, perintah perlaksanaan hudud adalah bersifat qati'e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan yang harus diterima oleh umat Islam negeri ini.

"Pihak kami yakin hudud boleh dilaksanakan di Kelantan atas sebab majoriti masyarakat di negeri ini adalah beragama Islam dan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukuman Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 hanya tinggal untuk digerakkan sahaja dengan kelulusan kerajaan pusat," ujarnya.

Beliau mengetuai penyerahan memorandum PPIK yang menyokong hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kepada Menteri Besar Kelantan yang diwakili Dr Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Kelantan, semalam.

Namun demikian, katanya pendidikan serta penerangan mengenai hudud harus dibuat secara kosisten kepada masyarakat terutama kepada yang bukan Islam, agar masyarakat dapat menerima perlaksanaan ini dengan berteraskan ilmiah, bukan sekadar sokongan politik semata-mata.

PPIK, tegasnya mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu hudud demi kepentingan politik mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan hukuman itu zalim dan tidak adil yang turut dimomokkan kepada orang bukan Islam.

Jelasnya, sedangkan perlaksanaan hudud hanya melibatkan orang Islam dan yang bukan Islam boleh diberikan alternatif lain.

Ini, katanya sebagaimana kisah pasangan orang Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda merujuk kepada kitab mereka iaitu Taurat dan didapati dalam itu juga menyatakan hukuman bagi penzina adalah rejam.

"Ini adalah kenyataan atau gambaran perlaksanaan hudud kepada bukan Islam dan pihak kami amat kesal dengan orang Islam yang lebih mementingkan kedudukan politiknya dengan memburuk-burukan agamanya sendiri.

"Pihak kami juga yakin bahawa perlaksanaan hudud ini menjadi satu pendekatan baru dalam menangani kes-kes dan gejala sosial yang berlaku di Kelantan," katanya.

Ini, ujarnya lagi boleh dijadikan kajian (eksperimen) bagi membuktikan sejauh mana kesan perlaksaan hukuman itu yang akan dirujuk oleh negeri-negeri lain dan seterusnya ke peringkat negara.

"Akhir sekali pihak kami menegaskan bahawa Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan keIslaman dan pendidikan serta mewakili suara pelajar mahasiswa di Kelantan yang tidak mempunyai pertalian dengan mana-mana parti politik, mendesak agar pihak kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agama membenarkan hudud ini dilaksanakan di Negeri Kelantan," katanya.

harakahdaily/-

Ratusan peserta berenang 1.8km

Posted: 17 Oct 2011 12:45 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RATUSAN perenang berenang sejauh 1.8 kilometer di Pelabuhan Victoria, Hong Kong semalam.

HONG KONG - Ratusan perenang semalam mengambil bahagian dalam pertandingan berenang sejauh 1.8 kilometer (km) selepas ia dihentikan selama 33 tahun kerana bimbang tahap pencemaran air di salah sebuah pelabuhan yang tercantik di dunia di disini.

Laut tenang dan langit yang mendung, para perenang memulakan renangan dari Lei Yue Mun, Kowlooon sehingga Quarry Bay.

Beratus-ratus penonton bersorak apabila perenang tiba di garisan penamat.

"Saya telah mendengar segala-galanya mengenai perlumbaan merentasi pelabuhan. Ia sangat indah kerana memberi peluang terakhir kepada peserta untuk menikmatinya," kata seorang perenang, David Wong, 22, selepas menamatkan pertandingan.

Pertandingan merentasi pelabuhan pertama kali diadakan pada tahun 1906 apabila Hong Kong masih di bawah jajahan Britain.

Ia kemudian dihentikan selepas satu pertandingan pada tahun 1978 kerana bimbang dengan tahap pencemaran air laut. - Agensi

25,000 buku 'kemewahan' Rosmah diedarkan

Posted: 17 Oct 2011 12:15 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sebanyak 25,000 naskhah buku berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Buku nipis 16 halaman bertajuk Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.

Pengerusi NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu Badrul Hisham Shaharin berkata, buku itu menjelaskan urutan peristiwa berkaitan cincin RM24.45 juta yang memuatkan jawapan terhadap dakwaan beliau cuba memburukkan imej Rosmah.

Badrul Hisham juga menyenaraikan beberapa soalan yang didakwanya hanya Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja dapat menjawabnya.

"Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR.

malaysiakini/-

Apa muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara?- Anwar

Posted: 17 Oct 2011 12:00 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.

"Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?," soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.

Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

"Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan," tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.

"Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara," katanya.

Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.

Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.

keadilandaily/-

Kereta masuk sungai 2 warga asing maut

Posted: 16 Oct 2011 11:55 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing maut dan seorang rakan warga tempatan cedera apabila kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam Sungai Bunus di sini awal hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi apabila kereta jenis Honda berwarna putih yang dinaiki Jason Price Krull, 28, yang datang dari arah Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Munsyi Abdullah dipercayai terbabas.

"Mangsa berasal dari Kanada manakala kewarganegaan seorang lagi tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang pengenalan diri pada mayat atau dijumpai dalam kereta berkenaan.

"Polis sukar mengenal pasti seorang lagi mangsa itu yang turut meninggal di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.

Abdullah berkata siasatan awal polis mendapati kereta terbabit adalah milik warga tempatan yang cedera dan pihaknya sedang menyiasat bagaimana kereta tersebut boleh dipandu oleh warga asing berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mangsa berumur lingkungan awal 20-an dipercayai pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara dan mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat," tambahnya.

Bernama

Diabetes ancam golongan muda

Posted: 16 Oct 2011 11:50 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kalangan pegawai perubatan yang menghadiri simposium setengah hari semalam.
BANDAR SERI BEGAWAN,

Gaya hidup yang kurang aktif dan pemakanan tidak seimbang adalah antara penyebab utama peningkatan kejadian penyakit diabetes di kalangan orang ramai.

Malah penyakit itu menunjukkan trend membimbangkan apabila jumlah penghidap penyakit diabetes di kalangan golongan muda semakin bertambah.

Jumlah penghidap penyakit diabetes dikhuatiri akan terus meningkat jika orang ramai tidak mengambil langkah mengubah gaya hidup mereka supaya lebih aktif dengan melakukan senaman, memakan makanan kurang lemak dan gula serta mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Perkara itu dijelaskan Pengarah Perubatan, Konsultan Kardiologi, Nobel Heart Center, Mt Alvernia Centre, Dr Soon Chao Yong ketika menyampaikan ceramah bertajuk Diabetes and The Heart dalam Simposium Kesihatan 2011 di Hotel The Empire and Country Club, Jerudong, hari ini.

Beliau menjelaskan perubahan gaya hidup pada masa kini yang mana generasi muda kurang mengamalkan kegiatan aktif dan perubahan dari segi saiz makanan yang dimakan menjadi antara penyebab meningkatnya diabetes.

Dr Soon menjelaskan mengenai masalah dan cara mengurangkan kadar penyakit diabetes.P
Beliau mengakui masalah diabetes tidak hanya terhad kepada negara-negara yang maju tetapi negara membangun termasuk rantau Asia turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah penghidap penyakit diabetes.

Menurutnya, diabetes adalah penyakit yang disebabkan jumlah penduduk yang semakin menua, pemakanan tidak sihat, masalah obesiti dan gaya hidup kurang aktif.
Diabetes yang dikaitkan dengan pembangunan dijangka akan terus meningkat disebabkan pembangunan pesat di negara-negara membangun.

