Ahad, 14 Ogos 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Jom Shopping Seterusnya 27 Ogos 2011

Posted: 12 Aug 2011 12:00 AM PDT

Klang, 11 Ogos 2011 - Seramai 86 warga emas telah dibawa membeli belah dalam program Jom Shopping julung kalinya buat DUN Seri Andalas.

Program Jom Shopping tersebut telah diadakan di Tesco Klang. Setiap warga emas telah diberikan RM100 untuk dibelanjakan.

Seawal jam 8.30 pagi, warga emas yang menyertai program Jom Shopping telah berkumpul mendaftar dan diberi taklimat ringkas oleh YB Dr Xavier Jayakumar.

Bagi kemudahan perjalanan, perkhidamatan bas oleh Majlis Perbandaran Klang telah disediakan untuk membawa kesemua warga emas ke Tesco.

Program tersebut telah dijayakan dengan bantuan 40 orang sukarelawan yang hadir memberi bantuan kepada warga emas untuk membeli belah dan membantu membawa barangan yang telah dibeli.

Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua sukarelawan yang datang membantu.

Kesemua warga emas yang menyertai program Jom Shopping tersebut berasa gembira bukan sahaja dapat keluar membeli belah malah dapat beramah mesra bersama-sama wakil rakyat mereka.

Seorang peserta program tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata ini adalah pertama kali beliau pergi ke Tesco dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur program.

Pogram Jom Shopping DUN Seri Andalas seterusnya dirancang untuk diadakan pada 27 Ogos 2011 nanti. 



















Program Berbuka Puasa di Surau Taman Bukit jati

Posted: 08 Aug 2011 05:00 AM PDT

Kampun Jawa, 6 Ogos 2011 - Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci bagi umat Islam dan selepas berpuasa sepanjang hari, majlis berbuka puasa diadakan di surau-surau.

Seperti kebiasaan, setiap kali Ramadhan YB Dr Xavier Jayakumar akan menyertai program berbuka puasa bersama rakyat. Menyertai program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan diantara pemimpin dan rakyat setempat malah membantu memahami keperluan rakyat yang diwakili.
Pada 6 Ogos yang lepas, Dr Xavier Jayakumar sempat menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan di surau Taman Bukit Jati, Kampung Jawa. Turut menghadiri majlis tersebut adalah YB Dr Siti mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.











Lebih 1,000 Hadir Ke Kongres Ketua-ketua Kuil Hindu Selangor

Posted: 08 Aug 2011 04:00 AM PDT

Shah Alam, 7 Ogos 2011 - Lebih 1,000 peserta dari kuil-kuil Hindu seluruh negeri Selangor hadir berkongres di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam pada hari ini.

Program sehari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu dihadiri ketua-ketua kuil Hindu Selangor.

Pengisian program termasuklah taklimat oleh YB Dr Xavier Jayakumar serta dialog bermanfaat dan berguna kepada kesemua peserta yang hadir.

Hadir pada kongres tersebut YB Ronnie Liu, serta penceramah, Encik Muthukumara Gurkal.

Pengerusi-pengerusi kuil turut diberikan peluang untuk berucap dan berkongsi idea dengan kesemua peserta.


























i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BONUS : ISU RANTING DIBERI PERHATIAN, ISU POKOK PEJAM MATA

Posted: 13 Aug 2011 04:59 PM PDT

 
Kerajaan akhirnya bersetuju meng'hadiah'kan bonus kepada 1.27 juta kakitangan awam yang bakal menikmati bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, manakala setiap pesara kerajaan pula mendapat RM500 yang akan dibayar pertengahan bulan ini. Jumlah pembayaran bonus tahun dianggarkan sebanyak RM2 billion.

Maka kerajaan pun dilihat begitu prihatin dengan beban ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan, lantaran Perdana Menteri sendiri menyebut pemberian bonus ini tidak lain adalah untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat di musim perayaan ini.

Namun, dalam jangka pendek di mana kadar produktiviti pengeluaran adalah malar, maka kesan langsung dari lebihan wang dalam kitaran ekonomi ialah kenaikan harga barang yang berkali ganda mengikut hukum MV=PT dari teori Irving Fisher. Apatah lagi kes ketidakcukupan barang-barang keperluan untuk sambutan perayaan seringkali kita dengar yang sudah pasti mengakibatkan tingkat harga semakin melambung.

Jadi pemberian bonus yg diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan kakitangan awam itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat jika harga barang melambung tinggi dari kadar biasa. Logiknya, peningkatan nominal pendapatan kakitangan awam sebanyak 50% pada bulan ini tidak bermakna apa-apa apabila harga barang naik mendadak lebih dari kadar berkenaan hasil dari penguncupan kuasa beli mereka.

