Isnin, 12 September 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kontrak Untuk Semua, Selangor Mahu Keluarkan Lesen Kontraktor

Posted: 12 Sep 2011 02:04 AM PDT

SHAH ALAM 12 SEPT : Kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan sendiri lesen kontraktor Kelas F bagi memastikan setiap kontraktor di negeri Selangor mendapat peluang yang sama rata dalam mendapatkan projek-projek pembangunan dinegeri ini.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, pengeluaran lesen kontraktor itu akan merangkumi bumiputera dan bukan bumiputera.

"Sekarang di Selangor akan ada lesen Kelas F untuk semua kontraktor. Saya telah mencadangkan perkara ini pada mesyuarat exco tertutup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam sebuah forum anjuran Persatuan Perniagaan India Malaysia (MIBA) baru- baru ini.

Forum berjudul 'Pertempuran Memenangi Hati Dan Undi Masyarakat India' itu mengumpulkan ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, ahli akademik, masyarakat sivil dan ahli perniagaan.

Dr Xavier juga berkata, cadangan untuk mengeluarkan lesen kontraktor itu adalah untuk membuktikan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telus dan tidak mendiskriminasikan mana- mana kaum dalam mendapatkan kontrak kerajaan negeri.

Berpegang kepada prinsip "kontrak adalah untuk semua", Dr Xavier berkata cadangan ini akan mewujudkan persaingan sihat dikalangan kontarktor untuk membida kontrak pembangunan kerajaan negeri.

Beliau menambah, meskipun cadangan itu berdepan dengan banyak rintangan diperingkat persekutuan, namun sekurang- kurangnya ia diluluskan diperingkat kerajaan negeri.

Sehingga kini, Dr Xavier menjelaskan beberapa projek besar telah pun ditenderkan oleh kerajaan negeri Selangor. Antaranya, projek pemuliharaan Sungai Klang dan skim perumahaan dan pembangunan bandar campuran di Tanjung Dua Belas, Bukit Beruntung dan Ijok.


Sumber: TVSNEWS

Nasib Pemandu Teksi Selangor, Kuala Lumpur Bakal Terbela

Posted: 10 Sep 2011 12:45 AM PDT

KLANG 10 SEPT: Keperitan hidup yang dialami pemandu-pemandu teksi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terbeban sejak sekian lama akibat eksploitasi golongan yang tidak bertanggungjawab bakal menemui titik noktah apabila Pakatan Rakyat akan membawakan suara mereka ke parlimen bulan hadapan.  

Lanjutan daripada Forum Teksi Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur yang diadakan pada penghujung Julai lalu di Dewan Sivik MBPJ, hari ini mereka berkumpul dengan penuh semangat untuk memperjuang kebajikan mereka.

Menurut Exco Selangor, Ronnie Liu, parlimen adalah medium paling tepat untuk pemandu-pemandu teksi menyuarakan kegusaran dan segala masalah yang dihadapi mereka selama ini.

"Saya bercadang agar persatuan pemandu teksi di bawah penasihat dan pengerusinya untuk membuat satu memorandum lengkap dengan 10 resolusi ke parlimen agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh membawa suara anda ke palimen,"kata Ronnie.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur di Berkeley Corner Restaurant, Klang hari ini.

Forum Teksi Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur yang diadakan pada 31 Julai 2011 yang lalu di Dewan Sivik MBPJ adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang sudah lama dihadapi oleh kebanyakan pemandu teksi di Malaysia serta sebarang eksploitasi terhadap mereka. 

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri forum tersebut komited untuk membawa 10 resolusi penyelesaian masalah para pemandu teksi yang telahpun didrafkan oleh persatuan tersebut.

Antaranya adalah peruntukan PERKESO serta faedah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk pemandu-pemandu teksi yang selama ini tidak pernah diusulkan, pengkajian semula perjanjian 'hire-purchase' serta isu pemberian permit teksi kepada pemandu-pemandu teksi dan bukan melalui syarikat teksi yang kebiasaannya akan memonopoli pemberian permit tersebut.

Anwar yang juga Penasihat PKR ketika menghadiri forum tersebut turut berkata, pemandu teksi merupakan suatu 'campaigning force' kerana mereka merupakan golongan yang kerap berinteraksi dengan masyarakat sejagat.