Menyentuh mengenai masalah diabetes pada pesakit jantung, Dr Soon berkata mereka yang mempunyai penyakit jantung dan diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami serangan atau kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung.

Beliau mengongsi bahawa kaedah terbaik mengurangkan berlakunya diabetes adalah menerusi pengurangan faktor risiko iaitu mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, memastikan berat badan di tahap seimbang serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Di samping itu, kempen kesedaran yang terus dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit diabetes dan cara terbaik mencegahnya adalah antara usaha yang harus diketengahkan kerana mencegahnya adalah mudah.

Simposium kesihatan itu dihadiri 150 pegawai perubatan dan pegawai profesional kesihatan bersekutu kerajaan dan swasta. Tiga tokoh menyampaikan ceramah mereka termasuk Dr Soon, Konsultan Pusat Neurologi,

Neuroscience, Stroke and Rehabilitation (NSRC), Dr Christian Jacobi bertajuk Brain Attack-How to Manage? dan Pakar Psikologi Klinikal, Bahagian Psikologi Komuniti, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Dayang Syahmun Metassan bertajuk Resilience in Patients (Daya Pemulihan Pesakit).

Permata Online

Kelantan pinda enakmen emas

Posted: 16 Oct 2011 11:49 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan akan meminda Enakmen Kewangan Kelantan 1995 bagi membolehkan negeri itu membeli, menyimpan serta melabur emas dan perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pindaan itu akan dibuat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu ini.

"Dengan adanya pindaan ini ia bertujuan mengizinkan Kerajaan Negeri membeli, menyimpan dan melabur logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain supaya mata wang ini diguna pakai di Kelantan dan tidak bergantung kepada mata wang kertas yang semakin lemah nilainya," lapor Sinar harian.

Beliau berkat demikian pada sidang media selepas Forum Rakyat di sini, kelmarin.

Beliau memberi contoh negeri Utah di Amerika Syarikat sudah membuat undang-undang seperti ini peringkat negeri itu yang membolehkan mata wang jenis ini diterima kembali.

"Begitu juga Singapura juga sudah melaksanakannya sejak tahun 1965 lagi," tambahnya.

Menurutnya lagi, Kelantan mahu menjadi perintis memperkenalkan enakmen itu di Malaysia dan menegaskan ia bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak perlu kelulusan Kerajaan Pusat.

Negara-negara lain juga mengambil pendekatan sama seperti China yang mengalihkan polisi mereka apabila menyedari US Dollar lemah lalu menetapkan 10 peratus simpanan antarabangsa mereka dalam bentuk jongkong emas.

Katanya, langkah itu turut diikuti India dan Korea Selatan tetapi apa yang menghairankan Malaysia masih lagi tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu.

Husam berkata, lazimnya masyarakat Islam diminta membahagikan simpanan mereka mengikut portfolio yang merangkumi emas, perak, mata wang kertas dan sebagainya.

"Bagaimanapun dalam negara kita sekarang ringgit disimpan dalam mata wang kertas terutama sekali US Dollar dan juga Euro. Dalam sejarah mata wang Islam terdapat dinar, dirham dan fulus.

"Fulus boleh menjadi ringgit Malaysia. Setiap mata wang memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing tetapi apabila ada tiga kombinasi itu ia menjadi kuat," katanya.

Menurutnya, sebagai komoditi harga emas akan naik dan turun, apabila harga emas turun, fulus boleh berperanan tetapi apabila harga emas naik, dinar pula sebagai ganti.

Dengan cara itu, katanya, kekayaan yang dimiliki dapat diselamatkan kerana kombinasi mata wang jenis itu diguna pakai.

harakahdaily/-

Peluru berpandu di Spratly

Posted: 16 Oct 2011 11:49 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PELANCAR peluru berpandu 'Hsiung Feng II' dipamerkan pada hari kebangsaan Taiwan sempena ulang tahun revolusinya yang ke-100, dua minggu lalu.
Taiwan ambil tindakan selepas Vietnam guna jet pejuang

TAIPEI: Taiwan meluluskan rancangan untuk menempatkan peluru berpandu di kawasan tuntutannya di Laut China Selatan ketika kebimbangan semakin disuarakan mengenai berita bahawa negara lain yang menuntut kawasan sama sudah memperkuatkan kekuatannya di wilayah perebutan.

Jawatankuasa Pertahanan Taiwan meluluskan cadangan untuk mengekalkan unit pengawal pantai di pulau Taiping dan Pratas.

Menteri Pertahanannya, Kao Hua-chu menyarankan unit pengawal pantai memerlukan sistem pertahanan udara maju seperti peluru berpandu Tien Chien I berbanding peluru berpandu era Chaparral 1980 an.

Enam negara termasuk Taiwan, Vietnam dan China menuntut sebahagian atau keseluruhan Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak.

Penggubal undang-undang, Lin Yu-fang berkata penghantaran peluru berpandu perlu berikutan laporan kerajaan baru-baru ini mengenai Vietnam menempatkan tentera di kawasan itu.

Vietnam dilaporkan menghantar jet pejuang buatan Russia Su-27SK dan Su-30MK2 serta ribuan tentera laut di wilayah pertikaian itu.

Memberi maklum balas terhadap langkah Taiwan itu, Filipina semalam berkata pihaknya sudah bersedia mempertahankan kawasan tuntutan di Laut China Selatan tetapi enggan menyifatkan rancangan Taiwan menghanatar peluru berpandu ke kawasan itu sebagai sesuatu yang perlu dirisaukan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan, Zosimo Jesus Paredes berkata negara itu menikmati hubungan baik dengan Taiwan dan percaya cadangan itu membekalkan peluru berpandu kepada unit pengawal pantai di kawasan itu dan dakwaan itu bukanlah ancaman kepada Filipina.

"Kami tidak boleh memberitahu Taiwan apa yang boleh atau tidak boleh dibuat. Selagi mereka tidak memasuki kawasan yang sudah diduduki, kami tiada masalah. Hidup dan terus hidup," katanya.

Bagaimanapun, katanya Manila bersedia untuk mempertahankan hulu pulau kecil itu yang kini sudah diduduki di Spratly. Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut.

China menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuk Spratly, kumpulan pulau dan pulau kecil yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan mineral.

Sementara itu, Amerika Syarikat merayu supaya bertenang Jumaat selepas Taiwan nampaknya bersedia menghantar peluru berpandu ke Laut China Selatan kerana bimbang dengan dakwaan negara musuh membina pertahanan di pulau yang menjadi perebutan.

"Kami meminta semua pihak menuntut supaya menyelesaikan pertelingkahan menerusi cara damai mengikut undang-undang antarabangsa dan tanpa menggunakan ancaman kekerasan," kata jurucakap Pentagon, George Little. – Agensi

Lelaki didakwa bunuh pemberi maklumat diarah bela diri

Posted: 16 Oct 2011 11:40 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan seorang pekerja sendiri, K Marimuthu, 37, membela diri terhadap tuduhan membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim mengeluarkan perintah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau tiada keraguan munasabah terhadap tertuduh semasa pendakwaan dijalankan.

