Selasa, 4 Oktober 2011

the Chamber of Canning... 您的委托, 您的声音!

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Al-Fatihah Adun Johol Meninggal Dunia

Posted: 03 Oct 2011 06:35 PM PDT

ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi.

Menurut Berita Harian Online, allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Jenazahnya dijadual dikebumikan di Johol selepas solat Zuhur nanti.

Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan undangan Negeri telah melalui tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

http://malaysiakini.com/news/177638

Untuk rekod, keputusan PRU-ke 12

N19 JOHOL
Jumlah Pengundi: 8,653
Peratusan Kaum: M: 72.1% C: 21.5% I: 6.3% L: 0.07%
1. Datuk Roslan Md. Yusof (BN) (3,737)
2. Kamarudin Md. Tahir (Pas) (2,474)
Majoriti: 1,263
Jumlah undi: 6,437
Peratus mengundi: 74.39%
Undi rosak: 226
Penyandang: Roslan Md. Yusof (BN)
(Majoriti: 2,359 undi)

Isnin, 3 Oktober 2011

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


RM2m spent on 11,000 cops to stop Bersih rally, Parliament told

Posted: 03 Oct 2011 08:32 PM PDT

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


NAPE TAKUT?

Posted: 03 Oct 2011 03:48 AM PDT

(Jah..jam Omega aku mana dar..)
Salam 2 all.

Teman heran dengan golongan yang takut sangat hudud dilaksanakan. Yang nak dihukum tu penjenayah. Yang patut takut ialah penjenayah, bakal penjenayah, dan yang sewaktu dengannya. Yang beriya-iya fitnah kata hudud zalim, nanti yang kapior kena penjara je yang Muslim kena potong tangan, nanti ramai orang Islam cacat! Ni cakap apa ni. Yang nak kena potong tangan pun penyangak, yang nak cacat pun penyamun. Apa yang dok gabrah teruk sangat, teman pun naik tak paham!

Lagipun, hudud hanya membabitkan enam kesalahan sahaja iaitu:

1. murtad,
2. mencuri,
3. merompak,
4. berzina,
5. qazaf,
6. minum arak (atau yang memabukkan).

Islam membawa mesej keamanan. Islam memelihara, memartabatkan dan menjaga aqidah, maruah diri, harta, keturunan dan lain-lain.

Islam tidak memaksa seseorang memeluk atau menjadi Muslim. Tetapi apabila seseorang telah menjadi warga Islam, dia tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Islam. Sebagaimana Malaysia tidak memaksa sesiapa menjadi warganegaranya. Tetapi bila seseorang memilih untuk menjadi warganegara Malaysia, dia tertakluk kepada undang-undang dan peraturan di Malaysia.

Walaupun kalau ditempat lain ianya bukan kesalahan, tetapi kalau di Malaysia salah, maka dia perlu diadili dan dihukum mengikut undang-undang Malaysia. Contohnya homoseksualiti, homoliwati dan lesbianisma. Di Amerika, Belanda dan disesetengah negara, homoseksualiti dan lesbianisma dibenarkan, malah ianya cara hidup yang diterima. Di Malaysia ianya satu kesalahan jenayah, boleh dihukum dengan 20 tahun penjara dan sebatan. Mike warga Malaysia, mike terima padahnya. Mike orang Islam, mike tertakluk kepada undang-undang Islam! Period!!!

Dan Islam adalah agama iman, keyakinan, faith! Tidak timbul soal diskriminasi, konon kalau dua-dua mencuri, yang Islam kena potong tangan, yang kafir masuk penjara. Betul..tetapi yang kafir bukan sahaja masuk penjara didunia, TETAPI kelak nanti akan dibakar di neraka abadan-abada, kekal selama-lamanya di akhirat. Bagi yang Muslim hukuman itu suatu kifarah baginya, dan insyallah dengan rahmat ALLAH, akhirnya nanti dimasukkan ke syurga (selagi imannya sah). Ini soal kepercayaan, soal iman. Kat mana yang diskriminasinya?