Kita juga ingin tahu dari sumber manakah kerajaan memperolehi dana berjumlah RM2 billion untuk pembayaran bonus berkenaan? Saya tidak fikir kerajaan sanggup mencetak wang semata-mata untuk tujuan ini. Jadi saya beranggapan ia hasil dari pinjaman kerajaan. Sudah tentu pemberian bonus ini bakal mengakibatkan jumlah pinjaman kerajaan meningkat sekaligus defisit kerajaan yang lebih tinggi.

Untuk tahun 2009 dan 2010, hutang kerajaan naik mendadak pada kadar lebih 50% dari KDNK (2009-55% dan 2010-54%), paling tinggi sejak krisis kewangan 1998. Malah melebihi purata pinjaman kerajaan sejak 1990 hingga 2010 iaitu pada 47%.

Bajet kerajaan juga masih terbelenggu masalah defisit sejak lebih sedekad lalu. Sejak dari krisis kewangan 1998 purata defisit kerajaan adalah 4-5% dari KDNK negara. Paling kritikal pada 2009 iaitu pada kadar lebih 7%. Walaupun tahun 2010 dapat dikurangkan ke 5.6%, namun pada 2011 ia dianggarkan dalam jajaran 5% juga.  Tambah buruk lagi, peningkatan defisit adalah kerana bertambahnya perbelanjan pengurusan, bukannya perbelanjaan pembangunan.

Jika dana RM2 billion ini hasil pinjaman kerajaan, maka keputusan kerajaan memberikan bonus ini seolah-olah cuba menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan penguncupan kuasa beli rakyat sekadar melepaskan batuk di tangga, isu ranting yang diberi perhatian, akar permasalahannya dipejamkan mata. Yang nyata, kita berdepan dengan keadaan kewangan kerajaan yang cacamarba pengurusannya. Kita punya kerajaan yang tidak serius menangani kebajikan ekonomi rakyat.

Jika kerajaan benar-benar mahu mengurangkan beban rakyat, maka tunjukkan keseriusan dalam menangani maslah pembaziran, ketirisan, dan perbelanjaan melampau. Ingatkah anda lagi pada kos RM50 juta untuk melaksanakan program email 1Malaysia? Manakala RM1.8 juta pula disia-siakan untuk membayar kos penyelenggaraan laman Facebook Kementerian Pelancungan Malaysia oleh syarikat yang langsung tiada laman web! Jika anda teliti Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat, anda sudah pasti berjumpa dengan pelbagai senarai ketirisan dan salah urus harta Negara hingga mengakibatkan ketirisan lebih RM28 billion. Ini bukan cerita rekaan, semua maklumat ini juga boleh didapati dari Laporan Audit Negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Rakyat sebenarnya berhak mendapat kualiti gaji yang memungkinkan kuasa beli yg lebih tinggi. Pemberian bonus secara one-off begini tidak membantu rakyat mencapai tahap itu. Kita perlukan pengurusan yang benar-benar berhemah, yang mahu meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama. Peningkatan ekonomi tidak sekadar pada peratus kenaikan KDNK semata, namun kebajikan dan taraf hidup rakyat patut turut meningkat.

Kalau kita teliti pemberian bonus ini pun, sepatutnya ia berbentuk piramid di mana untuk kakitangan awam di peringkat tertinggi seperti JUSA patut tiada bonus diberikan, bagi kumpulan professional dan kumpulan A mendapat setengah atau sebulan gaji, dan bagi kumpulan sokongan dan pentadbiran sekurang-kurangnya 2 bulan gaji. Ini baru dilihat benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat.

Tidak hairanlah ada pembaca akhbar yang meminta CUEPACS menolak pemberian bonus setengah bulan ini dan mengharap badan penjawat awam itu terus mendesak kerajaan memberikan sekurang-kurangnya bonus dua bulan gaji dan juga menyemak kembali tangga gaji mereka. Atau adakah ini langkah kerajaan mengabui mata penjawat awam memandangkan ura-ura pilihanraya umum yang makin dekat?

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


PENGGUNAAN KUPON TEKSI

Posted: 14 Aug 2011 11:06 AM PDT

SOALAN JAWAB LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN 2011 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan undang-undang yang membenarkan syarikat teksi yang membuka kaunter jualan baucer dan mengenakan tambahan 10 peratus ats tambang penumpang. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkataan 'baucer' yang [...]