Ketika membacakan keputusannya, Zakiah berkata mahkamah tidak sangsi mengenai keterangan lapan orang saksi dalam kes itu dan jelas Marimuthu berniat membunuh Md Rashid Mahmud, 48, walaupun pistol yang digunakan untuk menembak mangsa tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.

Marimuthu dituduh membunuh dengan menembak Md Rashid di Jalan Batu Kelikir-Ladang Kelapa Sawit OSK Properties Sdn Bhd berhampiran pasar raya Econsave Jalan Kuala ketil, Sungai Petani, pada 5 petang 28 Ogos 2008.

Zakiah menetapkan 20 November ini untuk mendengar perbicaraan pembelaan diri Marimutuhu, yang diwakili peguambela, Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud.

- Bernama

Pemancing terkejut lihat mayat terapung

Posted: 16 Oct 2011 11:30 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEREMBAN: Mayat hampir reput ditemui terapung di permukaan air di sebatang sungai di Jalan Bukit Kadir, Nilai, di sini, awal kelmarin oleh seorang pemancing.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pemancing berusia 30-an itu terperanjat apabila mengetahui objek terapung yang terapung di sungai itu sebenarnya mayat dan terus menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, sejurus menerima maklumat itu, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat daripada pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum membuka kertas siasatan. "Saya difahamkan, mayat berkenaan akan dibedah siasat hari ini (semalam) bagi mengetahui punca kematian dan identiti mangsa," katanya.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya gagal mengenal pasti mayat itu berikutan keadaan fizikal yang reput.

"Tambahan pula, tiada pengenalan diri ditemui dan jantina mangsa juga tidak diketahui," katanya.

"Setakat ini, kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut, Bagaimanapun, kita akan buka kertas siasatan sekiranya laporan hospital menunjukkan ada unsur jenayah terhadap mangsa," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

metro/-

Larian lembu jantan versi AS

Posted: 16 Oct 2011 11:20 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEORANG lelaki berlari di depan beberapa ekor lembu jantan yang bertanduk di bandar Cave Creek, Arizona kelmarin.

CAVE CREEK - Ratusan orang berlari bagi mengelak ditanduk beberapa ekor lembu jantan di bandar ini yang terletak di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menurut pihak penganjur, larian itu adalah lebih selamat berbanding dengan acara yang terdapat di Pamplona, Sepanyol.

Pihak penganjur menyatakan bahawa lembu jantan yang digunakan dalam acara tersebut tidak mempunyai tanduk yang tajam seperti di Sepanyol kerana ia telah ditumpulkan.

"Saya masih menggeletar," kata seorang peserta larian itu, Maureen Borsodi dari Los Angeles selepas dia menamatkan larian.

"Ia seperti satu rusuhan," tambahnya.

Hampir 12 ekor lembu mengejar 200 orang dalam larian melibatkan satu minit.

Walaupun terdapat sejumlah kecil orang terjatuh, tidak ada seorang pun peserta yang mengalami kecederaan yang serius. - Agensi

Peniaga Perlu Timbang Rasa, Ada Yang Mati & Bersalin Dalam Kereta Kerana Kesesakan Lalulintas

Posted: 16 Oct 2011 09:45 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sebuah pasar malam di Kampung Delek Kiri, Klang telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sehingga pernah meragut nyawa orang kampung apabila laluan ambulans tersekat oleh warong penjaja.

Pasar malam yang telah beroperasi selama dua dekad itu menjadikan simpang tiga jalan masuk ke kampung sukar dilalui kenderaan penduduk dan kenderaan kecemasan lain seperti trak bomba.

Kejadian-kejadian seperti ini yang menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan peniaga-peniaga pasar malam tersebut berpindah 150 meter ke hujung jalan yang sama supaya tidak menghalang simpang tiga tersebut.

Akan tetapi, segelintir peniaga pasar malam bertindak mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat untuk membantah pemindahan itu. Mereka mendakwa perintah itu menjejaskan periuk nasi mereka.

Demonstrasi itu yang dipaparkan di TV3 juga menampilkan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang turut mengkritik kerajaan Selangor. Hari ini ADUN Selat Klang Dr Halimah Ali menjelaskan sebab-sebab arahan pemindahan itu dikeluarkan.

"Sudah ada kematian disebabkan sakit jantung di mana ambulans tak boleh masuk. Ada yang bersalin dalam kereta kerana tidak boleh keluar. Ambulans tak boleh masuk ada yang sakit jantung yang telah meninggal."

Dr Halimah juga berkata mereka yang terlibat di dalam bantahan tersebut bukan mewakili suara semua peniaga pasar malam itu.

"Segelintir peniaga-peniaga yang tak mahu berpindah kononnya hilangnya customer, mereka dah lama. Katanya tak ada bangkangan dari penduduk. Ini tidak benar sebab saya dapat aduan daripada ketua kampung sendiri. Bahkan orang surau sendiri."

Halimah berkata demikian pada sidang media di UniSel. Beliau berharap, peniaga pasar malam akur dengan arahan MPK bagi menghormati perasaan penduduk.

"Saya nak nasihatkan kepada peniaga-peniaga yang majoriti bukan orang kampung itu dan penduduk terpaksa menerima. Masalah kerana mereka nak mengaut ke-untungan. Jadi saya harapkan semua jadi rasional. Kerajaan Negeri mengalu-alukan perniagaan tetapi jangan kita nak dapat keuntungan kita menyebabkan orang lain sakit, mati, susah."

KELAB GREENBOC/-

Taib dipanggil sebagai saksi dalam kes cerai anak

Posted: 16 Oct 2011 09:15 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ketua Menteri Sarawk Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding penceraian anaknya, Datuk Abu Bekir Mahmud, apabila kes bersambung pada 16 Januari nanti.

Ini kerana Abdul Taib tinggal bersama dengan anaknya dan isterinya ketika itu, Shahnaz A Majid dan adalah saksi berhubung pertikaian antara mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

"Beliau bileh buktikan sama ada benar atau tidak (Bekir) membelasah (Shahnaz) kerana mereka tinggal di rumah yang sama," kata peguam Shahnaz, - Rafiee Shafiee.

malaysiakini/-

Afghanistan Tembak Tiga Pengebom Berani Mati

Posted: 16 Oct 2011 09:00 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KHOST, Afghanistan: Polis Afghanistan menembak mati tiga suspek yang disyaki merupakan pengebom berani mati di timur negara ini, pada Isnin.

"Pada waktu tengah hari, tiga suspek yang disyaki pengebom berani mati cuba memasuki bangunan Majlis Perbandaran dengan menaiki sebuah kenderaan yang dipercayai sarat dengan bom.

"Kami percaya Datuk Bandar merupakan sasaran mereka dan sejurus polis menembak mati ketiga-tiga suspek, kenderaan tersebut meletup menyebabkan seorang petugas di bangunan tersebut maut," kata jurucakap wilayah Paktia, Rohullah Samoon. – AFP

Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?

Posted: 16 Oct 2011 08:40 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang "menjanjikan bulan dan bintang" yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.

Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Bukti-bukti kejujuran Pakatan

Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan "dividen anti-rasuah" yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri.

Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu.

Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan.

Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran.

Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat.

Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN - pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah.

Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri.

BN gagal angkat martabat insan

BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui.

Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya.

Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang? Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat?

Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus.

Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah.

Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak.

Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurangkan harga petrol? Jauh sama sekali.

Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu.

Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat?

Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak? Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sektor swasta. Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka?

Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan? Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN?

Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya.

Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah? Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal?

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.

Pemuda PAS Perak himpun jentera PRU-13

Posted: 16 Oct 2011 08:30 PM PDT


Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 pada 27 November ini.

Himpunan yang akan diadakan di Parit Buntar itu akan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak seluruh negeri yang bertemakan 'Gelombang Kuning' bagi menyediakan petugas Pemuda PAS kelak.

Untuk persiapan rapi, Pemuda PAS Perak telah melancarkan Tabung Khas Dana HEMPAP 2011 yang telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Ustaz Shuib Din, di dalam program Liqa' Fikri Pemuda PAS Perak baru-baru ini.

Hadir sama bagi melancarkan tabung khas ini ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Khairie Jamaludin dan Setiausaha Pemuda PAS Perak yang juga Pengarah HEMPAP 2011, Salman Saleh.

Himpunan besar ini mensasarkan peserta lebih 10,000 orang Pemuda PAS Perak yang turut dihadiri pimpinan tertinggi parti.

Sebarang sumbangan untuk HEMPAP 2011 ini bagi meringankan kos bagi himpunan tersebut, boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama 'Perak Care' no akuan 5580 1500 1720.

Sambutan PAS 60 tahun peringkat Perak, 29 & 30 Oktober

Posted: 16 Oct 2011 08:20 PM PDT


19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH, 17 Oktober: PAS Perak akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Perak pada 29 dan 30 Oktober di Masjid Tinggi Bagan Serai Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Bagan Serai dipilih kerana ia merupakan salah satu tempat yang menjadi titik mula perjuangan PAS suatu ketika dahulu.

"Program akan bermula daripada 29 Oktober lagi dengan karnival jualan amal, pameran sejarah , sukan PASTI dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat yang akan dihadiri oleh naib presiden PAS Yb Dato Paduka Husam Musa serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Forum Kemerdekaan yang akan disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu , Prof Dr Abdul Aziz Bari , Sdr Baharom Shah (Adik Mat Indera) serta Dr Azhar Bahari sebagai moderator.

"Keesokan harinya iaitu pada 30 Oktober, akan berlangsung Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Selain itu tayangan video pengkisahan sejarah PAS serta pembentangan kertas dokumen Negara Berkebajikan oleh Yb Salahuddin Ayub juga turut diadakan.

Pada sebelah petangnya akan diadakan, Wacana Kemerdekaan yang membariskan,Tuan Haji Subki Abd Latif ( Kolumnis Harakah dan Veteran PAS) Sdr Mohd Fadhli Ghani ( Pengarah Arkib PAS Pusat ) dan Zainuddin Andika (Aktivis Pejuang Kemerdekaan)

Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Perak, serta penyampaian anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih.

Kemuncaknya ialah Ceramah Perdana 60 Tahun PAS yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak.

"Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,serta menunjukkan keizzahan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terus tegar memacu perjuangan di tanah air ini" katanya.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak turut menyatakan, bagi sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian :05 2557237 ( PAS Perak ).

http://perak.pas.org.my/

Maut ditelan ombak besar

Posted: 16 Oct 2011 08:00 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ALOR GAJAH: "Saya cuba lempar pelampung ke arah lelaki itu sekuat mungkin, tetapi disebabkan angin kuat serta berombak, pelampung itu tak sampai kepadanya dan saya serta beberapa penduduk melihat mangsa tenggelam timbul dan terkapai-kapai sebelum hilang ditelan ombak besar," kata Abu Hurairah Jantan, 54,

saksi awal kejadian seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman yang ditemui mati lemas ketika bermain air di pantai Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, di sini, kelmarin.

Katanya, mereka terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan mangsa, Azman Jaidin, 37, yang amat disenangi penduduk di kawasan itu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Azman berada kira-kira 10 meter dari pantai.

Abu Hurairah berkata, dia yang baru tiba kira-kira lima minit di tempat kejadian dan menunggu hasil laut terlihat mangsa melambai tangan dan menjerit sekuat hati di tengah laut.

"Saya maklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk sebelum kami cuba membantunya dengan mencampakkan satu pelampung kepadanya, namun usaha kami gagal," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, bapa mangsa, Jaidin Bidin, 70, berkata, sebelum kejadian, anaknya keluar dari rumah jam 7 pagi untuk minum di kedai berdekatan dan pulang semula ke rumah.

Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kerap keluar pagi dan balik semula ke rumah untuk makan tengah hari sebelum keluar semula pada sebelah petang.

"Selepas makan, arwah akan ke pantai setiap hari dan setiap kali keluar, dia membawa sedikit duit dalam poketnya untuk membeli rokok atau minum di warung.

"Kebiasaannya arwah keluar rumah tanpa memberitahu ahli keluarga, tetapi akan balik semula ke rumah," katanya yang sebak.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, R Bajiyen, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.35 pagi dan bergegas ke lokasi mencari mangsa dengan kerjasama anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Dengan kekuatan 20 anggota unit skuba bomba dan anggota, 16 anggota JPAM dan 16 anggota polis bergabung tenaga menjalankan operasi mencari mangsa yang mengambil masa sejam setengah sebelum ditemui jam 12.30 tengah hari.

"Mangsa dijumpai terapung berdekatan lokasi awal dipercayai tempat mangsa lemas dengan jarak kira-kira 25 meter dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis," katanya ketika ditemui selepas kejadian.

metro/-

Tandas Jakarta terkotor di Asia

Posted: 16 Oct 2011 07:40 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kajian WTO letak Indonesia di tangga ke-12 daripada 18 negara
JAKARTA: Tandas di Indonesia dikategorikan sebagai tandas paling kotor di Asia, lapor satu kajian Pertubuhani Tandas Sedunia (WTO).

Organisasi itu meletakkan Indonesia di tangga ke-12 di kalangan 18 negara Asia yang diadili untuk tandas yang paling kotor.

"Kami mempunyai tandas yang paling teruk berbanding negara Asia Tenggara lain," kata pengasas Persatuan Tandas Indonesia (ATI) Naning Adiwoso.

"Walaupun kedudukan kami lebih baik daripada Vietnam tetapi kita jauh lebih teruk berbanding Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand," katanya.

Naning berkata kedudukan itu ditentukan WTO berdasarkan jumlah kuman ditemui di tandas yang diperiksa secara rawak setiap negara.

Naning berkata sekurang-kurangnya, 80 juta kuman ditemui dalam satu tandas dan kuman itu boleh membawa kepada penyakit berjangkit seperti demam kepialu.
Beliau menegaskan bahawa amalan mengepam tandas tidak mampu memusnahkan kuman, malah pembersihan dan sanitasi berterusan diperlukan.

"Pendidikan dalam keluarga memainkan peranan penting kerana ramai yang menganggap tandas kurang penting, justeru mereka membuang air besar atau kecil di sungai atau di tempat terbuka," katanya.

Beliau berkata dengan peningkatan penduduk, negara itu memerlukan jumlah tandas awam yang banyak.