Mengulas lanjut, Ronnie turut berkata bahawa kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan berjuang mendepani masalah kebajikan para pemandu teksi yang selama ini tidak terbela.

"Kita tidak boleh lakukan banyak perubahan kerana kita masih kerajaan negeri, tetapi sekiranya kami berjaya ke Putrajaya, semua ini akan terjawab dan tertunai"katanya sambil menerima tepukan para pemandu teksi yang hadir.

Sekurang-kurangnya 100 pemandu teksi turut hadir pada sidang media petang ini.

Hadir sama ialah Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan dan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, S. Manuharan.

Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan menggesa agar kerajaan pusat menghentikan sistem pemberian permit secara longgok kerana amalan tersebut menekan kehidupan pemandu-pemandu teksi sejak sekian lama.

"Saya ingin tekankan, bahawa pemberian permit secara longgok kepada syarikat-syarikat wajib diberhentikan serta merta oleh kerajaan, syarikat-syarikat ini bermaharajalela sedangkan ia memberi rasa tidak senang kepada para pemandu teksi,"ujar beliau.

TvSelangor difahamkan, amalan pemberian permit secara longgok, menguntungkan syarikat teksi yang hanya bertindak mengaut keuntungan sebagai orang tengah sedangkan pemandu teksi yang bertungkus lumus mencari rezeki terus hidup terbeban.

Senario ini jelas tergambar apabila sekurang-kurangnya 45 ribu pemandu teksi sekitar Selangor-Kuala Lumpur terpaksa membayar purata RM45 sehari untuk permit dan sewa kenderaan sedangkan mereka terpaksa menanggung sendiri risiko kesihatan, cuaca serta kos penyeleggaraan kenderaan sendiri.

"Kalau kita mahu tranformasikan negara, mahu melihat transfromasi masyarakat, kenapa kebajikan pemandu teksi terus terbiar, adakah salah buat kerajaan untuk melihat serius perkara ini?,"soal beliau.


Sumber: TVSNEWS

Kerajaan Selangor Sasar Golongan Belia Capai Pendapatan Minimum RM3,000 Sebulan

Posted: 10 Sep 2011 12:30 AM PDT

SHAH ALAM 10 SEPTEMBER: Sebagai aset penting kepada negeri Selangor, kerajaan negeri menetapkan sasaran supaya golongan belia mencapai jumlah pendapatan RM 3,000 sebulan sebagai skala minimum untuk setiap keluarga di negeri ini keluar daripada paras kemiskinan.

Jelas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, golongan belia di Malaysia pada masa kini berada di zaman yang penuh dengan peluang dalam usaha meningkatkan produktiviti masing-masing berbanding dengan golongan belia di negara luar.

"Saya berharap pemilihan belia dengan kerja adalah berasaskan kepada keupayaan dan produktiviti mereka.

"Saya mengharapkan setiap belia akhirnya akan mendapat ganjaran dan pendapatan yang melebihi. RM 3,000 sebagai satu target negeri Selangor untuk menentukan setiap keluarga di negeri ini tidak berada di bawah paras kemiskinan," katanya.

Perkara ini diumumkan Abdul Khalid ketika ucapan perasmian Sambutan Hari Raya Bersama Belia Negeri Selangor bertempat di I-City Walk, Shah Alam.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, Puan Seri Salbiah Tunut, barisan kepimpinan kerajaan negeri, adun dan ahli parlimen serta warga kerja pelbagai jabatan negeri Selangor.

Hampir 20,000 orang belia hadir untuk merasai bersama kemeriahan Sambutan Hari Raya bersama Belia Negeri Selangor.

Menerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Belia, kerajaan negeri melancarkan enam bidang utama bagi mewujudkan keseimbangan dalam usaha memenuhi keperluan dalam kalangan belia.

Enam bidang tersebut adalah kepimpinan, ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pendidikan dan kesukanan.

Abdul Khalid menambah, belia merupakan nadi utama kepada mana-mana negara dalam usaha membawa perubahan dan kebangkitan revolusi seperti yang berlaku kebelakangan ini.

Golongan belia juga turut diminta supaya memberikan pandangan dan teguran terhadap pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan sistem pemerintah yang sedia ada dapat diperbaiki demi kesejahteraan rakyat Selangor.