Sebenarnya polemik perlaksanaan hudud ini kerana umat Islam sendiri bercelaru. Dan yang paling malang isu hudud ini dijadikan sandiwara dan drama politik. Sekadar meraih undi, demi memenuhi nafsu ingin berkuasa. Maka akhirnya diperkotak-katikkan hudud. Kejap nak hudud, kejap nak tangguh. Kejap nak negara Islam, kejap tak jumpa negara Islam dalam Quran. Depan kaum sendiri berdegar-degar hentak meja laungan mahukan hudud, depan kapir menikus kecut! Konon nak hudud, tapi bila kena batang hidung sendiri, macam-macam alasan. Saksi tak cukuplah, video besi takde mulut telingalah, tak boleh sumpah mubahalah lah, dan macam-macam lagi lawak senarion diperlakunkan. Akhirnya yang jadi mangsa Islam, yang dihina syariat Islam! Sehingga umat dan rakyat hilang keyakinan, timbul keraguan dengan perlaksanaan hukum ALLAH ini!

Dah berpuluh tahun memerintah, mana prasarana nak laksanakan hudud? Mana para hakimnya, mana peguamnya, mana Mahkamahnya, mana penyiasat syari'enya, mana pendakwanya, mana penguatkuasanya, mana pelaksana hukumnya, mana rotannya, mana tukang rotannya, mana tukang pancungnya, mana pedangnya, mana tukang potong tangan dan kakinya? Ni semua perlu disediakan. Takkan nak salahkan orang juga? Puluhan tahun dok kat kerusi tu buat apa?

Dah buat ke penerangan? Rakyat sudah diberi penjelasan ke? Rakyat sudah diberi peluang menentukan ke? Sudah mantap ke pembangunannya? Api air dah diberi kepada semua rakyat ke? Kemiskinan sudah ditangani ke? Rakyat semua cukup makan ke? Ekonomi rakyat sudah diperkasakan ke? Pelajaran dan pendidikan sudah lengkap? Perkhidmatan kesihatan dan sempurna ke?

Kita masih dengar rakyat tidak ada rumah! Kita mendapat berita rakyat masih ada yang tak cukup makan! Kita melihat ada rakyat yang masih merempat! Kita tengok rakyat masih ada yang menagih simpati untuk mendapat rawatan dan ke hospital! Kita tengok ada anak-anak yang masih tak bersekolah! Kita tahu ada rakyat yang membaca dan menulis pun dok terketor-ketor lagi yop!

Dan yang paling penting, umat Islam sendiri dah bersatu ke? Sebenarnya bukan susah sangat nak buat undang-undang hudud ni. Tak perlu pinda Perlembagaan pun. Artkel 74 dan Jadual 9 Senarai II cukup jelas. Dewan Undangan Negeri mempunyai bidangkuasa mutlak untuk menggubal apa-apa undang-undang berkaitan kesalahan syari'e. Murtad, mencuri, merompak, berzina, memfitnah dan minum arak - ini adalah jelas kesalahan syari'e, kesalahan hudud. DAN INI SEMUA KUASA KERAJAAN NEGERI UNTUK BUAT! KERAJAAN PERSEKUTUAN TAK BOLEH BUAT APA PUN! KALAU DIA NAK BUAT PUN EKRAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK BOLEH LAKSANAKAN HUDUD! INI HAK NEGERI! IN I TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI!

Cuma yang perlu ialah Parlimen meminda bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk meningkatkan hukuman, daripada penjara 3 bulan, denda RM5,000-00 atau sebat 6 kali (Formula 356) kepada hudud. Pinda sahaja Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (sila rujuk artikel teman sebelum ini serta ususl-usul Parlimen).

Nak pinda Akta ini hanya perlu majoriti mudah, iaitu 112 Ahli Parlimen menyokong.
Ahli Parlimen Islam berbangsa Melayu dari semua parti dan tidak berparti, UMNO, PAS, PKR dan Bebas, ada 132 orang, dah lebih daripada cukup.

Jangan kata pinda undang-undang untuk buat hudud, umat Islam di Malaysia ni dah boleh bentuk Kerajaan sendiri pun!


Tapi malang, umat Islam bangsa Melayu ni: Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat - tapi gagal menjadi Satu Umat!? Kenapa? Mengapa?


Malang sekali kita mendengar respon pemimpin umat Islam bangsa Melayu bila hudud nak dilaksanakan. Negeri tu dengan negeri ni tak sama lah! Kena rujuk dan dapat persetujuan rakan kafir harbi lah! Dah sign agreement takkan buat hudud lah! Belum tiba masanya! Kita hidup berbilang kaum lah! Komposisi kaum tak membenarkannya lah! Macam-macam alasan dan helah dikemukakan. Semuanya menuju kepada satu rumusan - umat Islam bangsa Melayu kini bergantung kepada persetujuan dan kebenaran kafir untuk melaksanakan undang-undang dan cara hidup Islam, agamanya sendiri! Tak pelik gila namanya tu yop?