ATI ditubuhkan 10 tahun lalu dengan sasaran mendidik rakyat Indonesia mengenai keperluan untuk mengamalkan kebersihan tandas. Organisasi itu akan mengadakan acara sebagai menyambut Hari Tandas Sedunia pada 19 November. – Agensi

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Race quotas, politics led to falling UM standards, says World Bank study

Posted: 17 Oct 2011 06:05 AM PDT

by Leslie Lau Executive Editor The Malaysian Insider Oct 17, 2011 KUALA LUMPUR, Oct 17 — A World Bank publication has found that standards at Universiti Malaya have fallen and the institution has been kept at a disadvantage because of race-based admission quotas and political interference in university management. In contrast, Singapore's decision to prioritise [...]

Malaysian confidence dives as global recovery ends, says survey

Posted: 17 Oct 2011 04:18 AM PDT

By Lee Wei Lian The Malaysian Insider Oct 17, 2011 KUALA LUMPUR, Oct 17 — The largest-ever global survey of finance professionals by the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) shows that all signs of the global economic recovery have disappeared. The confidence level in Malaysia also deteriorated markedly in the survey as out of [...]

Save Kampung Tambatuon

Posted: 17 Oct 2011 01:16 AM PDT

In May this year I visited Kampung Tambatuon at the foothills of Mount Kinabalu and which will be totally drowned in a proposed RM450 million Tambatuon Dam project. Although the proposed Tambatuon Dam had been mooted for two years, there had been no proper and full consultation by the relevant authorities, including the MP for [...]

5 transformation measures for Malaysia

Posted: 17 Oct 2011 01:13 AM PDT

Proposals which would have given meaning to 2012 Budget as a National Transformation Policy The theme of of the 2012 Budget is: "National Transformation Policy: Welfare for the Rakyat, Wellbeing of the Nation." It is supposed to be a very important budget as it is open up a new decade of National Transformation Policy or [...]

Judicial tribunal for AG and Ct of Appeal judge

Posted: 17 Oct 2011 01:06 AM PDT

b) Judicial tribunal into serious allegations of graft and abuse of power against Attorney-General Abdul Ghani Patail In the past few months, many serious allegations of graft and abuse of power had been made against the Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail notably by the former Kuala Lumpur CID Chief Mat Zain Ibrahim in a [...]

Teoh Beng Hock and Sarbaini – victims of MACC

Posted: 17 Oct 2011 12:52 AM PDT

3. Continued degradation instead of restoration of independence, professionalism and integrity of key national institutions in the country. (a) Great flaw of TBH RCI report – failure to affix responsibility for TBH's death on MACC despite evidence galore The Teoh Beng Hock Royal Commission of Inquiry did not contribute to the restoration of public confidence [...]

Political ploy or genuine democratisation?

Posted: 17 Oct 2011 12:35 AM PDT

2. The undemocratic clampdown on July 9 peaceful Bersih 2.0 rally for fair, free and clean elections. Democratic and political transformation must be furthest from the mind of a government which could mount the undemocratic clampdown on the July 9 Bersih 2.0 rally for free, fair and clean elections, launching mass arrests, locking down the [...]

Why Malaysian universities fallen so low in international rankings?

Posted: 17 Oct 2011 12:29 AM PDT

Is Malaysia on the cusp of a major national transformation to restore national unity, achieve excellence and regain international competitiveness after the slew of policy initiatives, like the "1Malaysia, People First, Performance Now" and the impementation of the Government Transformation Programme (GTP) with seven National Key Result Areas (NKRAs), Economic Transformation Programme (ETP) with 12 [...]

Najib’s many firsts in 2012 Budget

Posted: 17 Oct 2011 12:15 AM PDT

Prime Minister-cum-Finance Minister Datuk Seri Najib Razak's 2012 Budget achieved many "firsts" in Malaysian parliamentary and budgetary history. First, it beat all the other 53 budgets since 1957 in being the greatest cornucopia of goodies for votes in the forthcoming 13th general elections to reach out for voter support from a whole swathe of targetted [...]

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Khalid Kurangkan Pembangunan Untuk Kurang Kontroversi

Posted: 16 Oct 2011 09:10 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Manifesto PAS; berita baik untuk seluruh rakyat Terengganu

Posted: 16 Oct 2011 09:02 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Seramai 17,000 rakyat Trengganu yang penganggur dijanjikan dengan peluang pekerjaan sekiranya PAS diberi peluang dan mandat untuk memerintah negeri Terengganu selepas pilihanraya umum yang akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata berdasarkan kajian yang dibuat sebanyak 4% atau 17,000 belia di negeri Terengganu tidak memiliki sebarang pekerjaan.

[Gambar - Tiga tonggak utama kepimpinan PAS Terengganu dari kanan, Pesuruhjaya Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Abdul Rashid]

Katanya, walaupun kadar pengangguran tersebut merupakan kadar yang tertinggi diseluruh negara, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak melakukan apa-apa bagi mneyelesaikan masalah tersebut.

"Orang Terengganu, 4% (atau) 17,000 anak-anak muda tidak ada kerja, kerajaan yang ada sekarang ini tidak buat apa-apa, (bekas Menteri Besar) Dato' Seri Idris Jusoh berjanji 30,000 pekerjaan baru nak diwujudkan, tapi sampai sekarang tak berjaya,"ujarnya.

Menurutnya, sejak Umno/BN merampas kerajaan dari PAS pada tahun , banyak kilang-kilang yang ditutup diantaranya kilang papan lapis Permint Plywood dan Metro Pacific.

Oleh sebab itu, katanya, ramai rakyat Terengganu yang berhijrah ke negeri lain bagi mencari pekerjaan.

Oleh itu, menurutnya, dalam masa tiga tahun pemerintahan PAS berjanji akan mengujudkan 17,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, Terengganu kini terus dibelenggu dengan masalah kemiskinan dengan 15.4% penduduknya masih di bawah paras kemiskinan.

Ia merupakan, jelasnya, kadar kedua 'tercorot' diantara negeri-negeri diseluruh negara.

Katanya, kadar tersebut berbeza, meningkat dua anak tangga kepada nombor empat daripada bawah, ketika PAS memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 hingga tahun 2004.

"Masa kita (PAS) memerintah pada tahun 1999 hingga 2004, nombor dua tercorot (ketika itu) naik dua anak tangga Kita berjaya meningkatkan (mengurangkan) kadar keminskin tidak seteruk seperti sebelumnya ketika Umno memerintah,"jelas Haji Wahid.

Menurutnya, dengan hasil negeri yang banyak melalui wang royalti, PAS akan memperbetulkan 'masalah sosial' itu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu.

Sehubungan itu, katanya, antara usaha yang dijanjikan dalam manifesto PAS adalah, cukai pintu rumah kediaman akan dikecualikan sebegaimana yang dilaksna pada zaman pemerintahan lalu.

Selain itu, menurut Haji Wahid, menggantikan tanah tapak rumah yang diambil oleh kerajaan merupakan pembelaan terhadap rakyat teraniaya juga merupakan agenda yang dijanjikan PAS termasuk dalam 'ngeri berkebajikan'.

Katanya, rakyat menjadi bertambah miskin apabila tanahnya diambil untuk projek-projek pembangunan oleh kerajaan sekiranya tidak diganti semula.