Dalam pada itu, golongan belia yang sudah berumur 21 tahun ke atas diingatkan supaya mendaftar sebagai pengundi dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara dalam memastikan sistem demokrasi negara dapat dilaksanakan.

Penganjuran ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Sukan Selangor dengan tujuan meraikan belia tempatan khasnya belia seluruh Negeri Selangor.

Sambutan Aidilfitri ini juga turut dimeriahkan dengan penyapaian sumbangan kepada 73 atlet negeri Selangor yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam arena sukan peringkat antarabangsa seperti Sukan Komenwel, Sukan Asia dan Piala AFF Suzuki 2010 yang lalu.

Hadiah berbentuk moke-up cek diserahkan sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid yang bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sukan Negeri Selangor.

Secara keseluruhan, atlet Sukan Komenwel mendapat insentif berjumlah RM 64,600, diikuti atlet Sukan Asia Guangzhou 2010 dengan jumlah RM 97,000 dan pemenang piala AFF Suzuki 2010 dengan jumlah RM 30,000.

Selangor Catat Pelaburan RM5.2 Bilion Dalam Tempoh Enam Bulan Pertama 2011

Posted: 10 Sep 2011 12:00 AM PDT

SHAH ALAM 10 SEPT : Negeri Selangor mencatatkan pelaburan berjumlah RM5.2 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Dalam satu kenyataan, pejabat Menteri Besar Selangor berkata dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.

"Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan.

"Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada," katanya.

Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elektronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.

Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta (tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.

"Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja," katanya.


Sumber: TVSNEWS

MB Selangor Ke Jerman Tarik Pelabur

Posted: 07 Sep 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 7 SEPT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Jerman bermula 11 hingga 16 September ini bagi mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan paling menarik di negara ini.

Sepanjang berada di Jerman, menteri besar dijadualkan melawat beberapa kilang di Wiesbaden, Stuttgart, Muenchen, Bitterfeld-Wolfen dan Munich selain mengadakan beberapa siri dialog dengan pengusaha kilang di negara berkenaan, lapor malaysiakini.

Rombongan perniagaan ini akan turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Dato' Jabar Ahmad Kembali.

Dalam lawatan kerja rasmi ini, menteri besar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Minister President of Baden Wurtterberg untuk memperkenalkan Selangor dan peluang-peluang pelaburan.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) semalam, menteri besar berkata, lawatan kerja ini bagi menarik lebih ramai pelabur Jerman ke Selangor terutama dalam industri berkaitan teknologi hijau.

Beliau berkata, Selangor telah menerima pelaburan RM2 bilion menerusi kilang pengeluaran sel suria, Q-CELLS, yang beroperasi di Banting.

"Industri teknologi hijau berkembang pesat di seluruh dunia dan kita komited untuk menjadikan Selangor sebagai peneraju industri ini," kata menteri besar.


Sumber: TVSNEWS

Sumbangan 11 Kipas Siling Kepada Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis

Posted: 25 Aug 2011 03:00 AM PDT

Sungai Kandis, 25 Ogos 2011 - Pada hari ini YB Dr Xavier Jayakumar telah melungkan masa ke Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis untuk menyumbang sepuluh kipas siling.

Turut hadir bersama ke sekolah tersebut adalah Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam, Encik Abdul Manap.

YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan adanya sumbangan kipas untuk diletakkan di tapak perhimpunan dan kantin sekolah akan dapat memberikan keselesaan kepada murid-murid sekolah tersebut.








Melawat & Menghulur Sumbangan Kepada Keluarga Miskin di Taman Sentosa

Posted: 24 Aug 2011 04:00 AM PDT

Taman Sentosa, 24 Ogos 2011 - Sebagai sebahagian program sumbangan hari raya pada tahun ini, YB Dr Xavier Jayakumar bersama isterinya, Puan Sheila Devaraj telah melawat sebelas keluarga miskin di Taman Sentosa pada hari ini.

Kesemua mereka tidak pernah ke pejabat DUN sebelum ini tetapi telah dikenal pasti oleh Ketua JDM, Encik Veeran. Lawatan dari rumah ke rumah dan bertemu mereka mendapati mereka masih lagi tidak mengetahui program-program kerajaan negeri seperti Skim Mesra Usia Emas dan TAWAS.

