Ahad, 8 Mei 2011

.

.


MUBAHALAH.........adakah ianya sama seperti sumpah laknat?

Posted: 07 May 2011 05:20 PM PDT

MUBAHALAH

Soalan;

Apakah mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan;

Al-Mubahalah bermaksud al-Mula'anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurun
kan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua. Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; "Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini".

Pensyari'atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah;

فَمَنْ حَآجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ نَدْعُ أَبْنَآءَنَا وَأَبْنَآءَكُمْ وَنِسَآءَنَا وَنِسَآءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتُ اللَّهِ عَلَى الْكَـذِبِينَ

"Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; 'Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sungguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta" (Aali Imran; 61).

Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran, antaranya firman Allah;

﴿إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ ءَادَمَ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ - الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلاَ تَكُنْ مِّن الْمُمْتَرِينَ

"Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; 'Jadilah', maka ia pun jadi" (Ali Imran; 59).

Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas).

Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama 'Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Dia menjawab; "Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Dia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…".

Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari'at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma'ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; "Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu". (Zadul-Ma'ad, 3/643)

Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecuali dengan bermubahalah. Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Tafsir Imam al-Qurtubi
3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).
4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah

oleh : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:28 PM

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Sumbangan emas untuk membiayai program Idham Care - IKON Muslimat Muda

Posted: 07 May 2011 08:25 PM PDT

5 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - 

GOMBAK, 8 Mei : Program separa realiti IKON Muslimat Muda anjuran NGO muslim Idham Care semakin menghampiri hari pelancaran dan perasmiannya. Minggu lalu, pihak pengurusan NGO itu juga telah mencapai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan Hotel TAHA D Mutiara Resort yang dimiliki penuh oleh Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang bagi untuk melangsungkan acara besar gilang gemilang program itu di Dewan Banquet D TAHA yang boleh mengisi 1000 tetamu jemputan.

Bagi mengisi dana program, NGO muslim Idham Care juga kini membuka jualan kupon makan malam berharga RM20 seorang atau RM200 untuk tempahan meja ketika majlis perasmian itu berlangsung. 

Dan insyaallah, perasmian program separa realiti itu akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato' Mansor bin Othman serta penampilan khas IKON oleh Cik Hajjah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman, Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 yang juga peserta Naib Johan Akademi Al-Quran 2008 lalu.



Pagi awal pagi tadi, penulis telah dihubungi oleh Pengerusi Idham Care, Drs Khalil Idham Lim dan memaklumkan bahawa beliau telah menerima seutas gelang emas bersaiz besar sumbangan ikhlas seorang muslimat jemaah selepas selesai memberikan kuliah subuh di Surau Ubudiah Taman Seri Gombak, Selangor. 

Sumbangan ikhlas emas itu diterima daripada Puan Hajjah Safinah bt Hj Sadikom bagi membantu program dakwah dan kegiatan kebajikan Idham Care.

" InsyaAllah, melalui sumbangan ini ia akan menyemarakkan lagi kegiatan kami termasuk program Ikon Muslimat Muda yang akan dilancarkan pada 20 Mei ini di Bayan Lepas, Pulau Pinang, "

" Saya selaku Pengerusi Idham Care mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajjah yang menyumbang kepada Idham Care. Semoga Allah merahmati dengan dipanjang usia dalam keberkatan serta dimurahkan rezeki.  InsyaAllah dalam masa terdekat sumbangan emas ini akan digunakan bagi membiayai program dakwah Idham Care, " jelas beliau lagi, 

" Sehubungan dengan kegiatan kebajikan NGO muslim -Idham care ini, khususnya seperti program besar dakwah melalui Ikon Muslimat Muda.," ujarnya ketika mengakhiri bicara melalui telefon pada pagi ini.