"Pasal isu tanah ini, kita tengok rakyat miskin, dia sudh tidak ada harta (apabila tanahnya diambil) saya beri contoh, di Kampung Gelugor Raja, dia dah janda, suami tak ada, anak ada empat, lima orang,

"apabila kerajaan ambil tanah, walaupun dibayar pampasan, dia (janda itu) nak cari tanah lain (untuk tapak rumah) tak ada (tidak cukup untuk membeli),"katanya.

Oleh yang demikian, menurutnya, PAS akan membuat perancangan suapaya setiap tanah tapak rumah rakyat yang diambil akan diganti semula, di kawasan yang sama.

PAS tunduk pada DAP atau Umno takut pada Gerakan ?

Posted: 16 Oct 2011 01:54 PM PDT

Marang : Seperti meludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri. Begitulah ungkapan yang sangat sesuai bagi menggambarkan keadaan Umno sekarang ini.

Pada satu ketika mereka dengan lantangnya mewar-warkan bahawa PAS berada di bawah telunjuk DAP dalam soal pemerintahan.

Akan tetapi dengan pengakuan dari bos besar mereka sendiri yang mereka tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri di Pulau Pinang menjelaskan segala-galanya.

Mengulas isu ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, hal ini tidak sepatutnya berlaku keatas Umno yang mendakwa mereka adalah parti yang memperjuangkan nasib melayu.

"Dengan mempunyai kerusi majoriti, adalah tidak munasabah yang kerusi Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan. Bukankah ini duduk dibawah telunjuk Gerakan?

Umno kena bertanding semua kerusi di Pulau Pinang, barulah dapat mereka pegang kerusi Ketua Menteri," katanya sinis.

Semalam dalam beberapa laporan dari portal online, Najib didalam ucapan perasmian persidangan nasional parti GERAKAN dilaporkan berkata yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri.

Beliau menyatakan bahawa hal itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Namun kenyataan beliau itu dilihat bertentangan dengan hasrat beberapa pimpinan Umno negeri itu tidak lama dahulu yang mahu semua kerusi Gerakan yang kalah, diserahkan kepada Umno dalam pilihanraya akan datang.

Akan tetapi cadangan pimpinan Umno Pulau Pinang itu kelihatannya seperti hanya untuk mencari publisiti murahan sahaja bagi mendapatkan sokongan orang melayu.

"Jadi apabila kalah, Umno mula bermain dengan isu perkauman. Untuk memperlihatkan yang mereka juara memperjuangkan kaum melayu. Sedangkan semua itu dibelakang kita, berlaku sebaliknya.

Rakyat semua sepatutnya tidak tertipu dengan permainan Umno ini. Itulah sebabnya PAS mesti ganti Umno demi kesejahteraan rakyat semua," ujarnya lagi.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rakyat Mesti Berterima Kasih Pada BN?

Posted: 17 Oct 2011 06:28 AM PDT

Oleh Aspan Alias

Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat.

Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja.

Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus.

Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya UMNO patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan.

Oleh kerana sifat BN yang tidak berterima kasih kepada rakyat itulah yang menyebabkan UMNO dan BN semakin hari semakin lemah. UMNO sudah begitu tidak terurus kerana sokongan rakyat terhadap parti itu sudah berkurangan dengan begitu nyata sekali.

Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan 'warlords' dalam UMNO sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan 'war lords' tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, 'war lords' serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu. Rakyat. Merasa 'fed-up' mendengar pemimpin UMNO macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini.

Sebaliknya mereka salah gunakan kepercayaan rakyat dengan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa dan seterusnya menyalahkan semua pihak yang lain kerana masalah keresahan yang dihadapi rakyat. Bagaimana rakyat hendak berterima kasih kerana sumbangan BN dalam menyusahkan rakyat?

Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula. UMNO patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara 'one-off' yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan. Rakyat sedar seribu ringgit bantuan 'one-off' itu hanya menambah pendapatan rakyat sebanyak RM 2.73 sen sehari dalam setahun itu. Kenaikan pedapatan sebanyak itu tidak akan menjayakan niat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bila hendak bercakap itu elok berfikir dahulu. Rakyat tidak lagi pekak dan bisu seperti anggapan setengah pemimpin kita. Rakyat pun sudah ke sekolah sikit-sikit. Setakat hendak membahagikan RM1000 dengan 365 hari dalam setahun itu sudah boleh sekarang.

Untuk mendapatkan mandat rakyat hanya dibayar RM2.73 sen sehari sahaja bagi tahun 2012. Hebat kan? Untuk itu rakyat mesti berterima ksih kepada BN.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Malaysia Bakal Melewati Batas Hutang Negara

Posted: 17 Oct 2011 12:49 AM PDT

Kenyataan Akhbar

Adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Dato’ Seri Najib Razak menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai “belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat.” Ini membuktikan Dato’ Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.
 
Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Dato’ Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan. Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Dato’ Seri Najib untuk berdebat. Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia.
 
Sewajarnya Dato’ Seri Najib Razak perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut.
 
Kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 ( disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara. Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963( disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.
 
Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal. Amalan ini malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi. Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan. Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan.
 
Oleh itu, wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum.
 
Laporan terkini Bank Negara Malaysia(dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM 437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM 421 ribu juta hutang tempatan dan RM 16 ribu juta hutang luar negara. Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51% dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM 33 ribu juta. Oleh itu berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM 46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.
 
Rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak 5%-6% yang diumumkan Dato’ Seri Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihanrayanya.
 
Oleh itu debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihanraya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara. Akan tetapi sekiranya Dato’ Seri Najib Razak merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minima sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam.
 
 
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
17 OKTOBER 2011  

Malaysia Is On Course To Breach The National Debt Limit

Posted: 17 Oct 2011 12:45 AM PDT

PRESS RELEASE

Dato' Seri Najib Tun Razak's labelling of Pakatan Rakyat's Belanjawan 2012: Kesejahteraan Untuk Semua as a "right-wing Republican budget that failed to address the needs of the people" is uncalled for. This is a clear attempt to deflect from the fundamental issue of poor governance, endemic corruption and BN policies to enrich family members and cronies.
 
The best avenue to discuss economic programs for the rakyat is through a nationally televised debate, which I have proposed since Pakatan Rakyat launched Buku Jingga in December 2010. A public discourse on economic policy contestation between Pakatan Rakyat and his administration will benefit the country, especially at this juncture when our economy is entering an uncharted territory and compounded by his administration's failure to resuscitate the under-performing economy.
 
Dato' Seri Najib should also share the widespread sentiment of concerns over the rising level of national debt, instead of making a mockery of it through BN controlled media.
 
The national debt level is governed by various acts of parliament that impose a debt ceiling for the government. In accordance with Act 637 Loan (Local) Act 1959 (revised 2004) and Act 275 Government Investment Act 1983, the combined loans raised locally should not exceed a ceiling of 55% of the nation's GDP. Act 403 External Loans Act 1963 (revised 1989) limits the external loans exposure to RM35 billion at any particular time.
 
On top of the debt ceiling imposed by the acts, the national treasury also follows strict guidelines to strengthen the fiscal discipline, even before my tenure as the Finance Minister. For example, the proposed operational budget for a particular year should never exceed the revenue projection. Likewise, loans raised by the government should strictly be used for developmental budget.
 
Thus, the public debate on the alarming national debt level has become a legal issue of national significance as Dato' Seri Najib's administration is in serious danger of breaching the national debt ceiling and is complicit to conceal the fact from the public.
 