Sedangkan kalau tanya kaum kafir, kalau hartanya dirompak, anak gadisnya dirogol depan mata, pemandu mabuk langgar keluarganya sampai mati rentung, apa hukuman yang dia akan berikan jika berpeluang menghukum penjenayah itu? Toksah cakap jauh lah yop, silap-silap si kafir tu lagi brutal daripada kita, mau dikerat lapan belas simamat tu, lepas tu rebus penjenayah tu buat sup campur khinzir lagi untuk buat kuah makan dengan bak kut teh!

Apa yang penting sekarang ialah umat Islam mesti bersatu, tidak kira apa fahaman politik, demi untuk memartabatkan agamanya, dan memperkasa umatnya. Dengan kesatuan yang mantap dan kukuh, berdasarkan kepada aqidah yang satu, kita mampu melaksanakan apa sahaja suruhan dan perintah ALLAH. Dan kita boleh tunjukkan dan buktikan keadilan Islam, sebagaimana yang telah terbukti ribuan tahun dalam sejarah ketamadunan kemanusiaan.

Dan kita umat Islam berhak untuk melaksanakan dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Ini kerana Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas - tiap warganegara BERHAK mengamalkan dan melaksanakan ajaran agamanya. Islam mewajibkan hudud. Maka tanggungjawab 'ain kepada tiap individu umat Islam yang taklif untuk melaksanakan perintah ALLAH, yang dibenarkan dan diberi-hak oleh Perlembagaan Persekutuan!

Pokok pangkal, sudah bersediakah umat Islam bangsa Melayu mengorak langkah untuk bersatu dibawah satu aqidah? Satu Tuhan! Satu Nabi! Satu Kitab! Satu Kiblat! DAN menjadi Satu Umat! Atau kita masih mahu meneruskan hidup dibawah "naungan ketiak kafir"? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

SATU SOALAN MIKE KENA TANYA YOP: MIKE TAKUT DENGAN KAFIR KE, ATAU MIKE TAKUT DENGAN ALLAH?! NAPE MIKE TAKUT SANGAT DENGAN KAPIOR NI YOP? DAN NAPE MIKE TAK TAKUT LANGSUNG KEPADA ALLAH?!


Adios amigos, grasias senor!

MENDIRIKAN NEGARA ISLAM ITU WAJIB!
MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM ITU WAJIB!
BERJIHAD ITU JUGA SATU KEWAJIBAN!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Zul Qaedah 1432
03 Okt 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Melimpahkan Kasih Sayang Pada Keluarga Dan Rakan

Posted: 03 Oct 2011 04:18 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Does MCA support for more women representation in the parliament?

Posted: 03 Oct 2011 03:14 AM PDT

English translation of my column article which originally published in China Press on Oct 4.

MCA Youth annual general meeting is traditionally a male dominated event. However, that tradition has been reversed with the participation of a number of good looking young female members which quickly caught the attention and focus of the media.

For political parties and NGO, emergence of youth wing and participation of both sexes is an irreversible development. The existence of women wing is to provide a platform for females to develop and express themselves in a male dominated society. Once gender equality is achieved, abolition of women’s wing is just a matter of time. Another way of looking at it is the reasons for establishing separate women branches is obsolete as women is sufficiently capable of competing with men on the same platform.

The emergence of these female MCA youth members raised some questions as some quarter wondered if these attractive looking lass really understand politics hence their participation or they are just merely there to window dress the occasion.

I prefer to view this development on the optimistic side. After all, the equation of “ample bosom empty brain” or “pretty lady = window dressing vase”  is an alpha male prejudice against the fairer sex. You can’t accuse people of lacking in substance just because she is born pretty or good at grooming. After all, vanity is nature instinct and grooming to look pretty is a right.

(More......)

【念念有辞】国会需要女性声音

Posted: 03 Oct 2011 03:09 AM PDT

Article published on the Website of Chinese newspaper Chinapress.com.my

向来充满阳刚气味的马青代表大会,上星期六却一反传统,第一次出现女青年党员的出席与参与。一群漂亮美眉十分抢眼,很快就吸引了媒体的目光和报导。

不论是政党或者民间组织,青年团体让两性共同参与是大势所趋。妇女组的存在是为了在男权社会为女性提供成长和发挥的平台。一旦男女日趋平等,妇女组的废除只是时间的问题。或者可以这么说,妇女组设立的初衷就是为了走入历史,因为这意味它已完成了为女性另辟跑道的历史责任,女性已有足够的能力和男性在同一个平台公平竞争。

女马青党员的出现也引发了些许质疑,有人质疑这些穿着打扮吸晴的年青女性是否真的了解政治?又或者只是为大会现场粉刷橱窗的花瓶?