Ini menunjukkan banyak lagi kerja yang perlu dilakukan bagi menerangkan kepada mereka tentang program-program kerajaan negeri serta faedah yang dapat mereka nikmati.

Dr Xavier Jayakumar mengucapkan penghargaan kepada Encik Veeran dan Cik Mahaletchumy yang bersusah-payah mencari keluarga-keluarga miskin untuk dikenalpasti menerima sumbangan dan bantuan.













Program Sumbangan Dodol Di Kampung Bukit Badak

Posted: 21 Aug 2011 04:00 AM PDT

Bukit Badak, 21 Ogos 2011 - Program Jom Kacau Dodol yang dianjurkan oleh Ranting Bukit Badak dan AJK telah diadakan di simpang masuk Kampung Bukit Badak pada hari ini.

Turut hadir pada program tersebut adalah YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, isteri YB Dr Xavier Jayakumar, Puan Sheila Devaraj dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Encik PS Rajoo dan Encik Azmi.

Sebanyak tujuh dulang dodol telah diagihkan kepada orang ramai. Program tersebut mendapat sambutan orang ramai yang sedikit sebanyak menyebabkan kesesakan lalu lintas disitu. 








i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


cukai 6% : BUAT LUPA PULAK...DIA YANG BENTANG DALAM BAJET 2011...

Posted: 12 Sep 2011 02:58 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Bagi Dr Dzulkefly, Najib jelas lupa bahawa cukai hanya boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan bukannya mana-mana pihak swasta termasuk Telco.

Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.
Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.
"Persoalan ini membuat kita tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang ditakuti dan disayangi oleh Najib?" soal Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dan anggota Parlimen Kuala Selangor.
Kesan teruk
Langkah mengenakan cukai ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.

Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.
Harakahdaily difahamkan, terdapat 26 juta nombor prepaid yang dikeluarkan oleh Telco di negara ini.

Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.

Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.

Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.

Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.

Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.

Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

"Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima," kata beliau.

"Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.(harakahdaily)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Rashdan proudly attended the QPR jersey sponsorship press conference by Rizal

Posted: 12 Sep 2011 10:05 AM PDT

That bast..d is at it again. Just a lap dog of Tony. Disgusting. Why is Najib government allowing this tidak Fikir boy to run amok?

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by Anonymous

Posted: 12 Sep 2011 07:52 AM PDT

@ anonymous

Did you forget who owns QPR?

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by Bina Wang

Posted: 12 Sep 2011 07:49 AM PDT

Well that BinaFikir otak kosong boy had to fly to London free in charge to sign another stupid deal with QPR, a pariah club. He was trying to please Tony all the way. That is his job. He will dance to Tony whistle like a dog. He has no maruah anymore. A premium airline had to decent to the same level as AirAsia to sponsor a second class club.

Look at Emirate. It is sponsoring a 1st Division club. If PM does not take action quickly then MAS will definitely be cannibalised by this Bina dengan otak kosong boy – Rashdan. This bugger is just too much.

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by anon009@yahoo.co.uk

Posted: 12 Sep 2011 07:06 AM PDT

Why?
its probably a long story, you see, TF has Team Lotus, he paid lots of money for it, so part of the deal is to give Proton the much valued Team Lotus name, in return, Malaysia airlines pays back the money via a sponsorship deal with QPR. Then next year it will be Team Caterham F1, probably with Proton or MAS having a sponsors space on that too! A respected F1 journalist revealed the AA/MAS share swap was instrumental in TF having to change his F1 team name next season.
Notice that QPR have declined just how much the sponsorship deal is worth, the BBC alleging a multi million pound deal – and quoting MAS as saying “they were elated to be sponsoring QPR” !
I just bet all MAS employees and those at Firefly are really proud and chuffed at the news!

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by P...MAK

Posted: 12 Sep 2011 06:56 AM PDT

WTF MAS sponsoring QPR, a losing club for losers. MAS tenatpun boleh buang duit.
Another scheme to rob Rakyat money.

Hey, thambi, mau sponsor biarlah ada mileage.
I curse you all for wasting my money

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by Anonymous

Posted: 12 Sep 2011 05:05 AM PDT

Why is MAS sponsoring Queens Park Rangers?

WHY?