Daripada apa yang beliau harapkan, sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang ringgit, sumbangan penajaan iklan di akhbar Sinar Harian, zakat, sumbangan kenderaan rasmi ikon muslimat, bantuan kelengkapan studio rakaman, alat perakan video berkuasa tinggi, kamera , bantuan komputer, penajaan pakaian dan segala bentuk sumbangan yang berkaitan bagi menjayakan program ikon muslimat muda.

Ferguson Harap United Dapat 'tuah' Pengadil

Posted: 07 May 2011 06:45 PM PDT

5 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LONDON - Alex Ferguson menggunakan helah lamanya kelmarin dengan memberi tekanan kepada pengadil, Howard Webb menjelang aksi penentu kejuaraan Liga Perdana England malam ini.

Pengurus Manchester United itu menjelaskan bahawa beberapa keputusan daripada pengadil telah tidak menyebe- lahinya sejak beberapa pertemuan dengan Chelsea baru-baru ini.

Ferguson menjelaskan bahawa beliau bimbang sekiranya keputusan pengadil itu akan menjejaskan peluang pasukannya mencatat kemenangan ke atas The Blues.

FERGUSON berharap United mendapat 'tuah' daripada pengadil pada aksi menentang Chelsea hari ini.

"Sudah pasti ia satu kebimbangan besar. Howard Webb memang pengadil terbaik di negara ini, tidak diragui lagi mengenainya.

"Kami cuma harap giliran kami pula mendapat sedikit 'tuah' daripada penga- dil," kata Ferguson.

Beliau telah digantung lima perlawa- nan kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson selepas Chelsea menewaskan United di Stamford Bridge pada Mac lalu.

Tahun lepas, Didier Drogba berada dalam kedudukan ofsaid ketika menja- ringkan gol kemenangan Chelsea di Old Trafford.

Malah Ferguson juga mempertikaikan sepakan percuma yang menyaksikan John Terry menanduk masuk gol keme- nangan The Blues di Stamford Bridge pada 2009.

Namun masih ada berita baik bagi United iaitu mereka juga telah memena- ngi sembilan kali ketika Webb menjadi pengadil di Old Trafford. 

Agensi

Lelaki Daki Gunung Kerana Gambar

Posted: 07 May 2011 06:30 PM PDT

5 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


ROBERT BOSCH merakam imej pendaki Pesche Wuthrich mendaki di banjaran Alps di sempadan Itali dan Switzerland

LONDON - Seorang lelaki, Robert Bosch, 57, menakluki puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest, Banjaran Alps di Eropah dan banjaran di Antartika semata-mata untuk mendapatkan gambar yang menakjubkan.

Didorong minatnya untuk mendapatkan imej puncak yang hebat dan sempurna, Bosch telah menghabiskan masa hampir 40 tahun dengan mendaki puncak-puncak banjaran utama di dunia.
Kolony-Dicipta untuk berangkaian social. Kenakan infeksi!

"Mendaki Everest dengan menyusuri laluan biasa tidaklah sesukar mana untuk seorang pendaki yang berpengalaman," katanya.

"Saya pernah mendaki laluan lereng barat Everest yang sukar tetapi gagal.

"Ramai orang mendaki Everest dan berfikir mereka dapat menulis buku mengenainya tetapi kebanyakan mereka banyak bergantung kepada pemandu arah tempatan dikenali sebagai Sherpa," tambahnya. 

Agensi

Tiga Tentera Maut Rempuh Lori

Posted: 07 May 2011 06:01 PM PDT

5 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SEREMBAN – Tiga anggota tentera maut dan seorang wanita cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki di Batu 7, Jalan Seremban-Port Dickson di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, ketiga-tiga mangsa, Mohd. Zulhelmi Ismail, 24, Muhammad Afdhaluddin Azhari, 22, dan Izat Badry Baddarudin, 22, mati di tempat kejadian.

Seorang rakan mereka, Nik Norhashimah Abu Kassim, 19, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

KEADAAN kereta Proton Wira selepas bertembung dengan sebuah lori tangki dan mengorbankan tiga anggota tentera di Batu 7, Jalan Seremban-Port Dickson

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Mohd. Zulhelmi dari arah Seremban menghala ke Port Dickson terbabas di satu selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori tangki yang membawa kira-kira 18,000 liter diesel.