对于这种质疑我倒是愿意带着乐观的态度观望。说到底,“胸大=无脑”或者“美女=花瓶”也是男性社会对女性的一种偏见。不能因为对方长得漂亮懂得打扮就觉得人家一定没有内涵。毕竟爱美可是人的天性,扮美更是一种权利。

不过,开放门户让女性加入终究是象征意义大于实际作用。要提升女性的地位,靠的不是全场起立鼓掌的入场式,增加女性的代表权才是王道。马华妇女组主席尤绰韬在妇女组中央代表大会上以女性候选人更占优势的理由提出委派更多妇女组上阵的要求,可惜却被马华总秘书江作汉当面否决,泼了一身冷水。

(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


HUDUD SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA

Posted: 03 Oct 2011 03:35 AM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menggesa seluruh ahli agama dan rakyat yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.

Katanya, Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini

"Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan stabil dan harmoni.

"Saya juga menyeru ahli Umno dan ahli Parlimen Umno yang beragama Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat Kerajaan Negeri Kelantan ini, insya Allah, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa menolong agama-Nya.

"Ingat, ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT," tambah beliau lagi.

Jelasnya, undang-undang hudud datangnya daripada Allah SWT, iaitu Tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.

Tambahnya, apabila ianya datang daripada Allah SWT, maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat.

"Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia.

"Jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti keadilan undang-undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia," ujar beliau lagi.(harakahdaily)

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics


Comment on Pusat Dialisis Rakyat Taman Medan by irfan

Posted: 03 Oct 2011 07:22 AM PDT

salam,ada jawatan kosong sebagai jururawat terlatih di pusat dialisis rakyat,saya baru graduan dari bukit merah laketown nursing college.saya sudah pn lulus lembga jururawat malaysia ,ni no telefon saya 019-4274792

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Pesta Tanglung DUN Chempaka bertempat di Pandan Indah Town Park 1/10/2011.

Posted: 03 Oct 2011 08:07 AM PDT

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Cabinet must say “NO” to Tony by Sidek

Posted: 03 Oct 2011 06:45 AM PDT

It is a great wonder that every now and then an idiiot is electd to occupy an important position. I am talking about the newly crown head of MAS. MAS is a national institution. Only an imbecile would allow it to be convinced by the share swap. How could you ever trust it. Hope the PM with his no frills mission stop this takeover of MAS by a much smaller operator and pay for his whims and fancies. It only shows how the Malays can be taken for a ride by a … , which has been the case throughout Malaysia’s history. Hope the PM has the time to read this.

Note: Have made some minor editions to avoid unnecessary problems.

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 03 Oct 2011 03:06 AM PDT

Kepada Penduduk-Penduduk Sekitar Bazar Larut Malam Danau Kota, Wangsa Maju.

Aduan Kacau Ganggu Oleh Bazar Larut Malam Danau Kota.

Merujuk kepada Mesyuarat Bersama Antara Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 25.8.2011, pihak Datuk Bandar bersetuju mengekalkan kepautusan untuk memindahkan Bazar Larut Malam Danau Kota ke kawasan yang lebih sesuai dan jauh daripada rumah kediaman.

Walaubagaimana pun pihak DBKL melalui Yg Bhg Hj Mhd Amin Nordin B Abd Aziz, memaklumkan kepada mesyuarat bahawa pihak DBKL sedang dalam proses membuat bancian terhadap peniaga-peniaga yang terlibat dalam proses pemindahan aktiviti-aktiviti Bazar Larut Malam tersebut.

Sehubungan dengan itu pihak Datuk Hj Mhd Amin telah meminta tempoh sehingga akhir bulan September 2011 bagi mengumpulkan maklumat daripada kajian bancian.

Dan hari ini pihak kami telah menulis surat rasmi kepada pejabat Datuk Hj Mhd Amin supaya memaklumkan kepada pihak kami apakah keputusan daripada hasil bancian tersebut. Dan juga meminta pihak DBKL menyatakan bila kah tindakan memindahkan aktiviti-aktiviti Bazar Larut Malam berkenaan akan di pindahkan ke kawasan lebih jauh dari rumah kediaman.