This is disgusting

Comment on How many years did Khazanah sleep on the huge debts owed by Alwafeer Air to MAS? by old referee

Posted: 12 Sep 2011 03:50 AM PDT

Sir,

The Alwafeer Air deal was done by the then MD Idris Jala. ( He should have been named the Menteri Perikanan.) Look at what he has done for his KPI and get promoted to a Minister ???

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by Norma

Posted: 12 Sep 2011 02:23 AM PDT

The share swap and the charges are daylight robberies. Hope the government will take note before ti is too late for Najib. SACK RASHDAN IMMEDIATELY THEN AZMAN MOKHTAR.

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by Kenny

Posted: 11 Sep 2011 11:00 PM PDT

the lists of charges imposed by AirAsia are just too glaring. But Rashdan cannot see it because he was trained to see something else by Tan Sri Azman Mokhtar. Rashdan is more interested in how to finish Firefly with all the stupid decisions. Sack the bugger he is not even fit to man a kopitiam let alone MAS. Just too big for his small little brain.

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by Another Maybank Banker

Posted: 11 Sep 2011 09:54 PM PDT

Rashdan is just a Hot Air boy but otak kosong. He is a good budak suruhan. Maybank banker was right that Maybank Board threw him out but he got Tan Sri Mokhtar to sambut him with open arm. He is good in doing this type of nonsense deal. By the look of the posting dia akan kena cukup2 di Parlimen. Serve him right. October is not too far away. I am waiting to read what YB is going to say about him and Mokhtar. Not to forget their boss, Nor Yakop!

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Sarapan pagi dan mesyuarat AJK di rumah 11/9/11.

Posted: 12 Sep 2011 03:08 AM PDT

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Rakyat Perlu Jaminan Demokrasi

Posted: 11 Sep 2011 09:30 PM PDT

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


Sambuatan Hari Malaysia Kerajaan Selangor 2011

Posted: 11 Sep 2011 10:57 PM PDT

Khalid Samad

Khalid Samad


Lain Yang Ditanya Lain Yang Dijawab

Posted: 12 Sep 2011 05:12 AM PDT

Saya membaca respon dari Dato' Adzib berhubung 'pertemuan MAIS, JAIS, Wakil Pejabat Peguam Negara dan 45 NGO' yang disiarkan oleh beberapa laman berita alternatif dengan perasaan penuh minat. Apa yang dipersoalkan ialah tujuan pertemuan itu dan 'statusnya', iaitu sama ada ianya pertemuan rasmi atau sebaliknya.

Responsnya ialah, pengerusi pertemuan ialah exco agama, orang keliling MB yang ingin menjatuhkan MB bukan MAIS ataupun JAIS dan akhirnya, beliau meminta peguam-peguamnya untuk mengkaji samada ada ruang untuk saya disaman. Lain yang diminta lain pula yang dijawab!



STATUS PERTEMUAN
Saya tidak tanya siapa yang mempengerusikan pertemuan berkenaan. Saya tanya adakah pertemuan tersebut pertemuan rasmi atau sebaliknya. Sekiranya rasmi, maka di mana surat jemputannya, apa agendanya dan mana minit mesyuaratnya? Sekiranya semua itu tidak ada dan pertemuan diadakan secara jemputan bisik-bisikan, tanpa surat rasmi, maka sudah pasti ianya pertemuan konspirasi gelap! Atau ianya satu kebiasaan untuk MAIS dan JAIS membuat pertemuan 'konspirasi gelap' sebegini? Mirip tahap profesionalisma BN kalau begitu!

Saya ingin tahu siapa yang menjemput dan menganjurkan pertemuan, bukan siapa yang jadi pengerusi. Pengerusi kadang-kadang main tangkap muat sahaja, lebih-lebih lagi pertemuan TIDAK rasmi. Ada yang dijemput hadir, bila hadir, dia diketengahkan sebagai pengerusi sebagai tanda 'hormat' kononnya. Akhirnya pengerusi tersebut hanya sekadar memberi laluan untuk Pengerusi MAIS dan wakil pejabat Peguam Negara bercakap! Itu merupakan satu kemungkinan, bukan saya menyatakan ianya berjalan begitu.