BILANGAN PENJAWAT AWAM HINGGA MAC 2011

Posted: 14 Jun 2011 11:06 AM PDT

SOALAN JAWAB LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN 2011 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, Bilangan penjawat awam (termasuk polis, tentera dan bomba) pada Mac [...]

Direct Free Kick

Direct Free Kick


3.) Penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri DUN Chempaka 14 Ogos 2011.

Posted: 14 Aug 2011 08:16 AM PDT

2. ) Penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri DUN Chempaka 14 Ogos 2011.

Posted: 14 Aug 2011 08:14 AM PDT

Penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri DUN Chempaka 14 Ogos 2011.

Posted: 14 Aug 2011 08:11 AM PDT

14 Ogos 2011 - Majlis pelepasan konvoi Gelombang Hijau PAS Selangor di Dataran Nurul Hidayah, Kg. Pandan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS ( 6 ).

Posted: 14 Aug 2011 04:50 AM PDT

14 Ogos 2011 - Majlis pelepasan konvoi Gelombang Hijau PAS Selangor di Dataran Nurul Hidayah, Kg. Pandan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS ( 5 ).

Posted: 14 Aug 2011 04:06 AM PDT

14 Ogos 2011 - Majlis pelepasan konvoi Gelombang Hijau PAS Selangor di Dataran Nurul Hidayah, Kg. Pandan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS ( 4 ).

Posted: 14 Aug 2011 04:01 AM PDT

FW: 14 Ogos 2011 - Majlis pelepasan konvoi Gelombang Hijau PAS Selangor di Dataran Nurul Hidayah, Kg. Pandan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS ( 3 ).

Posted: 14 Aug 2011 02:23 AM PDT

14 Ogos 2011 - Majlis pelepasan konvoi Gelombang Hijau PAS Selangor di Dataran Nurul Hidayah, Kg. Pandan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS ( 2 ).

Posted: 13 Aug 2011 09:36 PM PDT

14 Ogos 2011 - Majlis pelepasan konvoi Gelombang Hijau PAS Selangor di Dataran Nurul Hidayah, Kg. Pandan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Posted: 13 Aug 2011 07:06 PM PDT

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Issues for your MP by weechookeong

Posted: 14 Aug 2011 09:37 AM PDT

Anonymous

Thank you very much for your comment.

I regret to learn about rubbish has not been collected regularly in your area, which may not in Wangsa Maju but Setiawangsa.

It has been a long time in Wangsa Maju that we have not heard about poor rubbish collection. Of course, this was not an excuse. Rest assured that regardless of your area is in Wangsa Maju or not, we shall follow up with Alam Flora tomorrow morning on your complaint.

It would be appreciated if you would call En Yacob, my Personal assistant, on 012-2186929 or 41433322 for more information so that we can solve your problems in a more efficient way.

Thank you.

with kindest regards

wee choo keong

Comment on Issues for your MP by Anonymous

Posted: 14 Aug 2011 04:06 AM PDT

complaint : rubbish throwing on the empty field of DBKL
Location : Jalan Kuning 5, Ayer panas setapak

the rubbish were throw next to my residence, due that my house have lots of mosquito.

the rubbish were throw by neighbour due to reason below:
1. DBKL are not collecting rubbish on time (experience 1 week not collecting rubbish)
2. a lot of dogs were surounding the residence, it biting the rubbish around. due that neighbour prefer throwing rubbish to empty field instead front house.

appreciate if you can seriously look into the complaint above and look forward to hear your further action.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Meninjau usahawan tani di Kg Pering, Kodiang

Posted: 13 Aug 2011 10:42 PM PDT

Inilah spesis buah anggur yang ditanam oleh usahawan muda di Kg. Pering, Kodiang. Asalnya buah anggur ini diambil benihnya di Perlis dan dicuba tanam oleh usahawan, Mohd Jasni Bin Ahmad. Berkat usahanya, kini buah anggur yang ditanam sudah boleh dimakan.  
Inilah kebun anggur yang ditanam di kawasan rumahnya. Nampaknya usaha untuk melihat pokok anggur tumbuh berjaya dibuktikan apabila beliau membuat persediaan yang lengkap dan mengikut kaedah penanaman yang betul seperti yang disyorkan usahawan di Perlis. Nampaknya Perlis tak boleh berbangga dengan tanaman anngur kerana anggur juga ada di Pering, Kubang Pasu dan Sik, Kedah.

Saya teruja dengan buah anggur yang ada di kampong. Tak perlu lagi pergi ke luar negara untuk memetiknya. Saya berbangga dengan usahawan ini dan akan mempromosikannya dengan sebaik mungkin. Tambahan pula kebun anggur ada dalam kawasan saya ini.   

Nuffnang