"Akibat pelanggaran itu, kenderaan yang dinaiki mangsa terperosok ke bawah lori terbabit menyebabkan tiga mangsa yang tersempit maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi wanita cedera parah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rakaman Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Klang

Posted: 07 May 2011 08:19 PM PDT


DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Utusan Sengaja Mempermain Isu Sensitif

Posted: 07 May 2011 10:30 PM PDT



KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.
Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.
"Sungguhpun PAS menyertai 'kerjasama politik' bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," tegasnya.
Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.
Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.
Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.
"Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah," ujarnya.
Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.
Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.
"Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul," ujarnya.
Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.
Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.
"Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera," katanya.
Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.-Harakah Daily

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


DSAI DI DUN BUKIT PAYONG

Posted: 07 May 2011 10:29 PM PDT

Sumber : Tranungkite
Sumber lain : Buletinonline

Oleh Mohamad Nor Syafiq


KUALA TERENGGANU 7 MEI : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terlalu yakin dan angkuh untuk merampas kembali Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat.Sebaliknya, Anwar memberi amaran kepada Perdana Menteri Najib Razak agar tidak  mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara. "Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini. 


"Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.


Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 orang itu turut menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.


Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba."


Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.


Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.


Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.


"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.


"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.


Jelas Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.


"Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.


"Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan," katanya.


Dalam masa yang sama, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti gagasan itu yang termaktub dalam Buku Jingga akan dilaksanakan sebaik sahaja berjaya menawan Putrajaya.


Tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.


Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

PS ;

1. Beberapa penceramah pada malam tersebut ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ustaz Dato' Haji Abu Bakar Chik dan Prof. Dr. Mohd Nor Manuty, sementara itu YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali turut hadir dan majlis dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Maarof.


2. Beberapa gambar sekitar ceramah akan menyusul...


Ceramah DSAI di radio buletinonline. KLIK.
Ceramah Ustaz Dato' Haji Abu Bakar Chik di radio buletinonline. KLIK.



DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


Kenduri kesyukuran

Posted: 08 May 2011 01:55 AM PDT

Rakan lama

Posted: 07 May 2011 06:05 PM PDT

KEMAS

Posted: 07 May 2011 04:26 AM PDT

kenduri kahwin

Posted: 07 May 2011 04:26 AM PDT

the Chamber of Canning... 您的委托, 您的声音!

the Chamber of Canning... 您的委托, 您的声音!


阻破坏国民和谐团结事件重演 黄家和促政府撤销《前锋报》准证

Posted: 08 May 2011 02:01 AM PDT

MOHD FIRDAUS JAAFAR

MOHD FIRDAUS JAAFAR


Jom Bersantai Bersama BOB LOKMAN, PAKLONG & LEMAN di Pantai Murni Petang nanti..

Posted: 08 May 2011 12:12 AM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/227861_180693698646795_100001184994820_393007_3368977_n.jpg

Jom pakat ajak kawan-kawan.. adik kakak.. pakcik makcik.. abang-abang kakak-kakak
kita ke PANTAI MURNI petang nanti... JUMPA DI SANA...

Isu UUM - Beza Cukai Yang Dikenakan oleh IPTA/IPTS Utama di Malaysia

Posted: 08 May 2011 12:10 AM PDT

14hb Saya di Telok Ayer Tawar

Posted: 07 May 2011 06:58 PM PDT

Isu UUM - UMNO nie betul tak faham atau buat-buat tak faham atau nak dijadikan isu politik?

Posted: 07 May 2011 06:54 PM PDT

Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak Kerajaan Negeri?

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.

USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi 'Universiti Uzur Malaysia' yang perlu diberi rebat. Miskin sangat ke?

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut.

Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?
Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)

2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.

3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.

4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.