Berhubung kenyataan Yusri dari PEMBELA yang keluar dalam Sinar Harian, adalah jelas dia bercakap mengenai pertemuan lain. Bukan pertemuan yang saya maksudkan. Namun oleh kerana dia dari PEMBELA, maka mungkin dia merasakan dirinya terpanggil untuk membela Dato Adzib, walaupun dia tidak tahu hujung pangkal. Tidak mengapa, saya maafkan dia.

ORANG KELILING MB YANG INGIN MENJATUHKAN MB!
Amboi-amboi Dato Adzib, bukankah saya sudah kata, kalau teringin sangat main politik, harap terjun masuk gelanggang. Jangan guna jawatan dalam MAIS untuk berpolitik, tidak manis. Yang geli hatinya, Dato Adzib kata kenyataan saya tidak bertanggung-jawab! Yang kenyataan dia yang jelas bertujuan untuk mengadu-domba dan menimbulkan syak wasangka di kalangan MB dan 'orang kelilingnya' dia anggap kenyataan bertanggung jawab?

Saya rasa Dato Adzib perlu samada buktikan tuduhan liar beliau dengan mendedahkan siapa yang dia maksudkan atau minta maaf kepada kerajaan dan rakyat Selangor atas kenyataan beliau yang tidak bertanggung-jawab dan celupar itu.

Bagi saya, lagi banyak dia bercakap, lagi nampak jalur biru tua atas dahinya, biru tua UMNO/BN lah apa lagi.

INGIN SAMAN?
Respon ini yang terhebat. Orang-orang macam Dato Adzib anggap mereka ini tidak boleh dipersoal, seolah-olah mereka ini maksum. Kamu soal, saya saman kata mereka!

Hakikatnya saya tidak menuduh apa-apa; saya hanya bertanya melalui pembuka ayat "saya difahamkan..", betul atau tidak betul tidak tentu lagi. Menunggu jawapan darinya. Yang dia pula tiba-tiba ingin melompat apa hal?

Saya sebagai wakil rakyat Parlimen Shah Alam merasa yakin bahawa warga Shah Alam ingin tahu samada MAIS digunakan sebagai 'kubu pertahanan terakhir' orang-orang UMNO dan diperkudakan untuk tujuan politik menjatuhkan MB ataupun sebaliknya. MAIS bukan parti politik dan saya rasa yakin rakyat Selangor, bukan sekadar warga Shah Alam, tidak redha sekiranya MAIS dijadikan alat politik UMNO atau mana-mana parti politik sekali pun.

Tapi inilah masalah orang yang berotak UMNO, dulu, sekarang dan selamanya. Mereka anggap jawatan mereka anugerah UMNO untuk digunakan sesuka hati mereka demi kepentingan UMNO dan tiada yang berhak untuk mempersoalkan tindakan mereka. Sedangkan saya difahamkan MAIS mendapat banyak kelebihan, seperti tanah dengan harga yang 'istimewa' atas alasan demi kepentingan ummat Islam Selangor, bukan ianya turun dari langit atau dari kocek bapa mereka! Ianya tetap dari khazanah kekayaan Negeri Selangor! Namun mereka anggap mereka tidak boleh disentuh atau disoal, kononnya.

Saya ingin sampaikan satu berita buruk kepada mereka ini. Pakatan Rakyat merupakan kerajaan yang berpaksikan ketelusan dan pertanggung-jawaban. Budaya mereka yang jelas bertentangan itu perlu ditukar!

Adakah itu sebabnya mengapa mereka dikatakan ingin menjatuhkan MB? Supaya dinaikkan kembali UMNO/BN supaya budaya mereka yang tidak telus dapat diteruskan? Terfikir pula, apa yang ingin mereka sembunyikan?

ORANG POLITIK TIDAK BOLEH BERCAKAP MENGENAI ISLAM
Ada orang yang kata "Tanah Melayu tidak pernah dijajah". Saya kata bukan sekadar dijajah, malahan sehingga hari ini, masih ada otak yang tidak merdeka. Kata-kata yang ingin memisahkan politik dengan agama sehingga melarang orang politik bercakap menganai Islam, adalah tanda otak seseorang yang masih tidak merdeka. Ianya dijajah British dengan fahaman sekularisma mereka yang ingin memisahkan agama dengan politik!