Bank Negara Malaysia'S latest report (updated 14 October 2011) shows that the national debt stands at RM437 billion for the period ended 30 June 2011, with a breakdown of RM421 billion of local debts and RM16 billion foreign debts. This translates to a 51% local debt-to-GDP ratio as governed by Acts 637 and 275, which allows for approximately RM33 billion additional debt to be raised by the government. This is clearly not adequate to finance the remainder of 2011 expenditure and the RM46 billion deficit to be funded through additional debts announced in Barisan Nasional's Belanjawan 2012.
 
The rakyat is also well aware that the 5%-6% growth projection used in 2012 budget is unrealistic and it is likely that his administration will have to rely heavily on debts to fund his election promises.
 
Therefore, a policy debate on economy has become an urgent necessity against this backdrop of unconvincing economic data and a series of "one-off" election payments to a handful of electoral groups that will not improve the state of the economy. If Dato' Seri Najib is truly convinced that his economic agenda will benefit the rakyat, let him reason it in a public debate including justification for his refusal to implement structural economic changes such as a universal minimum wage for all workers and the dismantling of monopolies in public goods and services.
 
 
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
17 OCOTBER 2011

Don to Dr M: Look Who’s Talking

Posted: 16 Oct 2011 11:21 PM PDT

Malaysiakini

Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

"Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?

"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk "Ehhh….look who’s talking?" menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.

Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

"Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

"Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Kurang ajar

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata Mahathir.

Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

"Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

"Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK)."

Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.

Mahathir, Ezam juga disaman

Sementara itu, Aziz Bari juga berkata akan turut menyaman Dr Mahathir dan bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor berhubung kenyataan mereka yang menyelarnya dalam isu titah Sultan Selangor.

Aziz berkata, perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya Hanipa Maidin.

“Berdasarkan pendapat peguam saya, saya rasa kita perlu masukkan Mahathir sekali, berdasarkan apa yang dikatakannya dan dilaporkan di muka depan Utusan (Malaysia) hari ini.

Aziz berkata, notis tuntutan akan dihantar kepada Dr Mahathir dan Ezam pada bila-bila masa pada minggu ini.

Aziz semalam hanya memutuskan menyaman Utusan kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.

Beza Diantara Bajet BN Dengan Belanjawan Pakatan Rakyat

Posted: 16 Oct 2011 10:23 PM PDT

Merdeka Review

Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang “menjanjikan bulan dan bintang” yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.

Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Bukti-bukti kejujuran Pakatan

Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency Internationaldi Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan “dividen anti-rasuah” yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri.

Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu.

Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan.

Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran.

Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat.

Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN – pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah.

Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri.

BN gagal angkat martabat insan

BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui.

Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya.

Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang.  Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang?  Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat?

Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi.  Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus.

Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah.

Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak.

Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini?  Menurunkan cukai, mengurangkan harga petrol?  Jauh sama sekali.

Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu.

Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat?

Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak?  Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sektor swasta.  Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka?

Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan?  Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN?

Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya.

Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah?  Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal?

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

After What He Did To The Rulers, Dr M Has The Least Right To Rebuke Aziz Bari

Posted: 16 Oct 2011 10:13 PM PDT

Malaysia Chronicle

In what many political pundits termed as one of the greatest ironies and an act of great hypocrisy, former prime minister Mahathir Mohamad has condemed law lecturer Aziz Bari as being ‘kurang ajar’ or rude for questioning the recent decision by the Selangor Sultan over an alleged apostasy and church raid incident.

“It is hypocritical of Mahathir to now defend the Sultans. Who could have been ruder than him and Umno,” opposition MP for Batu Tian Chua toldMalaysia Chronicle.

Aziz, an outspoken and well-respectecd professor at the International Islamic University of Malaysia, had reportedly said that Sultans could be questioned. There had been much unhappiness over the Selangor Ruler’s decision which was deemed unfair by Christian groups.

"In Malay, we call it 'kurang ajar'. Whether it is against the law or not, I do not know, but morally, it is rude," Mahathir told reporters on Sunday.

The former PM was seen to be ‘politicking’. It is a favorite ploy of the ruling Umno-BN coalition to accuse the Pakatan Rakyat, led by Opposition Leader Anwar Ibrahim, of wanting to dismantle the Constitutional Monarchy system in Malaysia and turn the country into a Republic. The Pakatan has denied this and pointed out that its manifesto promises to protect the sanctity of the Rulers.

Selangor Sultan’s controversial ruling

Indeed, although Sultan decreed that no action should be taken against anyone for alleged apostasy, it was because of a lack of ‘legal evidence’. He was also seen to have sided the Umno-linked Selangor Islamic Religious Department or Jais in the decision, where Jais had on August 3 raided a dinner event at the Damansara Utama Methodist Church centre on suspicion Christians were trying to proselytize 12 of the Muslim guests presents.

While clearly indicating, he believed there was such a proselytization attempt but could not gather legal evidence to punish, the Sultan disregarded the fact that Jais dod not have a search warrant. This was why his ruling was criticised by many Malaysians, including Muslims. The entire episode is viewed as a bid by Prime Minister Najib Razak’s Umno party to discredit the Pakatan Rakyat state government and rally Muslim support behind Umno leaders.

As if on cue, a coalition of Muslim NGOs called Himpun was immediately set up to defend the Islamic faith. It now plans to ride on the back of the Sultan’s statement and organise a One Million Muslims gathering on October 22.

“They are also trying to challenge PAS for the Malay-Muslim vote, but I don’t any support for them apart from their own members,” Hatta Ramli, the Kuala Krai MP, told Malaysia Chronicle.

What Mahathir did to the Rulers in the 80s

But above all, the most nonsensical touch in the entire affair must surely be Mahathir’s latest comments against Aziz because the former premier was the man who had whittled away the Rulers’ powers during his tenure as PM from 1981 to 2003. Never trust Umno when they start talking about the Monarchy in Malaysia, is the actual clarion cry of political watchers in the country.

In 1983, Umno under Mahathir’s leadership took on the royalty, launching the first of many maneuvers. Mahathir, then also the Umno president, stepped forward to introduce amendments to the constitution to limit the Agong's or King’s authority over Parliament. The Agong would have to assent to a bill within 15 days of being passed by Parliament and most importantly the amendments would remove the royal power to declare a state of emergency – shifting it from the Agong and to the Prime Minister.

At first, the Agong refused to bend to Mahathir's will and His Majesty was supported by the Sultans, conservative UMNO politicians, a large number in the Malay community and an even larger number from the Chinese community.

But Mahathir had the media on his side and took to the streets, organising mass rallies to show public support was behind him. Ironic that none of these street rallies were illegal nor were they deemed a threat to national security or damaging to the country's economy.

After five months, the two sides reached a compromise with the power to declare Emergency still in the Agong's hands but if a bill was not assented to by the Agong, the bill would be returned to Parliament to be endorsed, which meant that Parliament could over-ride the Agong's veto.

In the 90s

In his second decade in office, Mahathir again found himself battling Malaysia’s royalty. In 1992, the late Sultan Iskandar’s son, a hockey player was suspended from competition for five years for assaulting an opponent. Sultan Iskandar retaliated by pulling all Johor hockey teams out of national competitions. When his decision was criticised by a local coach, Sultan Iskandar ordered him to his Palace and promptly had the coach beaten up.