Lim Lip Eng

Lim Lip Eng


DAP wants Utusan probed for sedition, criminal defamation

Posted: 07 May 2011 10:57 PM PDT

Source: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dap-wants-utusan-probed-for-sedition-criminal-defamation/ (By Shazwan Mustafa Kamal, 8/5/2011)

KUALA LUMPUR, May 8 — The DAP wants the police to investigate Utusan Malaysia over its report of a Christian plot to usurp Islam's position, which the party has labelled as "seditious" and "defamatory."

DAP MP Lim Lip Eng said the "defamatory lies" created by Utusan in claiming the party was conspiring with Christian leaders to take over Putrajya and abolish Islam as the country's official religion prompted him to lodge a police report today. "Either the DAP and Christian leaders are trying to create a Malaysian Christian state, or Utusan editors and bloggers are lying, the Attorney-General has to decide," he told The Malaysian Insider, reading out the contents of the police report lodged at the Sentul police station this morning. "I want the matter investigated under the Sedition Act, Penal Code, and Printing Presses and Publications Act (PPPA).

"The DAP has denied the allegations. They are lies," the Segambut MP added. When asked whether the DAP would take legal action against the Umno-owned daily or the bloggers, Lim said he would leave the matter for the party to decide.

Utusan carried a front-page article yesterday titled "Malaysia, a Christian country?" (Malaysia, negara Kristian?) based entirely on blog postings by several pro-Umno bloggers. The bloggers had charged the DAP with sedition for allegedly trying to change the country's laws to allow a Christian prime minister, pointing to a grainy photograph showing what they described as a secret pact between the opposition party and pastors at a hotel in Penang on Wednesday. In a posting headlined "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?" blogger Marahku (marahku.blogspot.com) accused the DAP of trying to amend the Federal Constitution so that a Christian could assume the post of prime minister. "The whole point of changing the official religion is to allow a Christian to become prime minister of this country," the blogger said. On bigdogdotcom.wordpress.com, another blogger claimed to have received a message that DAP's Jeff Ooi had organised a dinner for pastors from both Sarawak and abroad at Red Rock Hotel on Jalan Macalister, Penang. "Among the activities that night included the 35 pastors taking a group oath. They formed a circle and touched each other's shoulders and vowed in English to make Christianity the official religion of Malaysia and put a Christian prime minister in office," the anonymous writer said in his blog under the headline "Making Christianity the official religion?" He also pointed to the same grainy picture he posted at the top of his blog page, which he had captioned "Partying pastors or pastors doing the party do and vowing to have a Christian as Malaysian prime minister". The blogger further alleged that the DAP had labelled the ruling Barisan Nasional (BN) coalition as an "anti-Christ agent" in the run-up to polls in Sarawak, showing the opposition party was "openly against BN on religious grounds and they are now making it their clarion call, their rabble rousing horn". He said it was a seditious and religiously divisive statement that was never investigated by the police "or at least they did not tell us about any investigations into the matter". The blogger called on the authorities to investigate the allegations of sedition, warning that if the authorities failed in their duty the country may be "shattered again".

The National Evangelical Christian Fellowship (NECF), together with partners Global Day of Prayer, Marketplace Penang and Penang Pastors Fellowship, said the claims against their community were lies, and refuted the bloggers' allegations last night.

Similarly, Ooi said the dinner had been organised by the Christian pastors in recognition of the DAP team who had visited them while in Sarawak for the state election and that the prayer sessions — one before dinner and one at the end — were a usual part of their worship, and not a pledge as alleged.

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


MALAYSIA KEMUKA BUKTI BANTU RAYUAN NELAYAN PONTIAN DIPENJARA DI INDONESIA

Posted: 07 May 2011 08:36 AM PDT

Kabinet Bayangan Di Sarawak Cerminan Cita-cita Besar DAP Di Malaysia

Posted: 07 May 2011 08:28 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Posted: 07 May 2011 02:21 AM PDT



Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

Nuffnang