Saya faham mengapa British ingin memisahkan agama dari politik. Ianya adalah kerana mereka melihat Islam itu sebagai sesuatu yang mengancam kuasa dan kedudukan mereka menjajah Negara ummat Islam. Kerana itulah Islam dilihat sebagai sesuatu yang merbahaya dan oleh itu tidak boleh dibenarkan untuk mewarnai pemikiran politik ummat Islam kembali setelah jatuhnya Khalifah Othmaniyyah. Dengan kerana bahayanya Islam sebagai kuasa politik, maka British mengharamkan peranan agama dalam politik. Orang politik tidak boleh bercakap mengenai agama kerana Islam itu bahaya! Adakah Dato Adzib juga mempunyai I'tiqad sebegini?

Jika diturut pegangan ini, maka Rasulullah (SAW) sendiri tidak akan diberi tauliah kerana Baginda seorang pemimpin politik. Khulafa Ar-Rasyidiin, iaitu Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali (RA) kesemua mereka juga akan bermasalah mendapatkan tauliah di bawah pentadbiran Dato Adzib. Pegangan ini bercanggah dengan apa yang dituntut oleh Islam sendiri dan boleh dianggap sebagai satu pegangan yang salah dan sesat. Ia berpaksikan fahaman bahawa agama tidak ada kena mengena dengan urusan dunia seperti yang terkandung dalam ungkapan "beri kepada Ceaser (pemerintah) hak Ceasar dan beri kepada Tuhan hak Tuhan". Ianya seolah-olah menyatakan bahawa hak Ceasar tidak terjatuh di bawah kekuasan dan hak Allah. Adakah Dato' Adzib membawa ajaran songsang ini?

Sepatutnya, sebagai orang Islam, kita perlu mengalu-alukan usaha mencorakkan politik mengikut ajaran-ajaran Islam serta kemampuan ahli politik untuk memahami, membicara dan mengamalkan Islam. Mengapa kita ingin halang berkembang-luasnya pengaruh Islam ke dalam arena kehidupan masyarakat, dalam aspek sosial, ekonomi, perundangan dan juga politik? Kerana UMNO tidak mampu? Dan oleh kerana UMNO tidak ingin dan tidak mampu, maka Dato Adzib ingin jadi penghalang tersebar-luasnya budaya politik Islam di Negeri Selangor? Supaya orang tidak akan dapat melihat ketidak mampuan UMNO kerana melalui undang-undang Adzib ini, yang lain akan turut terhalang?

Amatlah malang bagi ummat Islam di Selangor apabila badan Islam seperti MAIS takut pada Islam dan ingin menghalang berkembang-luasnya kefahaman rakyat Selangor terhadap Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Saya doakan DYMM Sultan Selangor tidak terpengaruh dengan pemikiran yang songsang sebegini dan akan menyedari bahawa hanya kebaikan dan kerahmatan akan terhasil apabila semua rakyat Negeri Selangor, bukan sahaja ahli politik bercakap dan beramal mengikut ajaran Islam.

DIDAKWA JAIS
Saya didakwa JAIS! Bukan kerana khalwat atau meminum arak, tetapi kerana saya bercakap menengai Islam. Dan apa yang saya sampaikan tidak pula dikatakan salah dari sudut maksud dan isi kandungannya, hanya saya tidak dibenarkan bercakap mengenai Islam.

Saya tidak mahu berbicara panjang mengenainya di sini. Saya hanya ingin bertanya, siapakah yang berani mengharamkan sesuatu yang telah diwajibkan Allah dan RasulNya?

Islam bukan milik JAIS sehingga dianggap JAIS berhak memberi kebenaran atau melarang seseorang bercakap mengenai Islam. Sebagai seorang Muslim, saya berhak bercakap mengenai agama saya, iaitu Islam dan memang digalakkan, malahan ada yang menyatakan wajib menyampaikan risalah Islam.

Kalau ada yang disampaikan didapati tidak betul dan bercanggah dengan ajaran Islam, maka dakwa saya atas sebab itu, bukan kerana saya bercakap mengenai Islam! Kerana itu adalah sebahagian dari tugasan saya sebagai seorang Muslim dan pimpinan Parti Islam.