The federal Parliament unanimously censured Sultan Iskandar, and Mahathir leapt at the opportunity to remove the constitutional protection of the Sultans from civil and criminal suits.

The mainstream media, as usual, backed Mahathir and in an unprecedented development started airing allegations of misconduct by members of Malaysia’s royal families. As the press revealed ‘examples’ of the Rulers’ extravagant wealth, Mahathir resolved to cut financial support to royal households.

Faced with a hostile press and federal government, the Sultans capitulated to the government’s proposals. Their powers to deny assent to bills were further limited by other constitutional amendments passed in 1994.

So it was that after several fell swoops, Mahathir became the country’s ‘uncrowned King’. And along with that, UMNO effectively gained control over the royals – imposing its grip over the authority of the Agong.

Fitnah II: Pendakwa Mahu Panggil 4 Saksi Balas

Posted: 16 Oct 2011 08:23 PM PDT

Keadilan Daily

Kes Fitnah II yang kini di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bersambung semula hari ini dengan pendakwa raya memohon memanggil empat saksi balas (rebuttal witness) mereka untuk memberi keterangan.

Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden dijangka berbuat demikian untuk membidas keterangan pakar tulang belakang Jerman, Dr Thomas Hoogland, yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Pada perbicaraan sebelum ini, Dr Hoogland mengesahkan Anwar masih lagi menderita sakit tulang belakang yang mengehadkan pergerakannya.

Beliau juga mengesahkan Anwar tidak mampu untuk membongkok dan berlutut di atas lantai tanpa mengalami kesakitan teruk, sekaligus membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak melakukan aksi fitnah seperti yang didakwa pengadu,
pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam untuk mengeluarkan sepina terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak danisterinya, Datin Seri Rosmah mansor sebagai saksi dalam kes itu.

Keputusan itu dibuat hakim Zabidin Mohamad Diah, meskipun jelas Saiful ada menemui perdana menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Peguambela juga pada minggu lalu memilih untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof memberi keterangan kerana menganggap ia sudah tidak lagi relevan.

Berikut kronologi perbicaraan hari ini:

8.49 pagi: Pendakwa raya yang diketuai peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden berada di bilik mahkamah Jalan Duta

9.05 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah kelihatan tiba di perkarangan mahkamah.

9.22 pagi: Peguam Anwar, Karpal Singh tiba. Terdapat kira-kira 50 orang di galeri awam termasuk wartawan.

9.39 pagi: Kedua pihak dilihat masuk ke kamar hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah dna dilihat keluar semula.

9.58 pagi: Anwar dan peguamnya dilihat berbincang sesuatu.

10.38 pagi: Hakim Zabidin memulakan prosiding.

10.40 pagi: Yusof berkata terdapat isu yang dibawa oleh saksi ke tujuh peguam, Hoogland yang memberi keterangan terhadap tahap fizikal Anwar. Berikutan itu katanya, pihaknya akan memohon untuk memanggil saksi balas.

Karpal berkata pihaknya tidak ada bantahan, tetapi ia tertakluk kepada bukti peraturan.

10.42 pagi: Yusof berkata terdapat empat saksi balas yang akan dikemukakan yang akan disoal oleh DPP Nordin Hassan. Hakim Zabidin akan mendengar keterangan mereka esok.

10.48: Mahkamah ditangguhkan.

MACC’s Outrageous Spending: RM90k For Vanezis, RM150k For Shafee

Posted: 16 Oct 2011 10:30 AM PDT

Malaysia Chronicle

Malaysia has had several high profile corruption cases in recent months brought to the public’s eye. Ironically, in cases like the Scorpenes scandal and the Ananda Krishnan India investigations, these corruption cases are being investigated by foreign agencies. It is embarrassing to think that the Malaysian counterpart to these foreign corruption-busting agencies is slow and inattentive to act on its own homeground.

Although outfitted with a new mandate in 2008, the Malaysian Anti-Corruption Commission has little fruit to show although its annual allocation from the national budget has been steadily increased over the years. With an increasing budget, why is it that the MACC has such poor showing when it comes to solving corruption cases and bringing the perpetrators to justice?

Outrageous spending

The Teoh Beng Hock case highlights the rather illogical use of public funds to help protect and justify the role of MACC in investigating corruption cases. Since 2008, MACC has had two deaths within its compound and involving individuals under its watch. Teoh Beng Hock was one such person who met his death after a bout of questionable interrogation in the MACC offices. The other was senior Customs director Ahmad Sarbaini.

The subsequent Royal Commission of Inquiry into Beng Hock's death saw the MACC defending itself and washing its hands off the case, refusing to take an ounce of responsibility for its misconduct.

Compare this against Thai forensic expert Dr Pornthip Rojanasunand. She came to Malaysia 4 times to testify in the coroner's court and the RCI. She also participated in the 2nd autopsy on Teoh Beng Hock’s remains. For all her efforts, she did not charge a single cent for her professional services because she is driven by her conscience.

Both Karpal Singh and Gobind Singh have been fighting on behalf of the Teoh family in court since 2009, from the coroner's court to the current ongoing appeal and judicial review – a period of three long, painstaking years. The father-and-son team is also fighting for justice for the Teoh family on a completely pro-bono basis.

Contrast this with the amount of money the MACC used on bringing in experts like the famous forensic expert from England, Peter Vanezis, and Muhamad Shafee Abdullah, a prominent Umno lawyer, to represent the agency.

According to a written reply from the Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz to Teo Nie Ching, MP for Serdang, the total expenditure incurred by MACC for Peter Vanezis, including air fare, accommodation, food and beverage, transportation and professional fees, amounted to RM90,680; whereas the professional fees paid to Muhamad Shafee Abdullah was RM150,000. Is this not outrageous?

Biggest joke is that it is the worst performer in the region

For 2012, MACC's federal allocation has been increased to RM211 million, so spending the above amount of money on experts may not be a big deal. Yet, why did the MACC spend so much when the Dr Pornthip came four times for free and Karpal Singh could work pro-bono?

The best joke of all is that despite having such huge resources to fund its way, MACC's success rate pales in comparison with its various counterparts in other ASEAN countries. MACC’s conviction rate is 73%, compared to Indonesia’s 100%, Singapore’s 85% and Hong Kong’s 95%. It is clear that with such high expenses, MACC returns a pretty poor yield on investment by the government and people of Malaysia.

Despite getting increased allocations to fund costly experts flying in to represent them and installing the latest equipment at their offices, MACC has little to show in terms of increased efficiency and results. It looks like MACC is all talk, a big spender but poor performer unable to justify the amounts allocated to it.

Pumping more money into a venture with little return makes poor business sense. And this can be said about the MACC. The Malaysian public should demand that the agency be made accountable to the nation for abusing public funds. It would be the biggest irony if the very agency set up to rid Malaysia of corruption is itself corrupted by the overly generous budget set aside for it.

DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


Gelanggang Sepak Takraw

Posted: 16 Oct 2011 06:00 PM PDT

Gelanggang Futsal

Posted: 16 Oct 2011 06:47 AM PDT

Deepavali

Posted: 16 Oct 2011 06:37 AM PDT

Rumah Miskin

Posted: 16 Oct 2011 06:31 AM PDT

Nuffnang