Pihak kami akan memaklumkan kepada penduduk-penduduk sekiranya pihak kami telah mendapat sebarang jawapan atau maklum balas daripada pejabat Datuk Hj Mhd Amin Nordin berkaitan dengan isu yang dinyatakan di atas.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 03 Oct 2011 02:35 AM PDT

Mr John Dan Penduduk-Penduduk Di Desa Setapak.

Aduan Ganggu Kacau Pasar Pagi Di Desa Setapak.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami juga hari ini telah menghubungi Tuan Ibrahim B Yusuf,Timbalan Pengarah Jabatan Pemudahcara Dan Pengurusan Penjaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dimana beliau menyatakan bahawa masalah pasar pagi tersebut sedang diambil tindakan oleh Jabatan berkenaan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan pada 4.8.2011.

Tuan Ibrahim juga menyatakan bahawa pihak Jabatan beliau sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai dan tidak menganggu kepada penduduk-penduduk sekitar. Selain daripada itu beliau telah meminta masa selama satu bulan bagi memindahkan kesemua peniaga pasar pagi tersebut ke kawasan yang jauh daripada tempat kediaman.

Pihak kami berharap pihak DBKL akan memindahkan pasar pasar tersebut dalam masa satu bulan sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim. Pihak kami juga telah menulis surat rasmi kepada Jabatan berkenaan bagi mengesahkan percakapan tersebut.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Tan Sri Nor Yacop & Azman Mokhtar: Wake up & learn from Tan Sri Abdul Aziz by ...Benci Ketidaktelusan dan Penganayaan...

Posted: 02 Oct 2011 11:07 PM PDT

TF said what is he doing now is for Malaysia…

i think he MUST change the AirAsia stewardesses’ dress first before talking about Malaysia…

And learn how to speak Bahasa Malaysia…

tunjuk sikit patriotik…kalau tak jangan cakap pasal Malaysia…

Comment on Tan Sri Nor Yacop & Azman Mokhtar: Wake up & learn from Tan Sri Abdul Aziz by az

Posted: 02 Oct 2011 10:23 PM PDT

Just wonder why PM and the rest Ministers/cabinets not taking this as serious national issues. And all the Stooges involved they are not stupid as claimed, but they are opportunists and terminator in character due to ‘sikap tak sayangkan negara’ ‘penting diri sendiri’ as long as their pockets full and swollen…Not honest, not trustworthy,No God fear broods,kesian their parents with sins done by them…shame with all the titles honoured tansris la, dato seri la,datuk la,..

Comment on MAS Union to send letter to PM to oppose the secret MAS-AirAsia share swap by kamarudin

Posted: 02 Oct 2011 10:13 PM PDT

Berdua-dua masih nak Bina walaupun tak Fikir. Padan muka QPR kena 6 – 0. RM18 juta untuk sponsor home jersey membazirkan wang MAS sahaja. Inilah cara mereka Bina MAS.

Comment on MAS Union to send letter to PM to oppose the secret MAS-AirAsia share swap by Bukangraduatedari Cambridge

Posted: 02 Oct 2011 08:35 PM PDT

QPR just got whacked 6 – 0 last night. Serve it right to MAS and AA

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 02 Oct 2011 07:53 PM PDT

MrJohn Dan Penduduk-Penduduk Di Desa Setapak.

Ganggu Kacau oleh Aktiviti-Aktiviti Pasar Pagi.

Merujuk kepada masalah pasar pagi tersebut, pihak kami telah mencuba untuk mengatasi masalah pasar pagi ini mengikut saluran yang sedia ada. Pada 4.8.2011 atas desakan berterusan oleh pejabat kami maka pihak DBKL telah pun mengeluarkan notis pindah kepada peniaga-peniaga terlibat.

Pihak kami sentiasa memantau perkara tersebut dan hari ini pihak kami sekali lagi telah menghubungi pihak DBKL Wangsa Maju, pihak kami dimaklumkan masih menunggu tindakan selanjutnya dari Jabatan Penjaja.

Walaubagaimana pun pihak kami telah sekali lagi menulis surat rasmi kepada Jabatan Penjaja bagi mendesak mereka supaya diambil tindakan segera bagi memindahkan pasar pagi ke tempat yang sesuai dalam masa terdekat ini. Kami akan follow up perkara ini. Kami berharap perkara ini boleh diselesaikan dalam masa terdekat.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by John

Posted: 02 Oct 2011 07:39 AM PDT

JOHN
Taman Desa Setapak

To YB Wee Choo Keong and Mr Yaacob

Any news from DBKL regarding the Desa Setapak Morning Market? I hate to sound like I'm urging here, but from what I can see, it has no different compared with March when I first file the complaint, besides their number is getting bigger. Apparently the relocation notice given by DBKL is just another perfunctory act done by DBKL.