Dan insyaAllah akan saya teruskan, seperti yang pernah disabda oleh Rasulullah (SAW):
"Walaupun diletakkan Matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku untuk ku tinggalkan kerja ini, tidak akan aku lakukan sehingga Allah memberikan kemenangan kepada usaha ini atau membinasakan ku dalam memperjuangkannya" (Au kama Qal).

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

.

.


PKPIM dakwa Majlis Profesor ‘iktiraf’ British, mahu kenyataan ditarik balik

Posted: 11 Sep 2011 10:53 PM PDT

PKPIM dakwa Majlis Profesor 'iktiraf' British, mahu kenyataan ditarik balik


Oleh G Manimaran
September 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIPM) menggesa Majlis Profesor Negara (MPN) menarik balik kenyataan pihaknya minggu lalu bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan ia seolah-olah mengiktiraf kehadiran kuasa itu di Tanah Melayu.

Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya berpandangan kenyataan akhbar MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah dan wajar ditarik balik.
"Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah.
"Sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa," kata beliau sambil menambah, "justeru, mewakili golongan pelajar dan mahasiswa di Malaysia, PKPIM menuntut MPN untuk menarik balik kenyataan yang mengelirukan ini."

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Ahmad Fahmi berkata, PKPIM juga meminta semua pihak termasuklah ahli politik supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan fakta dan sejarah.

"Dalam kemeriahan semua pihak untuk menjuarai isu membincangkan tema sejarah tanah air yang pada dasarnya dilihat amat positif dalam proses pemahaman asas-asas kenegaraan, mereka juga harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan sekiranya menimbulkan keraguaan dan kekeliruan kepada masyarakat.

"Justeru, PKPIM mengingatkan kepada mereka yang berkenaan agar merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar dan berdasarkan sumber yang sahih dan tidak mengeluarkan kenyataan melulu dan songsang yang boleh menimbulkan polemik dan masalah runcitan," katanya lagi.

Ahmad Fahmi menambah, PKPIM mempersoalkan kesimpulan MPN menerusi kenyataan akhbarnya tentang Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British.
Kenyataan akhbar tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudanya, Prof. Datuk Zainal Kling pada sidang akhbar bersama Pengerusi MPN, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN pada 9 September lalu.

"Majlis Profesor Negara menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, hanya dilindungi Inggeris dengan meletakkan negeri-negeri Melayu itu di bawah kekuasaan Pejabat Tanah Jajahan melalui penguasaan undang-undang Inggeris, pentadbiran bercorak Inggeris, dan ekonomi kapitalis cara Inggeris.

"Dalam kata lain, MPN berkesimpulan bahawa dasar 'protectorate' yang diamalkan Inggeris terhadap Tanah Melayu dengan meletakkan residen dan penasihat di negeri-negeri Melayu sebagai satu tujuan murni untuk melindungi dan membantu Tanah Melayu dan pemerintah Melayu untuk memerintah tanah air mereka," kata beliau lagi.

Ahmad Fahmi menambah, PKPIM juga mempersoalkan kenyataan MPN yang mendakwa dasar 'protectorate' Inggeris sebagai tidak mencabuli kedaulatan negeri-negeri Tanah Melayu.
Jelas beliau, PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila majlis itu dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep "kedaulatan negara."

"Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain, tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara.
"Malah, tesis baru MPN ini kelihatan seolah-olah mengiktiraf kerajaan kolonial Inggeris sebagai wira pelindung Tanah Melayu dan menafikan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris yang memang dikenali dunia sebagai antara kuasa besar penjajah ketika itu," katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, PKPIM sangat bersetuju dengan Prof Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menegaskan dalam karya ilmiah terbaru beliau berjudul "Historical Fact and Fiction" bahawa fakta sejarah seharusnya diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira nilai-nilai dan saling kaitan antara fakta sejarah sehingga membentuk satu rangkaian kesimpulan yang bermakna.

"PKPIM juga meyakini seseorang sejarawan bukan sekadar mampu mengutip fakta-fakta sejarah tetapi juga harus punya kekuatan akliyah bagi mentafsir bahan sejarah dengan mendalam dan tepat.
"PKPIM berpandangan kenyataan akhbar yang dibuat MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah. Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah," kata beliau yang turut menegaskan bahawa, "sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa."

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkipm-dakwa-majlis-profesor-iktiraf-british-mahu-kenyataan-ditarik-balik/

Nuffnang