The DBKL guys still come everyday to collect his "rental" rightfully, and I think this is the root of the problem. It is why this market exists at the first place and why they don't want to take action after that. The actual problem is in DBKL, their corruption culture.

Obviously what you and Mr Yaacob have been doing for 6 months is not working, half a year should be enough to show that. Please don't take this personally, I do appreciate all your efforts so far, but I'm trying to make a point here that perhaps it is now time for you to try a different approach.

Again, can something drastic and harsh be done by MP on DBKL for not doing their job? or DBKL has the full authority in deciding what to do and MP is just reporting problem from residents? I don't know, but I believe the answer is not the latter.

Can this thing be taken to a higher authority and tell them that DBKL is having deliberate negligence for their personal interest?

How much longer it needs to take? Can this whole thing be settled before GE13?

Thank you

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


GOTONG ROYONG SIAPKAN RUMAH BERSAMA KELAB KSBS.

Posted: 03 Oct 2011 12:37 AM PDT



Kg. Kota Bukit, 29 September 2011 (Jumaat) - YB. Cikgu Yahya turun gotong royong siapkan rumah bersama Kelab Sukarelawan Belia Daerah Sik KSBS. Turut serta dalam gotong royong tersebut Ketua Kampung MKK dan penduduk-penduduk setempat bagi menyiapkan sebuah rumah seorang penduduk dhaif. Sumbangan oleh YB. Cikgu Yahya untuk membeli peralatan dan bahan-bahan pembinaan rumah.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Media View : Adakah Isu SJKT Gunung Rapat Telah Dibawakan Kepada Kerajaan Negeri? (MAKKAL OSAI 11SEPT11)

Posted: 03 Oct 2011 12:28 AM PDT

Media View : HIMPUNAN AMAN DI SJK(T) GUNUNG RAPAT - MAHU TANAH BARU (MAKKAL OSAI 03OKT11)

Posted: 03 Oct 2011 12:11 AM PDT

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


砂政府禁入境犹如藩王,纳吉一个大马理念破功

Posted: 03 Oct 2011 09:39 AM PDT

Khalid Samad

Khalid Samad


Video: Negara Berkebajikan and Buku Jingga

Posted: 03 Oct 2011 06:48 AM PDT



Video courtesy of The Malaysian Digest
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Hudud and Heroes of Independence

Posted: 03 Oct 2011 06:24 AM PDT



Video courtesy of The Malaysian Digest
-Pejabat YB Khalid Samad-

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Press freedom, a la MCA

Posted: 03 Oct 2011 03:42 AM PDT

by Thomas Lee Seng Hock COMMENT MCA president Chua Soi Lek has declared that his party wants the current restrictive and oppressive Printing Presses and Publications Act scrapped, to keep up with the increasing public demands for more openness and freedom of expression. Chua said at the recently concluded 58th MCA annual general assembly that [...]

DAP supports PSC on Electoral Reforms with reservations

Posted: 03 Oct 2011 12:32 AM PDT

The DAP welcomes the setting up of this Parliamentary Select Committee on Electoral Reforms though we have many doubts and reservations. Since 70s in Parliament, DAP MPs had been calling for free, fair and clean general elections, making proposals such as the following: • a clean, honest and comprehensive electoral list where every eligible voter [...]

Malaysia in the Era of Globalization #84

Posted: 02 Oct 2011 07:38 PM PDT

By M. Bakri Musa Chapter 10: Freedom, Justice, and the Law Society and Individuals Society and individual may be the two sides of the same coin; nonetheless our attitude or more importantly the attitude of those in power as to which side to be viewed first, involves more than just a simple toss of the [...]

A vote for Najib is a vote for…

Posted: 02 Oct 2011 11:00 AM PDT

— Tan Teck Huat The Malaysian Insider Oct 02, 2011 OCT 2 — … Utusan Malaysia, The Star, News Sraits Times and other propaganda papers. Today I made the colossal mistake of reading that MCA-owned ragsheet, The Star. Under the pretence of caring about the future of Malaysia, they went on and on about hudud [...]

Islam untuk semua

Islam untuk semua


Tun_Telanai: INTERNET, TELEFON BIMBIT DAN MESIN FAKSIMILI SENJATA JATUHKAN DIKTATOR#links#links#links#links#links

Posted: 03 Oct 2011 02:21 AM PDT

Nuffnang